Selebriti versatil, Elly Mazlein mengakui perlu berdepan dengan pelbagai cabaran selepas memutuskan untuk berhijab pada, awal bulan lalu.
Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia reda apabila beberapa tawaran kerja terpaksa ditamatkan kontrak dan ada juga pihak yang menarik diri selepas penghijrahan tersebut.
“Ada yang bertanya, bagaimana dengan tawaran kerja selepas berhijab? Saya faham kenapa soalan tersebut ditanyakan. Setiap orang punyai tanggungjawab dan komitmen hidup masing-masing. Jadi, kita perlukan kerja.
“Memang betul, selepas penghijrahan ini, ada kontrak yang tiba-tiba ditamatkan. Ada juga yang kita sudah bermesyuarat, kemudian tarik diri. Macam-macam dugaan selepas saya berhijab.
“Namun, saya percaya rezeki datang daripada Allah dan hadir dalam pelbagai cara. Kita hanya manusia biasa dan memang akan ada perasaan risau.
“Apa yang dapat saya kongsikan di sini, kita tak perlu rasa takut sebab pasti ada sahaja rezeki buat kita. Hilang tiga atau empat tawaran, InshaAllah Allah akan ganti dengan yang lebih baik,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh pengacara program Kilauan Emas 2025 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Merry Go Round ini tetap percaya, Allah SWT telah menyusun rezeki yang terbaik buat dirinya.
Ads
“Kalau Allah kata itu rezeki kita, itu tetap akan jadi rezeki kita. Saya harap anda semua terus menunjukkan sokongan kepada saya. Doakanlah yang baik-baik. Saya juga akan doakan kalian.
“Semoga kita dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disayangi dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Itu juga rezeki. Kita buat sahaja. Selebihnya kita serahkan kepada Allah,” kongsinya lagi.
Jelaskan Video Lama Tanpa Hijab
Dalam pada itu, Elly turut memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang andaian melulu sekiranya selepas ini terlihat beberapa video yang memaparkan dirinya tidak berhijab.
Jelas Elly, rakaman tersebut adalah sebahagian daripada komitmen kerja yang disiapkan sebelum dia memutuskan untuk berhijab.
Ads
“Saya buat video ini sebab rasa terpanggil kerana ramai yang mendoakan yang terbaik buat saya. Saya percaya, selepas ini, akan ada video-video yang dikeluarkan di mana ia telah menjalani tempoh penggambaran sewaktu sebelum berhijab.
“Saya tak nak ada pihak yang keliru. Sebelum hal itu menjadi kekeliruan, lebih baik saya bagitahu sekarang. Video-video tersebut telah dirakam lebih lama dan melibatkan ramai artis.
“Jadi, ada beberapa faktor yang menyebabkan video tersebut perlu disiarkan,” ujarnya lagi.
Dalam hantaran sama, Elly turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan doa buat dirinya.
Ads
“Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya. Saya terima banyak DM daripada anda.
“DM yang penuh dengan doa, kata-kata indah dan nasihat. Bila saya baca, saya rasa sangat sebak. Saya dapat rasakan ramai yang suka dengan penghijrahan saya ini. Saya hanya ingin jadi yang terbaik.
“Saya bersyukur dengan rasa yang Allah bagi ini. Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada kealpaan dan kesilapan. Saya bersyukur kerana dapat merasakan nikmat ini sekarang,” katanya.
Elly sebelum ini menarik perhatian ramai apabila membuat keputusan untuk berhijab di pentas akhir Kilauan Emas 2025.
Menurut Elly, hatinya mula terdetik untuk menutup aurat selepas melihat perjuangan para sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dalam menghantar misi bantuan ke Gaza.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper dan usahawan, Caprice memberi bayangan perihal tindakan kumpulan Drama Band yang seperti mempersenda golongan artis yang pernah terpalit dengan kontroversi dalam muzik video terbaru mereka bertajuk Drama.
Katanya, orang hanya akan memperingati kita dalam dua perkara iaitu ketika kita jatuh dan ketika kita berjaya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Caprice menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“People will always remember you for two things only when you crashed and when you succeed.
“And Drama Band obviously I guess they are a bunch of clown and what do clown do is they make joke, they clown people and they’re annoying,” katanya di dalam video berkenaan.
Tambah Caprice, kita sepatutnya bersyukur kerana Allah menutup aib kita daripada orang ramai.
“Some of us are very very lucky sebab Allah masih tutup aib kita. Imagine when you drinking, smoking weed or doing a bunch of sins then no one there to record it.
“However, on the day of judgement, when you die, when they play the music video to your life, there are something all of us can not run away from,” jelasnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan Caprice itu.
Dalam perkembangan lain, Drama Band ada menjelaskan muzik video berkenaan tiada kena mengena dengan mana-mana individe dan sekiranya ada yang terasa, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.
Sumber: Instagram Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
14 Februari jatuh pada hari Jumaat Penghu Hari, Altimet menerusi perkongsian di laman Instagram meminta agar dipanjatkan doa buat Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.
Leftenan Adnan ditempatkan bersama 42 Anggota Platun 7, Kompeni C, Rejimen Askar Melayu yang gugur dalam pertempuran Bukit Chandu menentang tentera Jepun pada 14 Februari 1942.
“Salute. Gi solat Jumaat nanti, doakan roh mereka dicucuri rahmat, ok? #leftenanadnan #bukitchandu #rejimenaskarmelayu,” tulisnya.
Leftenan Adnan meninggal dunia pada usia 27 tahun ketika pertempuran.
Keberanian serta semangat patriotik Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah.
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban demi negara tercinta.
Foto : Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon antarabangsa asal Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi pelakon pertama dari Malaysia untuk memenangi anugerah berprestij Golden Globes.
Wanita berusia 61 tahun ini berjaya memenangi kategori pelakon filem wanita terbaik komedi atau muzikal menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Everything, Everywhere All At Once. Kejayaan yang dikecapi oleh Michelle ini menjadikan dia wanita berketurunan Asia kedua memenangi anugerah itu selepas Awkwafina memenangi anugerah yang sama pada tahun 2020 menerusi filem The Farewell.
Ketika menerima anugerah tersebut, pemegang gelaran Miss World Malaysia 1983 ini menerima tepukan gemuruh dan standing ovation daripada beberapa pelakon lain. Memulakan perjalanan seni sebagai ratu cantik dia berjaya berkembang sebagai pelakon hebat yang disegani.
“40 tahun dan saya tidak akan melepaskan trofi ini. Ia merupakan jalan yang menakjubkan dan perjuangan yang hebat untuk berada di sini hari ini. Tetapi saya rasa semuanya berbaloi. Saya masih ingat ketika kali pertama saya datang ke Hollywood, ia merupakan mimpi menjadi kenyataan ketika saya sampai ke sini,” ucapnya
Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah mudah, pada usia 61 tahun, Michelle Yeoh sudah melalui pelbagai cabaran bergelar seorang anak seni berketurunan Asia dalam industri yang didominasi oleh mereka yang berkulit putih.
“Ini untuk individu-individu yang memberikan bahu kepada saya, semua yang kelihatan seperti saya sebelum ini dan semua yang akan bersama saya dalam perjalanan ini pada masa hadapan. Terima kasih kerana percayakan kami,” kongsinya lagi menegaskan mengenai keterlibatan anak seni keturunan Asia yang berada di Hollywood.
Menghadiri majlis berprestij itu, Michelle Yeoh tampil anggun dalam persalinan Armani Prive penuh kilau dan melengkapkan penampilannya dia menggayakan subang minimal, rantai elegan dan gelang dempak.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...