Grand Finale Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) menyaksikan malam penuh gemilang buat penyanyi cilik, Anggrek dan pengurusnya, Adira Suhaimi apabila dinobatkan sebagai juara.
Anggrek dan Adira berjaya mengetepikan cabaran daripada empat finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, peruntukan pengurusan dan pemasaran bernilai RM50,000 serta kontrak single baharu.
Pasangan ini turut memenangi anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie sekali gus membawa pulang wang tambahan bernilai RM10,000.
Tempat kedua pula berjaya disandang oleh penyanyi remaja Hussain dan pengurusnya Jamilul Hayat, memenangi wang tunai RM15,000 dan trofi.
Malah, Jamilul Hayat turut dinobatkan sebagai pemenang Manager Paling Perform untuk lima minggu berturut-turut.
Sementara itu, pempengaruh Cik B dan Datuk Seri Vida berada dikedudukan ketiga sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Ads
Selain itu, mereka juga bakal menerima peruntukan pegurusan dan pemasaran tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah single.
Turut Bawa Pulang Set Barangan Kemas
Bukan sahaja wang tunai, ketiga-tiga pemenang turut membawa pulang hadiah berupa set barangan kemas dan pekej percutian.
Ads
Tempat keempat disandang oleh Azeva dan Datuk A. Aidan sementara tempat kelima pula dimenangi oleh Kim Khairii dan pengurusnya, Safura Yaakob.
Kedua-dua pasangan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.
Grad Finale TTMM2 dikendalikan oleh pengacara legenda Aznil Nawawi bersama barisan juri tetap iaitu Sarimah Ibrahim serta AC Mizal.
Ads
Turut hadir sebagai juri jemputan minggu ini ialah penyanyi terkenal, Hael Hussaini dan Datuk Syafinaz Selamat.
Selepas sekian lama dinantikan peminat muzik rock dan metal tempatan, dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Cromok dan Barbarik, akhirnya bakal berkongsi pentas dalam satu malam yang cukup istimewa.
Dua nama besar ini akan bersatu menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena, 3 Damansara, Petaling Jaya.
Menggabungkan dua kumpulan berpengaruh dengan identiti muzik yang berbeza, konsert anjuran KARL Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik itu dijangka menjadi antara persembahan paling dinanti peminat muzik rock tahun ini.
Bukan sekadar persembahan biasa, Black On White tampil dengan konsep tersendiri apabila mengangkat elemen penceritaan dan pengalaman konsert yang lebih menyeluruh buat penonton.
Lebih menarik, peminat bakal disajikan dengan sebuah segmen khas tribute kepada kumpulan legenda Kembara menerusi pendekatan susunan muzik yang lebih segar tanpa merosakkan melodi asal.
Gitaris Barbarik, Jobranko berkata, idea segmen berkenaan tercetus bagi memberi warna berbeza kepada keseluruhan perjalanan konsert selain menghargai kumpulan yang banyak memberi inspirasi kepada mereka sejak zaman remaja.
“Saya memang tak suka buat konsert yang terlalu ‘straight forward’. Bagi saya, orang beli tiket bukan sekadar mahu tengok band main lagu, tetapi mereka mahu sebuah pengalaman.
“Sebelum ini saya pernah berkolaborasi dengan beberapa kumpulan lain, tetapi bersama Cromok cabarannya lebih besar kerana karakter vokal Mus dan Sam sangat berbeza. Jadi kami fikir perlu ada sesuatu yang boleh buat peminat lebih teruja untuk datang menyaksikan konsert ini,” katanya.
Tambah Joe, kedua-dua kumpulan mereka bersepakat memilih lagu-lagu Kembara kerana kumpulan itu mempunyai karya malar segar yang dekat dengan jiwa mereka selain sarat mesej dan nilai kehidupan.
“Kami membesar dengan lagu-lagu Kembara. Banyak lagu mereka sebenarnya underrated walaupun mempunyai lirik dan mesej yang sangat kuat. Jadi kami akan ‘rearrange’ lagu-lagu ini supaya lebih segar dan sesuai dengan energi persembahan Black On White.
