Ads

Siti Jamumall & Aiman Tak Kisah Cerai, Rujuk Semula Dalam 24 Jam – “Sebab Saya Hamil 5 Bulan, Mungkin…”

Pempengaruh terkenal, Siti Jamumall mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, atau dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, dua minggu lalu.

Siti, 26, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin bagaimanapun mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh 24 jam.

Pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 6 Mei lalu.

“Selepas lafaz cerai berlaku, kami sudah rujuk semula. Disebabkan saya kini hamil lima bulan, mungkin juga emosi terbawa-bawa sehingga berlakunya perceraian itu. Saya anggap ini adalah ujian perkahwinan dengan suami.

“Saya minta maaf dan akui silap saya pada suami. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi dan berdoa semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Mungkin apa yang berlaku ini juga sebagai satu cara agar kami refleksi diri dan proses lebih mengenali,” katanya.

Mohon Tiada Lagi Spekulasi

Siti berkata, dia berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

Ads

“Terlalu ramai yang bertanya dan komen. Jadi, dengan kenyataan ini saya berharap segalanya sudah jelas serta tidak wujud sebarang spekulasi.

“Saya dan suami cuba belajar daripada kesilapan dan lakukan sehabis baik selepas ini. Apa yang sudah terjadi, biarlah berlalu. Kami mahu buka buku baru. Saya reda,” katanya.

Malah Siti turut memuat naik video berkaitan menerusi TikTok dan sehingga kini, ia sudah pun menerima hampir 1 juta tontonan.

Ads

“Selepas pengesahan cerai berlaku kami dah rujuk semula. Now I tengah pregnant 5 bulan. Tak sabar menanti bayi pelangi lahir, I minta maaf tau abiy salah silap I.

“Moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat dan mungkin ini proses pengenalan kita. Ujian hidup masing-masing kan?

“I hope all clear. No more spekulasi. I ni mungkin kadang-kadang terbawa emosi sebab tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan nanti kena depression.

Ads

“I ni perempuan bukan nak apa pun, nak attention dari abiy je. Tengah pregnant ni emosi tak menentu. Duit ke apa tu semua nombor dua. I boleh terima sikit ke banyak ke yang penting you dah jalan tanggungjawab you.

“We learn together to fix this. Apa dah jadi, benda lepas biar la berlalu. Kita buka buku baru je. I redho dengan apa yang jadi,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Terdahulu, Siti dan Aiman bernikah di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.

Sebelumnya, Siti pernah berkahwin namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah,...

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.