Nama penyanyi dan rapper, Chubb-E mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet selepas memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun lalu.
Tanpa mahu membiarkan dirinya terus dibuli dengan komen dan kritikan yang dilemparkan di media sosial, Chubb-E, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menjelaskan kemenangannya adalah hasil usaha dan kerja keras peminat yang mengundi.
Malah, Chubb-E mengambil pendekatan untuk membiarkan perkara itu sehingga akhirnya suara-suara itu berhenti dengan sendirinya.
Terbaharu, bintang muda ini telah pun melancarkan single duet bersama penyanyi, Amir Masdi menerusi lagu Biru Malam terbitan syarikat rakaman Future Music Entertainment, ciptaan sepenuhnya Chubb-E yang menggambungkan eleman Hip Hop dan Balada Rock.
Menurut Chubb-E, ia adalah ekperimen dalam kerjaya seninya terutama dalam bidang penciptaan lagu selain mengetengahkan gabungan muzik yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.
“Lagu ini adalah ciptaan saya sepenuhnya yang diisiapkan pertengahan September tahun lalu. Lagu ini bercerita mengenai mengenali diri. Kita sebagai manusia kadang tanpa sedar, apa dibuat di dunia ini, sebenarnya ada perkara yang kita tak nak buat pun, tapi kita buat semata-mata untuk mengambil dan menjaga hati orang lain.
“Disebabkan itu saya memilih tajuk Biru Malam yang mana mengenal diri pada waktu malam. Kita manusia kena ada masa untuk mengenal dan mencari diri semula. Tengok apa yang dibuat, apa yang patut dan tak patut kita buat.
“Kalau boleh lakukan sesuatu perkara itu bukan untuk puaskan hati orang itu, tapi untuk gembirakan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dulu barulah fikir orang lain,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan Amir Masdi, Chubb-E berkata, finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) itu adalah pilihan kedua bagi menggantikan penyanyi asal lagu berkenaan.
“Sejujurnya, lagu ini sudah dirakamkan oleh penyanyi lain. Memang niat saya buat lagu ini untuk mereka sebab mereka minta lagu daripada saya. Malah, ketika menghasilkan lagu ini saya berada dalam fasa sedang mengenali diri. Jadi, ilham lagu ini ikhlas dari hati.
“Namun, disebabkan ada beberapa isu yang timbul, jadi saya terfikir untuk menyanyikan sendiri lagu ini. Apabila saya nyanyi, saya boleh buat lebih lagi.
“Kebetulan saya memang merancang satu projek khas dengan Amir. Disebabkan itu, saya menawarkannya untuk berduet dalam lagu ini.
“Saya anggap apa yang terjadi ada hikmah termasuk pemilihan Amir. Pendek kata Amir adalah pilihan tepat. Sudah lama nak mencari ilham lagu baru bersama Amir, tapi tidak ada idea.
“Kiranya, lagu ini adalah rezeki kami berdua untuk berkolaborasi. Apatah lagi ini juga projek eksperimental daripada saya yang mana memang sudah lama nak buat genre Hip Hop dan Balada Rock,” katanya.
Sementara itu, Amir Masdi, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi berkata, dia terlebih dahulu sudah mendengar lagu Biru Malam malah mengetahui ia bakal dinyanyikan penyanyi lain.
“Ketika itu saya memang tahu ini projek khas Chubb-E dan akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. Cuma, perancangan untuk kami berduet sudah lama, tapi belum ada lagu sesuai. Kali pertama saya dengar lagu, saya terus cakap sedap.
“Saya tanya, kenapa tak nyanyikan sendiri. Dalam masa sama, saya ada bergurau kenapa kami tidak berduet saja untuk lagu ini.
“Saya tidak serius pun sebab sudah tahu ia memang dihasilkan untuk penyanyi lain. Malah, ketika proses rakaman dibuat, kebetulan saya ada di studio. Saya dengar dan hayati lagu ini.
“Diakui memang sedap. Itu sebab apabila dapat tawaran lagu ini, saya terus cakap ‘on’ sebab sudah tahu melodi dan lirik.
“Jadi, kami terus tetapkan tarikh rakaman dan buat sedikit perbincangan dari segi gubahan muzik. Sebab nak tambah bunyi dan instrument lain supaya lagu ini lebih menarik untuk didengar,” katanya.