“Paling menarik, segmen ini akan menyaksikan Barbarik dan Cromok bergabung dalam beberapa persembahan khas sebagai penghormatan kepada Kembara,” katanya.
Sementara itu, Karl Cromok menyifatkan segmen berkenaan sebagai satu perjalanan nostalgia yang diberikan nafas baharu mengikut identiti muzik kedua-dua kumpulan.
“Kembara antara muzik yang kami dengar ketika zaman remaja. Jadi segmen ini ibarat mengimbau kembali kenangan lama, tetapi diberikan sentuhan rock yang lebih moden dan bertenaga,” katanya.
Selain segmen tribute Kembara, peminat turut bakal menyaksikan kolaborasi eksklusif antara Cromok dan Barbarik, termasuk persembahan single baharu daripada kedua-dua kumpulan yang akan dipersembahkan secara langsung buat pertama kali.
Dalam pada itu, Karl menambah, konsert berkenaan turut mencipta kelainan tersendiri apabila tampil dengan konsep No Noise Digital Stage yang menggunakan teknologi persembahan digital sepenuhnya.
“Kami menggunakan pendekatan persembahan 100 peratus digital tanpa penggunaan amplifier gitar atau dram akustik di atas pentas. Semua audio dipantau menggunakan sistem digital dan in-ear monitor bagi menghasilkan bunyi yang lebih bersih serta pengalaman audio yang lebih berkualiti kepada penonton,” katanya.
Barbarik bagaimanapun masih mengekalkan pendekatan persembahan konvensional mengikut keselesaan dan identiti kumpulan itu sendiri dengan penggunaan monitor wedges serta setup pentas yang lebih organik, namun tetap dibantu penggunaan mixer digital.
Perbezaan pendekatan antara Cromok dan Barbarik itu sekali gus menjadi antara keunikan utama konsert Black On White yang menghimpunkan dua identiti muzik berbeza dalam satu persembahan.
Konsert Black On White Cromok-Barbarik menawarkan beberapa kategori tiket dengan harga bermula RM175 bagi CAT 1, RM195 (CAT 2), RM250 (CAT 3), RM350 (CAT 4), RM480 (CAT 5) dan RM998 bagi pakej VIP (CAT 6).
Tiket boleh didapati menerusi laman web MyArteez bagi kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 6, manakala Fantopia pula menawarkan tiket bagi kategori CAT 3, CAT 4 dan CAT 5.
Konsert Black On White Cromok-Barbarik turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik, Dana Persembahan Muzik.
“Kami daripada Karl Legacy juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik, Dana Persembahan Muzik.
“Selain itu, kami turut merakamkan penghargaan kepada The Heritage Club dan Royale Chulan Kuala Lumpur atas kerjasama serta penyediaan venue bagi sidang media konsert Black On White Cromok-Barbarik,” ujar Karl.
Sempena penganjuran konsert Black On White Cromok-Barbarik, Royale Chulan Damansara turut menawarkan pakej penginapan istimewa eksklusif kepada peminat dengan harga bermula RM238 nett termasuk sarapan, baucar makanan serta perkhidmatan shuttle percuma dari hotel ke lokasi konsert.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Saingan minggu suku akhir Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) malam tadi menyaksikan persaingan sengit daripada tujuh peserta bertanding apabila masing-masing tampil memukau menerusi tugasan bertemakan ‘Malam Ini Kuingin Jatuh Cinta.’
Bagaimanapun, hasrat penyanyi Ani Maiyuni dan anaknya, Viviana untuk melangkah ke minggu separuh akhir tidak kesampaian apabila diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir.
Persembahan Viviana menerusi lagu medley Jai Ho dan Gangnam Style gagal menambat hati juri, sekali gus meraih markah terendah minggu ini.
Dua lagi pasangan yang turut berada dalam kelompok tiga terbawah ialah Datuk Seri Vida dan Cik B serta Safura dan Kim Khairii.
Sementara itu, gandingan Datuk A. Aida dan anaknya, Azeva menunjukkan kebangkitan luar biasa apabila berjaya merampas kembali kedudukan pertama selepas nyaris tersingkir, minggu lalu.
Pasangan ini turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie, sekali gus membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai RM2,000.
Dua lagi pasangan yang mengekori rapat kedudukan teratas ialah Jamilul Hayat dan Hussain serta Adira dan Anggrek.
Dalam pada itu, Jamilul Hayat turut mencipta sensasi apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Manager Paling Perform (MPP) buat tiga minggu berturut-turut.
TTMM2 dikendalikan oleh pengacara legenda Aznil Nawawi bersama barisan juri tetap, Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Turut diundang sebagai juri jemputan minggu ini ialah penyanyi dan komposer Hael Husaini bersama Bella Astillah.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan markah sebanyak 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, perasaan tersebut merupakan lumrah yang dirasai oleh setiap ibu, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan dengan anak buat pertama kali.
“Pada saya, itu hanyalah kerisauan bagi semua ibu-ibu. Lebih-lebih lagi saya ini pula ibu tunggal dan anak pula hanya seorang. Saya tak pernah berjauhan dengan Rayyan. Saya agak risau dan takut juga.
“Dialah penghibur saya bila di rumah. Dialah kawan baik dan kawan gaduh. Kami sangat rapat. Mungkin ini lumrah yang dirasai para ibu bila anak-anak bakal meninggalkan rumah.
“Pada awalnya, kita mungkin tidak biasa. Mahu atau tidak, saya kena lepaskan juga. Dia juga mahu mengejar kehidupannya sendiri,” kata Siti Nordiana kepada MH.
Penyanyi lagu Terus Mencintai itu berkata demikian ketika ditemui pada Konsert Soundstage, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nana tetap berlapang dada dan menyifatkan ini sebagai waktu yang sesuai untuk Rayyan memulakan kehidupan secara lebih berdikari.
“Asrama itu hanyalah pilihan tapi dia tetap memilih untuk tinggal di situ. Saya memang agak risau dan para ibu pasti ada rasa anxiety bila berjauhan dengan anak. Macam-macam yang kita fikirkan.
“Namun, tak mengapalah. Mungkin itu jalan yang dia pilih. Saya okay sahaja. Mungkin ini masanya dia belajar untuk berdikari. Duduk di rumah nanti, asyik manja pula.
“Kami tak pernah berenggang. Kalau tinggal pun sebab saya ada jemputan persembahan atau outstation. Untuk tinggal bersendirian, itu belum pernah lagi,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Nana pernah berkongsi reaksinya selepas Rayyan memaklumkan dia menerima tawaran untuk menyambung pengajian dan bakal menetap di asrama.
Meskipun gembira dengan pencapaian anaknya itu, Nana mengakui tetap berasa berat hati apabila Rayyan memilih untuk tinggal di asrama.
Pada masa sama, Nana turut memaklumkan dirinya menerima banyak komen daripada golongan ibu yang melalui situasi sama sepertinya.
“Jika lihat di ruangan komen, ramai sahaja yang senasib dengan saya. Bukan saya seorang sahaja yang lalui situasi ini. Ada yang kata, bila anak mereka pergi ke asrama, mereka rasa sunyi,” ujarnya.
Ditanya sama ada ini merupakan waktu yang sesuai untuk dirinya mencari pasangan hidup, Nana bagaimanapun menegaskan dia mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi rasa sunyi.
“Kalau ada pasangan, takkanlah saya sunyi. Tak mengapalah. Lagi pun saya sibuk dengan jadual persembahan. Kalau saya sibuk dengan program, hilanglah sunyi itu.
“Kalau di rumah, saya akan banyak tonton drama Korea back to back, adakan sesi siaran langsung di media sosial atau pergi minum kopi. Ada banyak cara untuk hilangkan kesunyian,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi dan pengacara Roslan Shah menerima dengan hati terbuka sekiranya usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, ditakdirkan bertemu jodoh dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.