Ads

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat – “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”

Komposer dan penyanyi, Aina Abdul memilih untuk tidak terlalu meletakkan harapan terhadap kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), minggu ini.

Sebaliknya, dia mahu lebih fokus terhadap kualiti persembahan yang bakal diberikan di atas pentas berprestij itu.

Menurut Aina, pada ketika ini apa yang lebih penting baginya adalah memastikan nyanyian disampaikan dengan baik serta memenuhi ‘standard’ yang sepatutnya.

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat - “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat - “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”

Tak Mahu Terlalu Kejar Trofi

“Saya rasa kita tidak boleh terlalu meletakkan sasaran untuk membawa pulang trofi.

“Sudah tentu peminat mengharapkan sesuatu, namun bagi saya, selagi dapat menyanyi dengan baik, tidak sumbang, kekal ‘on key’ dan ‘on tempo’, itu sudah memadai,” katanya kepada MH.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada acara ‘Meet & Greet’ AJL40 di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sesaat itu menegaskan, soal kemenangan di luar kawalan dirinya dan segalanya bergantung kepada rezeki masing-masing.

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat - “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat - “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”“Selebihnya saya serahkan kepada ketentuan. Jika ada rezeki saya pada malam tersebut, maka ia akan menjadi milik saya.

“Jika bukan, saya terima dengan hati terbuka kerana ia bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya,” ujarnya lagi.

Ads

Hargai Harapan & Sokongan Peminat

Aina yang mempertaruhkan lagu Kamu di AJL40 itu bagaimanapun mengakui sering memikirkan perasaan peminat yang meletakkan harapan tinggi setiap kali dirinya berada di dalam sesebuah pertandingan.

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat - “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai Harapan Peminat - “Janganlah Hentam, ‘Curhat’ Lebih-Lebih Dekat Threads…”

“Apa pun, saya memahami harapan peminat terhadap sangat tinggi dan hargai sokongan itu.

Ads

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik, namun jika tidak berjaya, harapnya mereka tidaklah terlalu kecewa.

Anda mungkin berminat dengan

“Janganlah hentam, janganlah ‘curhat’ lebih-lebih dekat Threads. ‘Keep it classy’ sahaja,” ulasnya lagi.

AJL 40 yang bakal berlangsung pada 15 Ogos depan, bertemakan Meraikan 4 Dekad Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia dengan mesej Love Your Legacy Elevate Your Future.

Selain Aina, sembilan finalis lain yang bakal berentap termasuklah Dayang Nurfaizah (Lemah), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa) dan Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk).

Turut bersaing ialah K.O.I (Tiwikarma), Amir Masdi (Nurcinta), Aisha Retno (Tak Adil), Hazama (Semacam Pandora) serta Ryenald Guntabid menerusi Lumangad Oku Dika.

Naz Rahman dan Sissy Imann sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai hos utama, manakala Fizi Ali dan Fiza Frizzy mengendalikan liputan karpet merah serta belakang pentas.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di...

Pelakon Anna Jobling mencuri perhatian apabila tampil anggun menggayakan koleksi barang kemas ikonik jenama Tomei bernilai lebih RM225,000 pada acara Kuala Lumpur Fashion Week...