Menurutnya lagi, dia perlu menyeimbangkan cara nyanyiannya memandangkan lagu Biru Malam bergenre Hip Hop dan diterapkan elemen Balada Rock.
“Lagu ini lebih kepada eleman Hip Hop, tapi bukan macam lagu lain yang banyak unsur rap. Lagu ini lebih banyak menyanyi, tapi masih dlm genre itu. Apabila saya ada dalam lagu ini, saya tambah elemen nyanyian dan rock, sebab saya memang genre muzik itu.
“Bukan mudah bagi saya. Malah, untuk bahagian saya agak lama juga proses rakaman dibuat. Mungkin sebab ini kali pertama menyanyikan genre sebegini. Dalam masa sama nak kena kelalkan muzik rock saya, tapi tidak boleh berbunyi kasar. Jadi, agak susah untuk saya.
“Pada mulanya fikir senang, tapi apabila proses rakaman bermula memang susah. Lagi satu, lenggok nyanyian genre Hip Hop adalah berbeza. Disebabkan itu, saya kena seimbangkan cara nyanyian saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Jasmin Hamid ada meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang individu yang telah dipercayai disahkan positif Covid-19, namun tidak mengamalkan SOP (standard operating procedure) sepatutnya.
Difahamkan, individu berkenaan tidak melakukan pengasingan diri dan melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Jasmin menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai satu sikap yang mementingkan diri sendiri.
“MOHON JAGA LISAN. ALLAHUAKHBAR. Kenapalah ada individu yang tak bertanggungjawab?
“Dah tau POSITIVE COVID_19, tolonglah quarantine sendiri dulu sebab KKM dah tak menang tangan. Pesakit melimpah-limpah.
“Dengan BANGGANYA up status kat sosial media, bagitau dia bebas berkeliaran, SEBARKAN VIRUS pada orang ramai sebab KKM abaikan dia. Siap cakap pergi M****S,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menambah, dia turut mempunyai kenalan yang positif wabak berkenaan, tetapi masih melakukan kuarantin kendiri kerana tidak bergejala berat.
Malah dia turut menasihatkan golongan tersebut perlu peka bagi mengelakkan memberi kemudaratan kepada insan tersayang.
“Kawan-kawan saya pun ada yang POSITIVE tapi mereka self quarantine melainkan kalau dah critical. Habis yang kita patuh PKP dan SOP ni, macamana pulak?
“Sampai bila nak keras kat rumah? Pasal orang-orang yang TAK BERTANGGUNGJAWAB ni lah, kes makin berlambak -lambak.
“Yang self quarantine pun, harus duduk dalam bilik atau rumah sorang-sorang Tak boleh bercampur dengan sesiapa pun.
“Jangan sampai mudaratkan orang lain terutamanya orang tersayang. Kita kena USAHA, DOA dan TAWAKAL. Tak boleh sekadar TAWAKAL.
“BRAVO Pada mereka yang SELFISH. SETAHUN la kita akan PKP macam ni Hebat Bukan?,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Syakirin Husnal ada berkongsi sebuah video mengenai peluang pekerjaan yang ingin ditawarkan di syarikat perusahaannya, Syakirin Media.
Menurut video tersebut, Syakirin ketika ini dikatakan sedang mencari pegawai media yang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut.
We are hiring! Looking for a photographer+videographer+editor. Basically creative personlah. Email us at team.syakirinhusnal@gmail.com pic.twitter.com/LA211UmwEL
“We are hiring! Looking for a photographer+videographer+editor.
Basically creative personlah,” tulisnya.
Kenyataan berkenaan dikongsikan oleh pengacara program jualan langsung, Astro Go Shop itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, entri berkenaan mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan skop kerja yang dijelaskan.
Tidak mahu isu tersebut dibiar berpanjangan, Syakirin hari ini tampil bagi menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut.
Jelas Syakirin, jawatan tersebut sebenarnya dikhususkan untuk calon yang masih baru dan kurang berpengalaman.
Ya Allah 😱😱😱 twitter masih kencang 😅😅
Sabar guys, ye, kita cari junior. Tapi no, kita tak expect dia tapau kerja level agency/production house sesorang. Jauh sekali kita harap dia level Hollywood.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).