Pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman Abdul Rahman mendedahkan dia sudah pun berpisah dengan isterinya pada April tahun lalu.
Perkongsian tersebut yang dibuat menerusi media sosial itu antara lain memberi kesempatan buat pelakon Blok 404 itu untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini.
“Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text.
“Waima likes atau satu komen pun payah.
Kalau posting pasal business lagilah payah.
Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv.
“Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti “i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla,” tulisnya.
IKLAN
Bagaimanapun, dirinya mengakui terpaksa untuk tidak memaklumkannya pada umum kerana perlukan masa untuk menerima hakikat.
“Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini.
“Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan.
“Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik,” maklum Boy yang turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.
“Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.
“Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita,” terang Boy Iman panjang lebar.
Terdahulu, Boy Iman turut berkongsi suatu entri panjang lebar yang berkisar mengenai kehidupan yang secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya ramai.
Terkini, bintang itu sekali lagi berkongsi foto terbaru dengan kapsyen yang turut berkisar mengenai apa yang berlaku serta kasihnya terhadap anak-anak.
Aktor dan pengarah, Farid Kamil berharap isu rumah tangganya dengan pelakon Diana Danielle dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian.Diana sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan cerai...
Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan aktor Hafidz Roshdi serta insiden menumbuk isteri, Nur Shuhada Mat Shukri terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Pelakon Sharnaaz...
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik video persiapannya sebelum memperaga seterusnya mempromosikan helaian tudung jenama As Hijab, milik usahawan...
Bakal menyambut cahaya mata ketiga pada hujung Mei depan, Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri Azrai mengakui teruja dan bersyukur dengan segala perkara baik...
Meskipun sudah lebih dua dekad menempa nama di dalam industri seni tempatan, kumpulan nasyid, Rabbani masih lagi sibuk memenuhi pelbagai jemputan persembahan walaupun di luar bulan Ramadan.
Jika anda penggemar filem KL Gangster (KLG), pasti anda ingat babak pergaduhan di antara pelakon utamanya, Aaron Aziz dan gangster pasar borong yang dilakonkan oleh pelakon, P. Jegan.
Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau sinonim disapa sebagai Madammu bersyukur apabila sudah mendapat tarikh untuk bersalin anak sulungnya menerusi kaedah pembedahan.
Menurut Eriyca, impiannya untuk...