Pelakon Riezman Khuzaimi memaklumkan perkembangan terkini mengenai jenazah abang iparnya, Allahyarham Rennie Abdul Ghani yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani, Indonesia.
Menurut Riezman, 55, jenazah telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 6:15 pagi semalam.
Bagaimanapun, pasukan penyelamat terpaksa mengusung jenazah secara manual memandangkan helikopter tidak dapat mendarat di kawasan tersebut.
“Alhamdulillah semalam pukul 6:15 pagi, mereka keluarkan jenazah dari tempat arwah jatuh dan dibawa keluar daripada gaung, seterusnya ke ‘checkpoint’ pintu gerbang Toren sampai jam 8.00 malam dekat pintu gerbang.
“Ini kerana, helikopter tak boleh landing di kawasan berkenaan, jadi mereka terpaksa usung jenazah. Dari laluan Toren ke rumah sakit di Lombok mengambil masa tiga jam.
“Pihak hospital sudah bersihkan dan simpan, saya ada minta pihak hospital mandi dan kafankan,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Ads
Dibawa Pulang atau Dikebumi di Lombok
Dalam pada itu, Riezman turut menjelaskan soal dokumentasi sedang diuruskan bersama pihak Kedutaan Malaysia di Jakarta sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.
Bagaimanapun katanya, prosedur pengebumian masih dalam pertimbangan, bergantung kepada keputusan keluarga.
“Kalau ikut prosedur (terbangkan jenazah menerusi udara), semua organ dalaman perlu dikeluarkan, bagi saya ia menyeksa jenazah dan tidak digalakkan. Saya lebih memilih untuk arwah dikebumikan di sana.
“Tetapi terpulang kepada isteri dan anak-anak arwah juga. Malam tadi jam 3.00 pagi, hospital ada menghubungi mereka beritahu jenazah boleh bawa pulang tanpa keluarkan organ-organ dengan menyuntik cecair larutan formalin ke dalam tubuh mayat kerana penerbangan dari Lombok ke Malaysia tidak makan masa yang lama.
“Keputusan untuk bawa balik jenazah atau kebumi di sana akan dibuat hari ini. Kalau semua urusan berjalan lancar, Insya-Allah esok akan tiba kira-kira jam 9.00 malam di KLIA2.
Ads
“Anak arwah ada di sana untuk menguruskan dokumentasi dan alhamdulillah, arwah juga mempunyai insurans,” katanya lagi.
Dua Minggu Sebelum Tragedi, Kata-Kata Terakhir Masih Segar
Sementara itu, Riezman turut berkongsi kenangan terakhir bersama Allahyarham dua minggu lalu, iaitu sebelum dia berangkat ke Lombok.
Menurut Riezman, arwah sempat menyatakan bahawa pendakian ke Gunung Rinjani itu akan menjadi pendakian terakhirnya.
Ads
“Arwah ada cakap ini kali terakhir dia nak panjat gunung, selepas ini dia mahu sertai larian marathon. Arwah juga sudah beli kasut (untuk marathon), jadi dia nak ikut saya. Tak perasan itu mungkin kata-kata terakhir dia.
“Agak sedih kerana terngiang-ngiang dua minggu lepas baru duduk berjumpa dengan dia ketika mahu buat persediaan pendakian,” ujarnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani sekitar jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.
Allahyarham memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei lalu bersama kumpulan yang terdiri daripada 23 orang pendaki.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, SAR Lombok Timur dan pasukan perubatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Maxime Bouttier mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak di Malaysia, namun pelakon kacukan Perancis–Indonesia ini kini menjadi tumpuan selepas selamat mendirikan rumah tangga bersama aktres terkenal Indonesia, Luna Maya.
Jauh sebelum dikenali sebagai “suami Luna Maya”, Maxime telah pun mengukir namanya sendiri dalam dunia seni lakon, baik di pentas tempatan mahupun antarabangsa. Berikut adalah 8 fakta menarik mengenai jejaka tampan ini.
Latar Belakang
Pemilik nama penuh Maxime Andre Selam Bouttier ini dilahirkan di Poitiers, Perancis. Dia merupakan anak kepada pasangan Patrice Bouttier, seorang chef warga Perancis, dan Siti Purwanti, wanita berdarah Bali.
Miliki Seorang Adik
Maxime memiliki seorang adik perempuan bernama Elodie Bouttier yang menetap di Australia.
Lulusan Sekolah Antarabangsa
Menurut sumber, Maxime merupakan bekas pelajar di sebuah sekolah swasta dikenali sebagai Gandhi Memorial Intercontinental School berlokasi di Denpasar, Bali. Selepas tamat sekolah menengah dia tidak meneruskan pengajian ke peringkat universiti.
Permulaan Karier dalam Dunia Hiburan
Karier Maxime bermula sebagai peragawan sebelum beralih ke dunia lakonan. Beliau mula dikenali menerusi sinetron remaja “Arti Sahabat” yang cukup popular di Indonesia. Sejak itu, Maxime terus aktif dalam pelbagai produksi drama dan filem.
Penampilan Di Hollywood
Pencapaian terbesar Maxime setakat ini ialah kemunculannya dalam filem Hollywood bertajuk Ticket to Paradise (2022) yang dibintangi oleh bintang tersohor, Julia Roberts dan George Clooney. Dalam filem tersebut, Maxime membawa watak pemuda Bali yang bakal bergelar menantu kepada watak yang dibawa dua pelakon terkenal Hollywood itu.
