Selebriti dan usahawan yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan haji, Neelofa mengakui dia belajar dan bersungguh mengarang sesebuah doa agar lebih menusuk kalbu dan sedap didengar.
Seterusnya, barulah hos MeleTop itu akan cuba hafal dan amalkan doa yang dekat dengan dirinya.
Pada masa sama, Neelofa juga tidak menafikan dirinya banyak belajar mengenai karangan doa daripada ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Ads
“Mama saya sangat pandai mengarang doa. Kadang-kadang bila dia baca doa yang keluar dari mulut secara spontan, sedap je dengar.
“Sebab itulah ahli keluarga dan rakan terdekat menantikan doa Mama. Jadi bila banyak isi masa bersamanya, terutamanya apabila Mama berdoa di tanah suci, banyak yang saya ikut,” jelasnya kepada MH.
“Misalnya ketika saya ada berkongsi sebuah doa (yang menjadi viral baru-baru ini), ia ‘keluar’ begitu sahaja kerana kami pernah dan saya gigih untuk karang sesuatu doa itu sebaiknya.
Ads
“Karang supaya ia lebih sedap didengar hingga menusuk jiwa, kemudian barulah saya akan cuba ingat dan amalkan, InsyaAllah,” kata Neelofa.
Ads
Terdahulu, bintang ini baru sahaja mengumumkan mengenai kerjasamanya bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara Neelofa sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Iflix mengesahkan filem spin-off terbaru dari KL Gangster Underworld iaitu Rise to Power, akan ditayangkan secara eksklusif dan percuma hanya di iflix, pada 19 September 2019 depan.
Menerusi filem berkenaan, bintang utamanya, Dynas Mokhtar mengukuhkan lagi wataknya sebagai Madam Wong, yang menceritakan tentang bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian, dan kekerasan.
Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya juga, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.
Mark Francis, selaku Pengarah Original Programming iflix Global, menerusi kenyataan media menjelaskan, pihaknya ada meneliti respon yang diberikan penonton yang rata-ratanya tertarik dengan watak Madam Wong.
“Kami meneliti semula maklum balas peminat KL Gangster Underworld Musim pertama dan kami sedar yang mereka begitu tertarik dengan watak Madam Wong lakonan Dynas Mokhtar dan hubungannya bersama Ayah Zan (Hasnul Rahmat).
“Semasa Dynas hamil, kami sebenarnya dalam perancangan untuk Musim kedua dan kami menyedari bahawa kami boleh memulakan musim terbaru, dengan sebuah cerita yang bermula 10 tahun sebelum musim pertama dengan “menghidupkan” Zan.”
“Filem ini sememangnya unik dengan adanya watak utama wanita yang kuat dan kejam, di samping memaparkan aksi dan pergelutan yang membuatkan francais KL Gangster Underworld menjadi kegemaran peminat,” katanya.
Rise to Power menggabungkan nama-nama terunggul dalam industri dari Skop Productions (Munafik 2, Abang Long Fadil 2, Evolusi KL Drift 2, and KL Gangster), bersama pengarah terkemuka Faisal Ishak dan Syafiq Yusof, yang memimpin produksi KL Gangster Underworld Musim 1.
Peminat-peminat KL Gangster Underworld pasti akan teruja dengan kembalinya watak seperti Zan (Hasnul Rahmat), Tauke (Azhan Rani), Shah (Beto Kusyairy), Adi (Zahiril Adzim), dan Belut (Amerul Affendi), di samping “King” dari filem KL Gangster (2001) yang dilakonkan oleh pelakon veteran Ridzuan Hashim. Filem ini juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Elvis Chin, Tony Eusoff (Saloma), dan Sharifah Sakinah (Girlfriend Aku Dari Neraka The Series).
Selaras dengan misi iflix dalam menghiburkan para penonton, dengan striming kandungan tempatan premium, Rise to Power dikatakan bakal menutup jurang antara pelancaran KL Gangster Underworld Musim 1 dan Musim 2 (yang bakal bermula penggambaran pada bulan November) yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun 2020.
Pada masa sama, jangan lupa untuk menantikan tayangan miniseries Ombak Rindu, yang mempunyai empat bahagian dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Ombak Rindu merupakan drama romantik hasil adaptasi dari novel trilogi Fauziah Ansari. Sementara itu, para penonton di Indonesia pula bakal disajikan dengan dua judul hasil iflix Originals Kisah Tanah Jawa dan Conversation with Ghosts (working title) pada awal tahun depan.
iflix merupakan peneraju penyedia khidmat hiburan bagi pasaran membangun dengan pelbagai pilihan rancangan TV, filem-filem, siri terbitan tempatan Originals, siaran premium sukan secara langsung serta sumber berita mutakhir dan lengkap dari serata dunia, untuk distrim atau dimuat turun di peranti dengan sambungan internet; pada bila-bila masa, dimana sahaja.
Foto: Terima kasih iflix
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nabil Ahmad menerusi akaun Instagram Nabilzira ada berkongsi dua pautan video awal malam tadi yang mencuri perhatian pengguna media sosial.
Kisahnya, hos MeleTop itu terpaksa membunyikan hon beberapa kali kerana ada sebuah kereta jenis Honda berwarna hitam yang parkir di belakang kenderaan yang dinaiki Nabil.
Menerusi rakaman yang diambil isterinya, Nabil dilihat ‘membebel’ sambil membunyikan hon, mengharapkan agar pemilik kereta itu segera mengalihkan kenderaannya.
“Kelakar kepala otak dia, aku nak balik ni,” antara rungutan dari Nabil.
Bagaimanapun, selang beberapa ketika akaun tersebut berkongsi pula video pendek baru, merakamkan aksi Nabil yang sudahnya terpaksa menolak sendiri kenderaan tersebut.
“Boleh tolak, tapi kurang ajarlah kan?” kata Nabil sambil isterinya pula membayangkan suaminya terkena ‘prank’ kenalan sendiri.
“Patutlah tulis ‘kau fikirlah sendiri, I rasa you kena prank ni,” respon Zira.
Bagaimanapun, video yang ditonton hampir 400,000 kali setakat ini itu belum dipastikan sama ada dia betul-betul prank atau tidak disengajakan.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, ada juga yang membayangkan Nabil sekeluarga telah kena ‘prank’ dan ada juga yang memuji Nabil yang tetap senyum dan cool meski dalam keadaan kusut.
Foto: Instagram Nabilzira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Jihan Muse mengakui terkejut apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).