
Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hati menerusi sebuah hantaran di Threads, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Noreen memberi bayangan selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga hubungan dan masa depan.
“Diam Sebab Nak Jaga Hubungan”
Menurut Noreen, dia mengakui dirinya bukanlah insan yang sempurna.


Namun, setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan sendiri.
“Aku hanya diam sebab aku nak jaga hubungan untuk masa depan. Awak sengaja cuba buat orang puji awak, tapi awak tahu apa yang awak buat sepanjang perjalanan kita.
“Saya bukanlah seorang yang sempurna. Tak pernah sekali pun jadi sempurna. Tapi kita hidup, buat apa nak orang sentiasa simpati pada kita. Hidup kita, sendiri hadap.
“Banyak kali awak nak orang tengok kau sebagai mangsa. Tak apa.
“Satu je, ’dunia kejam pada lelaki miskin, ‘hidup tak ada kena mengena’ apa benda semua itu? Perlu ke saya bersuara tentang awak? Tak. Tapi jangan cuba saya,” luahnya.
Norreen bagaimanapun tidak memperincikan secara spesifik terhadap mana-mana pihak terhadap hantaran yang dikongsikan.
Baca Artikel Lain;

Fokus Besarkan Anak, Syukuri Rezeki
Menerusi satu lagi hantaran berbeza, pelakon filem Delen itu memaklumkan dia kini lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada kehidupannya bersama insan tersayang serta mensyukuri segala rezeki.


Anda mungkin berminat dengan
“Biarlah saya hidup dengan cara saya. Saya bahagia dengan orang yang saya sayang, ibu saya, anak-anak saya dan rezeki yang Allah beri supaya saya boleh jaga mereka.
“Saya ialah ibu, saya ialah ayah dan saya bahagia dengan itu. Saya masih ada kepercayaan dalam diri dan saya pegang pada itu.
“Terima kasih atas doa. Orang yang sayang saya, mereka adalah saksi nyata yang terbaik dalam hidup saya. Saya doakan kamu semua bahagia dengan hidup masing-masing.
“Tiada kebencian, hanya kedamaian,” kongsinya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar Norreen terus kuat menempuh kehidupan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

