Dunia muzik antarabangsa sekali lagi digemparkan apabila bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik, disahkan berkolaborasi dengan anggota kumpulan sensasi K-pop BLACKPINK, Jisoo, menerusi single terbaharu bertajuk Eyes Closed.

Kolaborasi ini diumumkan secara rasmi menerusi hantaran di media sosial kedua-dua artis berkenaan, sekali gus menamatkan spekulasi panjang dalam kalangan peminat yang mula tercetus sejak minggu lalu.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan siluet dua figura, dipercayai Zayn dan Jisoo yang disertakan dengan kapsyen berbunyi “Two voices, one orbit” serta tarikh pelancaran iaitu 10 Oktober 2025.

Lagu Eyes Closed diterbitkan di bawah label Columbia Records dan YG Entertainment, sekali gus menandakan gabungan dua kuasa besar industri muzik dunia antara artis bernaung di bawah syarikat dari Barat dan Korea Selatan.

Menurut kenyataan media, karya ini akan mengetengahkan gabungan suara lembut Jisoo dengan vokal unik Zayn dalam konsep balada moden berunsur pop alternatif.

Penerbit lagu berkenaan dilaporkan ialah Malay, individu yang pernah menghasilkan karya untuk nama-nama besar seperti The Weeknd dan Ariana Grande.

Ads

Sejak pengumuman itu dibuat, tanda pagar #ZAYNSOO dan #EyesClosed menduduki tangga teratas trending di X (Twitter) dan Weibo, dengan jutaan ciapan daripada peminat kedua-dua benua yang tidak sabar menantikan kerjasama julung kali itu.

Zayn Malik, 32, sebelum ini dikenali menerusi lagu-lagu hit seperti Pillowtalk dan Dusk Till Dawn, manakala Jisoo, 30, kini aktif mengusahakan projek solo serta lakonan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Ads

Zayn Malik & Jisoo BLACKPINK Bergabung Dalam Single “Eyes Closed”

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Jom cantik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI