Tegas dengan prinsip, rumah tangga bukanlah berlandas semata-mata kerana cinta, sebaliknya Datuk AC Mizal turut menegaskan perkahwinan usah disandarkan hanya kerana nafsu dan cinta.

Lebih 17 tahun melayari rumah tangga bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida, bintang yang mesra disapa Datuk AC ini memaklumkan hubungan mereka terbina menerusi persefahaman dan kepercayaan.

Malah, dia turut berkongsi rahsia, paling penting adalah bilik tidur!

“Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur yang kemas. Bilik tidur adalah tempat untuk kita luangkan masa berdua dengan isteri.

“Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, pulang daripada kerja dengan kepala kusut, pasti boleh menimbulkan pergaduhan,” kongsinya kepada MH.

Tambahnya lagi, ijabkabul bukan hanya termetrai atas suka sama suka sahaja, tetapi hal lain juga perlu diambil kira.

IKLAN

Apabila kita berkahwin atas dasar cinta, itu yang menjadi masalah kerana cinta sebenarnya ada banyak kepura-puraan.

“Jadikan suami atau isteri sebagai kawan baik untuk berkongsi semua masalah dan saya tidak faham apabila ada pendapat mengatakan suami isteri tidak boleh kerja bersama, bimbang masalah kerja berlanjutan ke bilik tidur.

“Bagi saya jika begitu, lebih baik tak payah berkahwin. Persefahaman penting dan mungkin sebab itu jugalah kami selesa bekerja bersama,” tambahnya lagi.

IKLAN

Setuju dengan pendapat si suami, jelas Emylia mereka sering bersama dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Kami sering berbincang dan buat sesuatu bersama. Lagipun saya yang uruskan kerjaya suami,” katanya ringkas.

Menyorot kisah duka dunia hiburan yang kerap dipaparkan mengenai perceraian artis kebelakangan ini, pengacara senior itu turut membayangkan, setengah selebriti muda terlalu obses dengan media sosial.

IKLAN

“Apa yang dapat saya simpulkan, ada artis muda terlalu obses dengan media sosial sehingga memberi ruang untuk orang luar masuk campur dalam masalah mereka.

Bagi saya tidak perlu kongsi segala-galanya di media sosial. Malah, rasanya pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung,” tegasnya.

Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabul pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Datuk AC dan isteri ditemui pada majlis Taklimat Media Pop Yeah Yeah di Public Space, Balai Berita NSTP petang tadi.

Pop Yeah Yeah merupakan sitcom dunia hiburan 60-an yang turut menampilkan pelakon lain seperti Emelda Rosemila, Shuk Sahar, Izzue Islam dan Oktovia Manrose.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI