Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman percaya antara sebab namanya sering menjadi pilihan pengarah adalah kerana sifatnya yang tahu membawa diri ketika bekerja.
Menurut Norreen, meskipun kelakuannya agak berbeza ketika di media sosial, namun, dia juga faham ada kalanya dia harus menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Kerjaya saya bermula sebagai seorang influencer. Saya selesa menjadi diri saya sendiri. Di sosial media memang nampak saya ini macam agak kasar tapi bila bekerja di dalam bidang ini, kita kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan.
“Tak salah nak buat konten-konten viral untuk dikenali ramai tetapi anda perlu tahu untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin itu yang membuatkan saya mendapat tempat di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Norreen berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Cina Buta baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Norreen turut menyeru kepada para selebriti media sosial untuk tidak merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga sukar untuk didekati dan berkerjasama
“Macam inilah, kepada influencer-influencer di luar sana, jangan sombong boleh tak? Jangan bongkak dan takbur. Nama anda baru sahaja nak dikenali. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap sahaja.
“Seperti saya pula, saya tak janggal untuk berhadapan dengan pihak media kerana saya tak pernah nak bersifat meninggi diri atau susah didekati hanya kerana saya seorang influencer.
“Bila bertemu dengan pihak media, kita kena pandai untuk beri kerjasama. Bukan semua situasi kita kena anggap macam kerja yang harus dibayar kerana anggap air liur kita mahal.
“Jangan kekwat dan sedar diri. Sila berpijak di bumi yang nyata,” ujarnya lagi.
Ads
Bercakap mengenai lakonannya di dalam drama Cina Buta, Norreen mendedahkan dia sendiri telah menghantar mesej peribadi kepada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk berlakon dibawah arahannya satu ketika dahulu.
Lantaran itu, dia tidak menyangka impiannya itu akan menjadi kenyataan.
“Dulu saya selalu tonton drama arahan Abang Shahrulezad. Kemudian, ada satu ketika saya putuskan untuk buat muka tebal dan hantar dm di Instagram mengatakan saya teringin nak berlakon dengan beliau.
“Rezeki saya datang di drama Cina Buta ini. Mulanya saya tak tahu drama apa asalkan berlakon dengan Shahrulezad. Bila hari pertama di set, lutut saya terketar-ketar kerana terlalu nervous.
Ads
“Saya selalu tengok Ungku Ismail, Nad Zainal dan Azhan Rani ni di tv sahaja. Filem ini agak berat juga bagi saya kerana pengarah mahukan saya dan Anas untuk mewarnai drama ini dengan komedi,” akhirinya.
Terdahulu, Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali yang ketiga.
Selain Norreen, drama ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“I love you, good night.” Itu antara perbualan mesej sebelum tidur antara pasangan tunangan Nur Risteena dan Isa Khan.
Risteena, 30, telah mendedahkan perbualan mesej menerusi aplikasi Whatsapp bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata.
Kongsinya, perbualan itu dilakukan kira-kira jam dua pagi kerana akui sukar untuk mendapatkan tidur yang secukupnya.
“Our conversation before sleep. Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari.
“Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia.
“Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang,” konsinya.
Dalam pada itu, kakak kepada Ruhainies itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya itu.
“Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Dikurniakan dua pasangan cahaya mata adalah anugerah paling terindah buat pelakon Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreeen.
Baru-baru ini, Hanis ada berkongsi video yang memaparkan gelagat anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang sedia membantu Hanis dalam proses menjaga adiknya, Alisa Aisyah yang berusia 41 hari.
“I want to keep this forever. My firstborn, my eldest son, Yusuf. You have so much love and care for those around you, may Allah always protect you.
“Kalau tengok Mommy start muka resah tengok jam dinding, dia tanya “Do you need to pump??” sebab dia nak berlari fix the pump set.
“If I am already pumping and he wants to enter the room, ada empat soalan dia selalu tanya, “are you pumping” “can I come in” “are you shy” “are you covered”? Bila dah benarkan masuk dia buat muka paling kesayangan tanya bila nak habis pam sebab nak suruh baca planets dengan dia,” kongsi Hanis atau mesra disapa Keknis.
Video tersebut memaparkan gelagat kanak-kanak berusia dua tahun itu yang mahu membantu ibunya untuk menyediakan susu buat adiknya.
Lalu, netizen terhibur dengan reaksi Yusuf yang bijak dan memahami situasi ibunya.
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah,41 hari.
Pelakom versatil, Izreen Azminda mengakui kalau diizinkan dan diberikan rezeki dariNya, dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan.
Izreen kini sedang hamil tiga bulan setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Ude Wahid.
Berkongsi perkara tersebut dengan lebih lanjut, pelakon filem Pak Pong ini memberitahu besar harapannya andai selepas ini dia dikurniakan bayi perempuan.
“Kalau ditanya mengenai jantina anak, insyaAllah dalam beberapa bulan baru boleh ketahui apa jantinanya. Kalau boleh, saya idam cahaya mata perempuan, memandangkan saya dan suami sudah pun mempunyai anak lelaki.
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...