Ads

Amira Othman Terharu Lihat Kasih Sayang & Sikap Prihatin Fatima Terhadap Jarir Umar, Beri Bayangan Bakal Dedah Anak Lelaki Kepada Peminat

Penyanyi Amira Othman menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan anak tirinya, Nur Fatima Aisya terhadap anak lelakinya, Jarir Umar sebagai satu perkara yang cukup menyentuh hati.

Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, berkata Fatimah bukan sahaja teruja setiap kali bertemu adiknya itu, malah turut menunjukkan sikap prihatin dengan sentiasa mengambil berat tentang keadaan Jarir.

“Fatimah sangat menyayangi adiknya. Setiap kali datang ke rumah, dia memang teruja apabila melihat Jarir.

“Kalau ayahnya mencium Jarir berulang kali sekalipun, Fatimah akan berkata, “Daddy, nanti Jarir sakit!

“Saya rasa perkara itu sangat manis dan menunjukkan kematangan dirinya. Dia memahami bahawa Jarir ialah adiknya dan dia sangat menyayanginya,” katanya.

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single baharu berjudul ‘Jarir Umar’ yang berlangsung di Cavahall Damansara, Ara Damansara pada petang Jumaat.

Majlis sama turut memperkenalkan Amira sebagai duta jenama penjagaan ibu dan anak, yootree.

Kagum Dengan Sikap Prihatin Fatimah

Dalam pada itu, Amira mengakui dia mengagumi sikap Fatimah yang sentiasa menunjukkan kasih sayang serta sikap ambil berat terhadap adiknya.

Ads

Amira turut berharap agar hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua beradik itu akan terus kekal erat sehingga mereka dewasa.

“Saya amat mengagumi Fatimah kerana sikapnya itu. Saya berharap Fatimah dan Jarir akan terus menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila.

“Mudah-mudahan Jarir juga dapat melindungi kakaknya sepanjang hayat,” katanya lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/amira-othman-genap-33-tahun-comel-romantis-pantun-fattah-amin-buat-isteri-pen-merah-pen-biru-hidup-i-best-bila-ada-you/

Ads

Bakal Kongsi Wajah Jarir, Serahkan Kepada Fattah

Dalam perkembangan lain, Amira turut memberi bayangan bahawa dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, akan berkongsi wajah anak mereka kepada umum tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penyanyi itu berkata keputusan untuk berkongsi wajah Jarir kelak akan diserahkan kepada suaminya.

“Ya saya rasa kami akan berkongsi wajah Jarir tidak lama lagi, insya-Allah.Saya juga mahu anak saya membesar seperti kanak-kanak lain.

“Tidak mungkin setiap kali keluar, saya perlu menyembunyikan anak saya. Kesian juga kepadanya.

“Insya-Allah, kami akan berkongsi wajahnya supaya orang ramai dapat melihat rupa Jarir.

Ads

Namun, perkongsian tersebut nanti akan dibuat oleh ayahnya. Saya akan mengikut sahaja,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.

Amira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Jun lalu.

Sebelum itu, Fattah pernah bernikah dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha yang kini berusia 6 tahun.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Fazura Dedah Cincin Hanya Gurauan Balas Usikan Elly Mazlein, Masih Kenal...

Aktres dan usahawan, Fazura mengakui aksi menayangkan cincin yang mencetuskan tanda tanya ramai sebelum ini hanyalah sekadar gurauan bagi membalas usikan rakan selebriti, Elly...