Lewat malam tadi, pelakon versatil Noorkhiriah ada memuat naik foto bayi comel yang mengenakan gaun merah lengkap dengan aksesori bunga di kepala.
Meski ia dilihat sebagai suatu posting yang ‘biasa’ namun menerusi kapsyen yang ditulis, perkongsian dari bintang Nur ini sebenarnya cukup mantap dengan nasihat serta panduan buat semua.
“Jangan sedih dgn dunia, dunia tdk mjanjikan apa2. Nah, pada yg sedih pasai hitam tk putih mcm orglain, putih hati itam wtpe dik.
“Baby ni itam siap pakai merah lagi..tetap ada dlm google gmbr dia, kita yg putih tabita ni pun tk merasa. maka moral of te story idup ni kena bersyukur,” tulisnya.
Malah kata Khiriah lagi, usah membanding-bandingkan di antara satu sama lain.
“Makin byk bersyukur makin kita sedar idup ni tk kemana, tkyah gigih sgt nak show kt org..tkyah nak banding2kan dgn orglain pasal kkdg orglain cantik meka dah byk begger.
“Okaylah, ikutati nk nulis lg tp lom tntu ada yg baca..tidolah..esok ngarut lagi itupun kalu idup..bye,” kongsi Khriah sambil mendapat reaksi setuju netizen.
Pelakon Amar Baharin ada berkongsi video pendek dirinya ada mendapat ‘nota cinta’ yang tertera tulisan ‘i love you’ yang diselitkan di cermin keretanya.
Berseoloroh bagai tidak mengetahui siapakah gerangan yang mengirimkan nota di atas tisu itu, Amar lantas menulis kapsyen yang cukup sweet!
“Semalam balik shooting, dapat satu nota… selit kat wipers. Buat hal la, kalau bini aku tau mcm mane??? dia tak tau ke aku ni anak sorang… nak masuk 2 dah,” tulisnya.
Lalu, perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen kerana ada yang terperasan akronim ‘ar’ pada hujung nota berkenaan yang secara jelas merujuk kepada ‘Amyra Rosli’.
Malah, isterinya juga dilihat turut meninggalkan komen iaitu;
Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi, 2 tahun.
Pasangan ini juga sedang menantikan rezeki zuriat kedua dan Amyra dijangka bersalin awal tahun hadapan.
Foto: Instagram Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah kini sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Shila berkata dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
“Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni..Hari2 tengok video labor and delivery org lain Bag hospital in Sha Allah dah complete.
“Kalau ikut kan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar…
Terutamanya tendangan Di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Aqasha mengakui watak Hang Tuah yang dibawa menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 (PGLM2026) memberikan impak positif terhadap kehidupannya sebagai seorang individu.