Penyanyi dan pelakon Azza Elite terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pempengaruh dan usahawan sensasi, Kieda Crepe terhadap bisnes kek yang diusahakannya.
Menurut Azza, Kieda seorang wanita yang mempunyai hati yang sangat mulia dan suka membantu orang lain.
“Terima kasih Kieda Crepe. Wanita yang berusaha sehabis baik untuk bantu orang lain. Lihatlah dia sendiri. Dia sangat baik di mata saya. Kieda, Allah sayangkan awak.
“Satu doa dari saya untuk Kieda serta wanita lain yang berniaga, biar Allah jaga dan sentiasa dalam perlindungan Allah,” tulisnya.
Ads
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Jutawan Fakir itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan Kieda sedang berkongsi pandangannya mengenai kek coklat yang dijual oleh Azza.
Siap Titipkan Doa
Malah, Azza turut menitipkan doa buat para wanita yang bekerja keras agar diberikan ketabahan jiwa dan sentiasa berada di dalam rahmah Illahi.
Ads
“Ya Allah berikan kami kekuatan mental dan fizikal untuk bertahan dan bersabar. Pasti akan ada kemanisan yang Allah SWT janjikan buat kita wanita yang kuat bekerja.
Ads
“Terima kasih Kieda sudi support saya. Kieda baik sangat. Sayang Kieda.
Sejak hampir sedekad lalu, industri perfileman tempatan menunjukkan perkembangan yang sangat positif, dari segi produktiviti dan sambutan penonton.
Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan, karya tempatan kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem-filem yang dihasilkan negara serantau.
Pada masa sama, kualiti yang ditunjukkan juga membuktikan kita juga mampu menghasilkan barisan filem berkualiti tinggi dan kaut kutipan pecah panggung!
Tidak kiralah karya bergenre aksi, seram, biopik, animasi mahu pun sains fiksyen, para peminat filem kini dilihat semakin cakna dengan karya-karya tempatan.
Dalam beberapa hari sahaja lagi, filem adiwira yang dinanti-nantikan iaitu Keluang Man The Movie bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Dijangka bakal mencetuskan fenomena, peluang menjadi antara penonton terawal menyaksikan filem arahan Anwari Ashraf itu dia acara malam gala, minggu lalu menjadi momen paling ditunggu-tunggu.
Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengarah yang banyak menyelitkan elemen nostalgia buat mereka yang membesar pada lewat 90-an dan awal 2000.
Bagaimanapun, bagi mereka lahir selepas era Keluang Man terutamanya Gen-Z, kalian tidak akan rasa ketinggalan kerana filem ini juga padat dengan komedi segar dan elemen ‘suprise’.
Kredit juga harus diberikan kepada tunjang utama Keluang Man The Movie, Nas-T yang suskes menghidupkan watak Borhan yang ikonik.
Dedikasi yang ditunjukkan Nas-T nyata menjadikan dirinya sebagai aktor paling layak untuk membawakan karakter Keluang Man.
Selain komedi dan aksi, filem ini juga menyuntik elemen hubungan kekeluargaan, pemberontakan, trauma dan tekanan jiwa.
Malah, gandingan Nas-T bersama dua pelakon otai Datuk Rosyam Nor dan Remy Ishak juga berjaya menaikkan aura dan membuatkan filem ini lebih ‘intense’ namun menghiburkan!
Paling membanggakan, Keluang Man The Movie yang menelan belanja sebanyak RM13 juta ini juga menggunakan 100 peratus tenaga kerja dan kepakaran tempatan tanpa dibantu pihak luar.
Menurut Anwari, meskipun dia diberi pilihan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama dalam bidang ‘computer-generated imagery’ (CGI) dan ‘visual effect’ (VFX) namun, atas rasa sayang terhadap karya ikonik ini membuatkan dirinya memilih untuk tidak melepaskan kerja-kerja ini kepada pihak luar.
Dalam pada itu, Nas-T teruja melihat reaksi penonton ketika tayangan perdana Keluang Man The Movie, baru-baru ini.
Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, dia lega melihat reaksi penonton dan berharap agar reaksi sama dapat diberikan selepas tayangan bermula secara rasmi nanti.
“Ini kali pertama saya menonton filem Keluang Man secara lengkap. Sebelum ini, saya agak risau dengan ekspektasi penonton. Ketika tayangan, saya nampak mereka bersorak, gelak dan tepuk tangan. Saya lega.
