Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat, 29, sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir, 33, di masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3.28 petang dengan lafaz.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) dengan disaksikan oleh bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Majlis yang dilangsungkan secara sederhana mengikut rutin normal baharu, hanya dihadiri ahli keluarga dan tetamu terdekat kedua belah pihak.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

IKLAN

Ayda ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan sempurna seperti dirancang.

“Alhamdulillah, meski pun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

IKLAN

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” katanya.

Menurut Ayda, dia sudah pun bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak  rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

IKLAN

“Ini adalah satu kehidupan baru untuk hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.

“Jujurnya kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insya-Allah,” katanya yang tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini.

Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Pasangan selebriti ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI