Baru sahaja memperkenalkan Lofa Brand, Neelofa mengumumkan pula mengenai projek kerjasama bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Semurni namanya, Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara figura asal Kelantan itu sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.
“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, saya akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang saya ada ditulis dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan Makna By Lofa menerusi aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.
Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.
“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.
“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” kongsi Lofa lagi.
Ads
Usahawan dan hos MeleTOP ini turut menambah, dia sangat gembira kerana perjalanan menggerakkan Makna By Lofa dari awal hingga setakat ini dipermudahkan.
“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan.
“Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.
Sekali gus, Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.
Ads
“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan semua, insya-Allah,” ujarnya.
Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.
Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.
Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata, bintang berkenaan merupakan selebriti terawal yang meminjamkam suaranya bagi bacaan maksud dalam ayat suci al-Quran.
Ads
“Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu.
“Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.
“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk,” jelas Emir.
Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.
Dalam perkembangan lain, Neelofa kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan haji. Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah ibu dan dua adik lelakinya.
Foto: Terima kasih Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an, Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira jam 2.45 pagi tadi.
Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.
Cucu Allahyarham, Huraimi Hilman memaklumkan berita kematian neneknya itu menerusi Facebook.
“Selamat berehat nendaku Habshah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiunm. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” tulisnya.
Sementara penyanyi Noorshila Amin turut berkongsi berita duka sama menerusi laman Facebook miliknya.
“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.
“Dengan rendah hati saya mohon dapatlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah ampuni dan tempatkan arwah di kalangan para Solihin,” titipnya.
Terdahulu, Mek Habsah difahamkan sudah lama menderita sakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen.
Jenazah Mek Habsah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1 pada jam 10 pagi ini.
Urusan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur, pada jam 2.30 petang ini.
Imbas kembali, selain membintangi filem dan deretan drama, Mek Habsah juga pernah muncul dengan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Hanis Zalikha mengakui berasa gentar untuk memberi pendedahan teknologi moden, gajet terhadap anaknya sulungnya, Yusuf Iskandar.
Perkara itu dikongsikan Hanis di Instagramnya baru-baru ini.
“Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14 tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.
“Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.
“Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa
“P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ,” tulis Hanis.
Setiap pasangan mendirikan rumah tangga pasti mahukan ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Meski suami ada menyatakan sudah berpisah sebelum ini, Lufya Omar tetap tabah meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
Baru-baru ini, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar ada memberi nasihat kepada semua wanita yang menghadapi keganasan dalam rumah tangga.
“Wanita!! Kamu berharga! Rasulullah mengangkat tinggi martabat WANITA. JANGAN TAKUT. Berani kerana BENAR!
“Banyak sangat dapat aduan gambar2 wanita yang dipukul suami. Sayang diri kamu sendiri dulu. Kalau suami tu sayang kita dan bertanggungjawab cara nya bukan pukul bantai, caci-maki.
“Bertahanlah macamana penyakit baran ni makan tahun sayang nak berubah. Itu pun kalau berubah! Tapi kita dah lunyai.
“Belakang hari mereka ni akan ‘play victim’ kat keluarga dan masyarakat.. apalagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci.
“Fya hanya nak bagi nasihat PENTING kepada semua wanita yang dianiaya suami. Pls take note apa yang korang kene buat demi masa depan anak dan diri kamu sendiri.
“1. Terus pergi hospital buat laporan kecerderaan .2. Gi balai buat laporan polis bawak laporan kecerderaan.(untuk rujukan syariah; kalau taknak suami kene tangkap polis, boleh sekadar menyimpan bukti kukuh dan memberi peluang pengajaran kpd suami /boleh jugak buat report kasi suami menginap free kat lokap )
“3. Mengadu pada wali, bapa, atuk lelaki, adik lelaki, bapa saudara untuk menjadi wakil dalam perbincangan keluarga. Kalau lebih rumit.. 4. Lantik je lawyer. Kalau takde cukup kewangan , jgn risau ada je badan yang boleh bantu. Jangan takut negara kita ada undang-undang. #beranikeranabenar #sayangidiri #womensworth #awareness,” tulisnya.
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.