Perkahwinan Bersama Luna Maya
Pada 7 Mei 2025, Maxime selamat bergelar suami kepada pelakon dan model terkenal, Luna Maya, dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Ubud, Bali. Majlis yang penuh adat itu menggabungkan unsur budaya Bali, Jawa dan Eropah sebagai simbolik kepada latar belakang mereka berdua.
Beza Usia 10 tahun
Maxime dilahirkan pada 1993 manakala Luna Maya pula dilahirkan pada 1983, ini menjadikan jarak usia mereka sebanyak 10 tahun. Biarpun begitu, perbezaan itu bukanlah halangan dalam membina sebuah rumah tangga bahagia.
Ujian Kehidupan & Kehilangan
Tahun 2024 menjadi saat yang paling getir buat Maxime apabila ibunya, Siti Purwanti, meninggal dunia pada 14 Januari 2024 akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada. Untuk pengetahuan pembaca, ibu Maxime meninggal dunia di rumah Luna Maya.
Imbas kembali, Maxime dan Luna dilaporkan mula terbuka kepada umum mengenai hubungan cinta mereka pada 2023 sebelum lebih serius dan mendirikan rumah tangga pada 7 Mei 2025.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo tidak menafikan cincin yang sering dipakai di jari manis ialah hadiah daripada seseorang yang cukup istimewa.
Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, cincin itu dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada Mac lalu.
“Setiap cincin yang saya pakai ada keistimewaan yang tersendiri.
“Yang ini (di jari manis) adalah hadiah yang sangat istimewa daripada seorang yang istimewa bersempena dengan hari jadi saya,” katanya.
Sabronzo ditemui bersama dua lagi anggota Dolla, Tabby dan Angel, sejurus Sidang Media KonsertMeleTOP TVS di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Sabronzo bagaimanapun tidak mendedahkan lanjut mengenai siapa identiti si pemberi cincin.
Sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan, Sabronzo tidak menolak untuk berkongsi sesuatu apabila tiba waktu yang tepat.
“Dalam apa sahaja perhubungan, insya-Allah. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja. Kalau ada yang baik sudah tentu kita akan kongsikan, mengapa tidak.
“Kalau ada jodoh, adalah. Sekiranya ia hadir pada masa yang tepat. Perjalanan karier Dolla cukup baik, alhamdulillah. Semoga untuk kehidupan peribadi pun sama seimbang,” katanya lagi.
Walaupun terbuka dengan kemungkinan kehadiran teman istimewa dalam hidupnya, Sabronzo tetap memilih untuk menjaga batas dalam berkongsi hal peribadi, terutama bila melibatkan individu terdekat.
“Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengiya atau menafikan. Kalau boleh cuba menjaga yang berkaitan dengan privasi.
“Bukanlah mahu terlalu berahsia. Cuma kalau ia berhubung dengan insan terdekat seperti ahli keuarga, teman rapat atau pasangan sekiranya ada, itu menjadi suatu perkara yang saya cuba untuk kawal,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dolla bakal tampil membuat persembahan di Konsert MeleTOP TVS yang akan berlangsung pada 17 Mei ini di Stadium Tertutup Miri, Sarawak.
Selain Dolla, penyanyi lain yang turut serta dalam konsert percuma ini termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Floor 88, Namie dan ramai lagi.
Konsert ini turut disiarkan secara langsung menerusi TVS (saluran 122 di Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan platform Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada dunia lakonan meskipun usianya kini mencecah 62 tahun.
Cruise yang sinonim dengan watak Ethan Hunt dalam francais Mission: Impossible menyatakan komitmennya untuk terus aktif berlakon sehingga mencapai usia 100 tahun.
“Saya pernah menyatakan hasrat untuk berlakon sehingga usia 80-an. Namun kini, saya mahu meneruskannya sehingga usia 100 tahun.
“Saya tidak akan berhenti membintangi filem aksi, drama mahupun komedi. Saya sangat menikmati kerjaya ini,” katanya dalam temu bual bersama The Hollywood Reporter yang disiarkan semalam.
Pelakon kelahiran Amerika Syarikat itu turut berkongsi bahawa beliau terinspirasi dengan kejayaan Harrison Ford yang masih aktif dalam filem aksi walaupun telah berusia lebih 80 tahun.
Sebelum ini, Cruise menyatakan niat untuk terus membintangi saga Mission: Impossible hingga lewat usia.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa filem kelapan bertajuk Mission: Impossible – The Final Reckoning yang dijadualkan tayang pada Mei 2025 bakal menjadi penutup kepada francais yang telah bertahan lebih tiga dekad itu.
“Ini adalah yang terakhir. Filem ini tidak dinamakan ‘final’ tanpa sebab,” katanya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Cruise dijangka membintangi projek baharu bersama pengarah tersohor, Alejandro Iñárritu yang masih belum diumumkan judul rasminya.
Beliau juga dilaporkan dalam perancangan untuk membangunkan filem ketiga Top Gun serta sekuel kepada Days of Thunder.
Imbas kembali, Tom Cruise memulakan kerjayanya sejak era 1980-an dan sehingga kini masih kekal sebagai antara pelakon paling berpengaruh serta laris dalam industri perfileman antarabangsa.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.