Beberapa hari yang lalu, pengacara dan penerbit terkenal Sheila Rusly ada berkongsi foto bersama anaknya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, kelihatan Sheila ada berbicara mengenai soal menantu diruangan kapsyen gambar.

“Yang ni mama approved! Cantik..manis..tapi..pandai masak tak? @uzairhaqimy69 #nyawa #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu mendapat kritikan daripada seorang pengguna media sosial.

IKLAN

“Jangan cerewet memilih menantu…nnti menantu pun x suka kita…apabila anak dah mendirikan rumahtangga biar mereka yg mengatur alam rumahtangga…

“sebagai mertua kita x punya hak untuk menegur menantu…tugas suami akan menegur si isteri jika ada yang x betul,” tulis individu tersebut.

IKLAN

“Awak Ni Kenapa? Serius Naw,”- Sheila Rusly Dikritik Fasal Kapsyen, Ini Jawab Tuan Badan

Lalu, Sheila menjelaskan bahawa kapsyen tersebut hanyalah sekadar gurauan.

IKLAN

“awak ni dah kenapa ek?? Serious naw!! Chill la h lol.. hidup kena ada humour baru ceria dik!,” balas Sheila.

“Awak Ni Kenapa? Serius Naw,”- Sheila Rusly Dikritik Fasal Kapsyen, Ini Jawab Tuan Badan

Alahai netizen pun, tak akan artis pun tidak boleh untuk bergurau bersama peminat. Betul tak?

Foto : Instagram Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI