Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila melihat bekas suaminya, pelakon Norman Hakim berbahagia di samping isterinya yang juga seorang pelakon, Memey Suhaiza.
Seperti sedia maklum, Abby serta suaminya Muhamad Faizal kekal menjalinkan hubungan baik bersama dengan Norman dan Memey
Baru-baru ini, Norman telah menerima kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-45.
“Alhamdullillah. Membesar dgn baik & bahagianya Oman dijaga @memeysuhaiza Syukur hehe.
Ads
“Syukur juga dapat kami meraikan bersama keluarga kecil kami lagi tahun ini.. Tempat best, makan sedap.
“Terima Kasih ALLAH, Terima Kasih Mummy. Bulan 3 star cruise kira jadi k . Kita tuntut. Oman jangan buat2 pengsan hahahhahaha,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Ads
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang pada tahun 2019 , namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bahang Syawal agaknya, penyanyi Syamel ada berkongsi foto dan video lucu gara-gara mahu promosikan barang jualan, rela mengenakan baju kurung moden di sebuah karnival jualan, baru-baru ini.
Difahamkan, Syamel dan rakan niaganya, Ernie Zakri turut mengambil peluang untuk promosikan baju Kurung dan Melayu mereka di karnival jualan berkenaan.
“Saya masih di PWTC. Mai lerrr : @erniezakri”tulisnya.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) teruja untuk mengumumkan acara umum yang mesti disertai di Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: LEVEL UP PLAY berserta acara baru CREATORS XPO KL.
Bermula 13 sehingga 15 September 2024, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah untuk sambutan meriah bagi kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara dan melangkau sempadan.
Tahun ini, MYDCF memperkenalkan jenama baharu iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.
Agenda Utama
Pertandingan dan perlawanan E-sport, PC & Mobile yang mengujakan
Kejohanan Permainan Kad Terbesar dari jenama terkemuka.
Zon permainan interaktif yang menampilkan permainan, perkakasan, dan perisian terkini.
Persembahan dan Aktiviti Animasi Malaysia yang pasti memukau.
Pencipta kandungan digital dan pempengaruh paling popular.
Acara ini juga akan menampilkan dewan pameran yang luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.
Para pengunjung akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.
Hiburan Yang Menyeluruh
Nikmati hiburan pentas tanpa had, dari konsert mini yang memukau hingga persembahan Vtuber yang mangasyikkan dan perayaan cosplay yang meriah. Temui pelbagai barangan rasmi berinspirasikan kandungan digital dan pelbagai koleksi lain, serta rasai pengalaman pameran komik terbesar dari artis terkenal tempatan.
Penglibatan anda dalam aktiviti gamifikasi boleh mendapatkan barangan eksklusif MYDCF, peluang penyertaan untuk pertandingan, serta cabutan bertuah.
SeeNI & KLIIK
Selain peluang untuk mencuba produk baharu dan menerokai teknologi terkini dalam permainan serta animasi, MYDCF 2024 juga menampilkan booth SeeNI dan KLIIK, dibawakan buat julung kalinya oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Booth ini akan berada di Dewan 7 pada 13 hingga 15 September, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah-hadiah istimewa untuk pengunjung.
Antara tarikan utama adalah sudut podcast yang akan diadakan di sana, serta uji bakat Drama Pendek SeeNI pada 14 dan 15 September dari jam 3 petang hingga 5 petang. Ini adalah peluang hebat bagi mereka yang ingin menonjolkan bakat lakonan terpendam dalam suasana yang menyeronokkan dan penuh inspirasi.
Tiket bagi peserta terawal kini boleh didapati di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off. Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dapat dilupakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilamar menjadi salah seorang penyampai baharu stesen radio Era FM, Fazziq Muqris berharap dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik mungkin.
Bergandingan dengan Munabella, pasangan itu akan bersiaran dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam menghiasi slot Daebak Era.
Bercerita lanjut mengenai tawaran berkenaan, Fazziq menjelaskan, dia menerima pelawaan tersebut untuk menyahut cabaran baharu dalam bidang seni yang diceburinya.
“Saya tak pernah terfikir nak jadi penyampai radio dan tiba-tiba dapat peluang… syukur Alhamdulillah.
“Kalau tak grab peluang ini, rasanya macam sia-sia sahaja sebab saya fikir untuk masa depan.
“Walaupun saya tiada apa-apa pengalaman, tapi saya cuba untuk belajar dan memang banyak saya ilmu yang saya dah belajar daripada Muna,” katanya kepada MH.
Fazziq ditemui pada majlis pengumuman penyampai dan slot baharu Era yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Genap berusia 22 tahun pada 29 Jun lalu, Fazziq juga berkata dia lebih selesa menggendalikan semua urusan kerjayanya tanpa menggunakan khidmat pembantu peribadi (PA).
“Saya uruskan kerjaya sendiri tanpa bantuan PA atau syarikat pengurusan sebab saya nak rasa kesusahan (urus kerjaya sendiri).
“Umur 22 ni bagi saya kita kena rasa kesusahan dahulu… jadi ambil cabaran ini cuba untuk uruskan sendiri perjalanan karier seni saya.
“Buat masa ini, memang waktu malam saya akan berada di studio dan untuk lakonan pula memang ia merupakan hobi saya.
“Sekarang pun saya sedang menjalani penggambaran drama siri terbaharu, Projek High Council.
“Saya suka berlakon sebab ia tunjukkan skil bagaimana caranya kita untuk bermain di hadapan kamera dengan pelbagai karakter yang telah diberikan kepada kita,” katanya lagi.
Nama Fazziq kian dikenali selepas memenangi tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!