Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mendedahkan dirinya ada memasang azam untuk bebas daripada berhutang menjelang tahun 2021.

Jelas Lufya, dia tidak kisah untuk mengamalkan cara hidup yang bersederhana asalkan hatinya tenang daripada memikirkan soal hutang atau pinjaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

“Kata-kata hikmah pagi ini. Orang yang kaya tu adalah orang yang tak ada Hutang. Hidup sederhana tapi tak berkait dengan riba’, tak pinjam duit orang, makan telur dengan kicap pun happy asal tak berhutang.

“Azam tahun ni nak keje kuat supaya lepas dari pinjaman bank. Nak buat bisnes kecil-kecilan tapi baraqah supaya tak berhutang,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya turut menyeru orang ramai supaya tidak bertangguh dalam soal pembayaran semula hutang meski pun ianya tidak dituntut oleh individu yang memberikan pinjaman.

“Jangan sesekali pinjam duit orang tapi tak pulang-pulang. Buat dono je mentang-menteng nampak orang yang kasi pinjam tu macam senang, pastu lambat-lambatkan atau tak pulang langsung duit orang tu.

Kadang kita tak tahu kesusahan apa yang si peminjam tu alami disebalik wajah yang tersimpul senyum tu. Ada orang sanggup tolong orang atas dasar kemanusiaan.

“Bahaya orang yang berhutang ni Rohnya Tergantung Jika Tidak Membayar Hutang. Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.

“Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim. Nabi tak solatkan jenazah si mati yang berhutang!Takutnyaaa. Begitu berat tanggungan orang yang berhutang ni. Cepat-cepatlah settle hutang ya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak semata-mata.

“Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri agar setiap tindak tanduk yang kita lakukan tidak akan memusnahkan diri sendiri. Jangan pkai kata-kata “Biar papa asal bergaya! Aiyooo malu la nak bergaya, nak nampak hebat tapi hutang tak bayar.

“Fya cakap general ya tak ada kene mengena dengn sesiapa. Mengingatkan diri sendiri ni juga kalau nak bergaya ke nak bersenang-senang jangan sesekali Lupa Bayar Hutang! Dm Fya kalau Fya ada lupa bayar hutang ya. Kalau boleh halalkan lagi bagus,” akhirinya.

Sumber: Instagram Lufya Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI