Ads

Anna Jobling Raih Pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award, Mahu Tembusi Pasaran Antarabangsa – “Saya Bersyukur, Terharu.”

Pelakon Anna Jobling menerima pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award pada majlis Top 10 of Asia 2026 yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengiktirafan berkenaan diberikan sebagai penghormatan terhadap bakat Anna dalam bidang lakonan serta sumbangannya sebagai anak seni yang membawa nama Malaysia di peringkat serantau.

Pengiktirafan Jadi Pembakar Semangat

Anna berkata, penghargaan tersebut cukup bermakna buat dirinya, malah menjadi dorongan untuk terus berusaha memberikan yang terbaik dalam perjalanan kerjaya seninya.

“Saya sangat bersyukur dan terharu menerima pengiktirafan ini.

“Anugerah ini bukan sahaja bermakna buat saya, malah menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, bekerja keras dan memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Ads

Anna Jobling Raih Pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award, Mahu Tembusi Pasaran Antarabangsa - “Saya Bersyukur, Terharu.” Anna Jobling Raih Pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award, Mahu Tembusi Pasaran Antarabangsa - “Saya Bersyukur, Terharu.” Anna Jobling Raih Pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award, Mahu Tembusi Pasaran Antarabangsa - “Saya Bersyukur, Terharu.” Anna Jobling Raih Pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award, Mahu Tembusi Pasaran Antarabangsa - “Saya Bersyukur, Terharu.”

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/tak-kejar-target-hidup-anna-jobling-hanya-mahu-kekal-sihat-murah-rezeki-pada-usia-26-tahun-jika-terlalu-fikir-masa-depan-saya-mudah-overthinking/

Hargai Sokongan Semua, Sasar Pasaran Antarabangsa

Tambahnya lagi, penghargaan itu turut ingin dikongsikan bersama keluarga, syarikat pengurusan, stesen TV, pihak produksi serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat sepanjang perjalanan kerjayanya.

Ads

“Saya ingin berkongsi penghargaan ini dengan semua pihak yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin sampai ke tahap ini.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya juga berazam untuk membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Jika ada peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa saya sedia untuk melakukannya,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Amira Othman Terharu Lihat Kasih Sayang & Sikap Prihatin Fatima Terhadap...

Penyanyi Amira Othman menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan anak tirinya, Nur Fatima Aisya terhadap anak lelakinya, Jarir Umar sebagai satu perkara yang cukup menyentuh...