Ads

Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian – “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.”

Elly Mazlein
Elly Mazlein

Artis versatil, Elly Mazlein menafikan dakwaan dirinya merajuk dengan bidang pengacaraan susulan kelibatnya yang dilihat semakin kurang dalam mana-mana program termasuk yang disiarkan di televisyen (TV), sejak akhir-akhir ini.

Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata, dia sengaja memperlahankan kerjaya dalam bidang pengacaraan buat sementara waktu kerana mahu kembali memberi tumpuan kepada bidang nyanyian yang menjadi pembuka laluan kerjayanya dalam industri seni tanah air.

“Minta maaf, kalau merajuk di saat-saat sebegini, nampak seperti anak-anak. Jadi, saya lebih kepada mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanyian semula,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Bungaku Bawakali itu berkata demikian pada pelancaran kempen Beli Kain Dapat Emas 2026 anjuran Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Elly yang mesra disapa Kak Lina bagaimanapun menegaskan, dia sama sekali tidak merancang untuk meletakkan noktah terhadap bidang pengacaraan mahupun lakonan.

Bukan Bersara, Cuma Perlahankan Kerjaya

“Sebenarnya, saya bukanlah bersara dalam bidang pengacaraan ataupun lakonan. Cuma saya memperlahankan seketika kerana saya mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanyian terlebih dahulu.

Ads

“Saya sudah lama tidak mengeluarkan lagu balada seperti Now U Know yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Jadi, saya rasa inilah masa yang paling tepat untuk saya tampil dengan lagu balada.

“Kepada semua peminat yang rindukan saya mengacara atau berlakon di TV, jangan risau,” katanya.

Elly menambah, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali aktif sebagai pengacara, namun buat masa ini mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada bidang nyanyian.

Ads

“Saya akan muncul semula, tetapi buat masa sekarang saya memperlahankan kerjaya dalam bidang pengacaraan dan lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada nyanyian.

“Saya masih akan menerima tawaran sebagai pengacara untuk acara secara ‘one-off’ yang tidak memerlukan komitmen panjang.

“Kalau membabitkan komitmen yang lama, saya tidak akan ambil. Tetapi kalau ‘one-off’, saya akan pertimbangkan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian - “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.” Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian - “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.” Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian - “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.”

Baca Artikel Lain;


Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik
di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” – Cetus Fenomena! Ribuan Peminat...

KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.