“Saya terkejut kerana reaksi seperti ini hanya dapat dilihat ketika filem-filem adiwira yang lain. Bila dapat reaksi sebegini di dalam Keluang Man, saya bersyukur. Inilah sokongan yang kami mahukan,” katanya.
Selain Nas-T, filem terbitan Astro Shaw ini juga turut dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.
Menerusi wawancara bersama USA TODAY, pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia menyimpan senaskhah al-Quran di sisi katilnya dan sering merenung petikan ayat sebagai cara untuk kembali berpijak di bumi nyata.
“Saya akan bermeditasi dengan satu petikan al-Quran sebelum tidur, ia membantu saya untuk lebih tenang dan hadir dalam diri,” katanya yang terkenal dengan watak Joe Goldberg dalam siri YOU.
Badgley yang bukan penganut Islam berkata, minatnya terhadap kitab suci umat Islam itu tidak berkait dengan usaha memeluk agama, sebaliknya bertujuan mencari hikmah dan panduan hidup yang bersifat sejagat.
“Amalan ini bukan soal kepercayaan semata-mata, sebaliknya peringatan tentang gambaran besar kehidupan. Ia ibarat ‘reset’ minda saya daripada kesibukan dan tekanan dunia hiburan di Hollywood,” tambahnya.
Pelakon yang juga menganut kepercayaan Baháʼí sejak kecil itu turut menekankan bahawa ajaran agama yang dianutinya menggalakkan penghargaan terhadap kepelbagaian agama serta kesatuan manusia.
Dia yang juga seorang bapa kepada seorang cahaya mata turut mengakui dirinya agak tidak teratur pada siang hari namun tetap berdisiplin meluangkan masa untuk refleksi diri sebelum tidur.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
EMT Ventures Sdn Bhd mengumumkan penganjuran Malika Mega Music Festival 2025 yang akan berlangsung pada Sabtu, 31 Mei 2025 di MAEPS Serdang, Parking 1A.
Meneruskan kejayaan acara-acara terdahulu seperti Kulit Wayang Cultural Run dan pelancaran filem yang digabungkan dengan Fun Run serta Karnival 2 hari sebelum ini, EMT Ventures kini membawakan sebuah festival muzik yang lebih meriah dan berskala besar.
Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti SSION Sdn Bhd, Mega Media Marketing & Management Sdn Bhd, Surewin Entertainment Sdn Bhd dan ramai lagi.
Festival ini bukan sekadar menyajikan persembahan daripada barisan artis terkenal tempatan dan serantau, tetapi turut mengetengahkan Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malika.
Ia dilihat sebagai satu inisiatif dalam usaha memartabatkan warisan budaya Melayu menerusi elemen tarian tradisional dan moden yang bersemangat.
“Malika Mega Music Festival 2025 ialah acara pertama kami yang mempersatukan muzik dan budaya dalam satu platform.
“Kami komited untuk mencipta pengalaman yang penuh warna-warni dan berkesan, serta memberi peluang kepada generasi muda untuk mengekspresikan kreativiti mereka,” kata wakil penganjur menerusi satu kenyataan.
Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk Bunkface, OAG, Krusty, Steeltoe Solutions, Conflict Crisis, Iqbal M dan No Good. Acara ini akan dikendalikan oleh Kelly Azman selaku pengacara utama.
Lebih menarik, festival ini bakal menyaksikan kemunculan istimewa kumpulan terkenal dari Indonesia, Nidji yang sinonim dengan lagu-lagu hits dan persembahan bertenaga. Mereka akan turut disertai oleh beberapa artis popular lain dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Festival bermula seawal jam 2 petang hingga lewat malam, manakala Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malikapula akan berlangsung pada waktu pagi, memberi ruang kepada pelajar dan komuniti mempersembahkan kreativiti mereka melalui gabungan budaya dan tarian kontemporari.
Tiket untuk menyertai festival ini bermula pada harga RM108 (Tiket GA) dan RM168 (Tiket VIP). Menurut penganjur, lebih 500 tiket awal telah habis terjual, membuktikan sambutan luar biasa terhadap festival ini.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi @MalikaMusicFest serta platform rasmi Ticket Empire dan Ticket Melon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tampil memberikan reaksinya susulan kenyataan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi yang gagal bertahan dalam industri muzik tanah air.