Pelakon suara bagi watak Ejen Ali, Ida Rahayu akui masalah kesihatan menjadi kerisauan terbesarnya sepanjang menjalani proses rakaman bagi filem terbaharu, Ejen Ali The Movie 2.

Menurut Ida, ada kalanya masalah kesihatan ini akan menyebabkan jangkitan dan turut memberi kesan kepada rakan pelakon suara lainnya.

“Kami Disambut Seperti Artis K-Pop,” – Ida Rahayu Takut ‘Suara’ Ejen Ali Hilang, Hargai Sokongan Luar Biasa Fans Malaysia & Indonesia

“Saya memang risau jika suara Ejen Ali ini hilang dan tak dapat dikembalikan. Cabaran terbesar adalah bila kita sakit. Saya dan barisan pelakon suara yang lain memang bekerja keras.

“Jadi, bila seorang sudah mula sakit dan ia akan mula berjangkit dengan orang lain. Ketika itu, kebayakkan suara kami hilang dan proses rakaman terpaksa dihentikan.

“Kalau diteruskan juga, kita takut akan berlaku kecederaan pada peti suara,” katanya kepada MH.

Ida berkata sedemikian ketika ditemui di majlis malam gala dan tayangan perdana filem Ejen Ali The Movie 2 di GSC, IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

“Kami Disambut Seperti Artis K-Pop,” – Ida Rahayu Takut ‘Suara’ Ejen Ali Hilang, Hargai Sokongan Luar Biasa Fans Malaysia & Indonesia

Ads

Tak Sangka Impak Luar Biasa

Dalam pada itu, Ida akui tidak menyangka karya Ejen Ali ini akan menerima impak yang luar biasa meskipun pada mulanya peranannya hanyalah sekadar suara ‘mock up’.

“Kami Disambut Seperti Artis K-Pop,” – Ida Rahayu Takut ‘Suara’ Ejen Ali Hilang, Hargai Sokongan Luar Biasa Fans Malaysia & Indonesia

“Pada mulanya, saya hanya bekerja di Wau Animation. Ketika itu, suara saya hanya digunakan untuk proses moke up di dalam teaser pertama Ejen Ali. Teaser itu mahu dijual kepada mana-mana pihak stesen TV.

“Bila kami buka sesi uji bakat, pengarah tidak jumpa suara yang sesuai. Jadi, dia mahu saya teruskan jadi suara Ejen Ali.

Ads

“Saya tak sangka Ejen Ali akan jadi sebesar ini. Pada mulanya, kami hanya cipta satu karya yang kami nak tengok sendiri. Bila kami tidak mengharapkan apa-apa, kita lebih enjoy bila nak berkarya,” ujarnya lagi.

“Kami Disambut Seperti Artis K-Pop,” – Ida Rahayu Takut ‘Suara’ Ejen Ali Hilang, Hargai Sokongan Luar Biasa Fans Malaysia & Indonesia

Dalam pada itu, Ida akui terharu dengan sokongan yang ditunjukkan peminat dari dalam dan luar negara.

“Kami Disambut Seperti Artis K-Pop,” – Ida Rahayu Takut ‘Suara’ Ejen Ali Hilang, Hargai Sokongan Luar Biasa Fans Malaysia & Indonesia

Ads

“Jika peminat di Malaysia, cara mereka hargai suara Ejen Ali adalah dengan menghasilkan ‘fans art’ dan buat teori masing-masing. Kita rasa ada hubungan dengan fans.

“Bila di Indonesia pula, semasa kami promosikan filem pertama, saya tak sangka betapa besarnya impak Ejen Ali di sana. Kami disambut dan disorak seperti artis K-Pop.

“Kanak-kanak di sana tahu nama saya. Mereka panggil ‘Kak Ida Rahayu’. Saya rasa wow,” kongsinya.

Filem Ejen Ali The Movie 2 yang diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei ini.

“Kami Disambut Seperti Artis K-Pop,” – Ida Rahayu Takut ‘Suara’ Ejen Ali Hilang, Hargai Sokongan Luar Biasa Fans Malaysia & Indonesia

Selain Ida, antara pelakon suara yang terlibat di dalam filem Ejen Ali The Movie 2 ialah Noorhayati Maslini Omar (Ejen Alicia), Mohd Shafiq Mohd Isa (Ejen Bakar) dan Azman Zulkiply (Rizwan & General Rama).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI