Pelakon, Hafreez Adam meluahkan rasa kesal dengan penerimaan segelintir pihak mengenai isu ganggu seksual apabila melibatkan kaum lelaki.

Jelas Hafreez, isu seperti ini sering kali dipandang remeh dan tidak diberi perhatian khusus seperti mana yang berlaku pada kaum wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

 “Okay sekarang what if perempuan yang buat macam tu. Perempuan tepuk punggung lelaki. Tak ramai jawab ‘that’s is sexual harassment.

“Itu dikira sexual harassment juga. Tak kisah kau lelaki/perempuan. Buat dekat perempuan/lelaki, itu adalah sexual harassment. According to my friends, rules dekat tempat office diorang pegang bahu/tangan (without consent) pun tak boleh. Apatah lagi private parts,” tulisnya.

Menerusi sebuah entri yang dikongsiksan di laman Instagram, Hafreez turut mendedah dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika ditempat kerja.

Katanya lagi, perkara tersebut nyata memberikannya rasa kurang selesa dan dia juga menyesal kerana tidak tegas ketika berhadapan situasi tersebut.

IKLAN

“Benda ni pernah jadi dekat pada abe dekat set shooting. Ada satu perempuan suka grab my ass and chest. Mula-mula abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’. Then dia gelak.

“Abe tahu dia gurau sebab dia cakap dia tak suka lelaki pun. The problem was, it’s my body dan abe tak comfortable orang pegang/ tepuk dekat situ.

“Abe pernah cakap ‘janganlah aku tak suka’ but dia buat juga. Sebab pada dia, it was just a joke. My fault juga sebab tak bertegas. Ada satu time tu dia buat masa tengah shooting outdoor. Dekat mall.

IKLAN

“Abe cakap ‘Kau kenapa? Kau nak aku grab kau juga ke? (Which was stupid of me lah. Jangan cakap macam tu okay!”. I said it out of frustration, obviously. Then dia laju cakap ‘tak boleh. Aku perempuan.’ Sambil gelak-gelak,” kongsinya lagi.

Lantaran itu, pelakon drama Gantung The Series ini juga berharap agar orang ramai dapat mengubah perspektif tersebut dan memandang isu ini secara lebih serius.

“Waktu tu baru Abe sedar betapa double standard nya isu ini pada mata orang. It’s okay untuk perempuan buat. Apparently, it’s just a joke. Tapi lelaki kalau buat, laju sahaja kena bash and bila lelaki cakap isu ini, orang pandang serong.

IKLAN

“Jangan normalise kan benda ni. That ‘it’s okay’ to do that. It’s okay if kedua-dua pihak okay and tak kisah. But if one party tak okay/tak suka, that’s sexual harassment,” akhirnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut berharap agar orang ramai sedar akan permasalahan ini.

Sumber: Instagram Hafreez Adam