Walaupun berjaya tampil dengan persembahan memukau di konsert akhir Talk To My Manager (TTMM) minggu lalu, hasrat peminat untuk melihat rezeki berpihak kepada Marsya tidak kesampaian apabila pihak produksi mengumumkan penambahan minggu Grand Finale, Ahad ini.
Menurut pengurus yang juga ibunya, penyanyi terkenal Liza Hanim, mereka sebenarnya sudah pun mengetahui mengenai keputusan tersebut lebih awal.
Namun, hal itu bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik di pentas.
“Sebenarnya kami sudah tahu mengenai penambahan satu minggu lagi. Kami telah dirisik oleh pihak produksi sejak dari minggu keempat lagi. Bila lihat pada jadual, kami pun bersetuju.
“Kami hanya perlu bertahan agar tidak tersingkir. Walaupun kami tahu ada penambahan minggu, itu tidak menjadi alasan buat kami untuk tidak berikan persembahan terbaik.
“Pada saya, setiap persembahan itu akan diabadikan. Sampai bila-bila orang boleh tengok. Marsya telah pun melakukan yang terbaik. Saya bangga dengan dia,” katanya kepada MH.
Mengulas tentang dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan keputusan produksi itu sebagai berat sebelah, khususnya selepas anak kepada pelawak Shuib, iaitu Thalita, tidak dapat membuat persembahan akibat Influenza A, Liza tampil menafikan perkara tersebut.
“Jika mereka ada sekali pun, memang semua peserta akan tetap ke minggu Grand Finale. Itu adalah pemahaman saya. Ada penyingkiran atau tidak, itu kami tak tahu.
Ads
“Sebagai keluarga TTMM, kami juga turut bersedih kerana Thalita tak dapat buat persembahan pada minggu ini (Ahad).
“Apapun, kami berharap agar Shuib dan Thalita dapat kembali bangkit dalam keadaan sihat dan selesaikan program ini bersama-sama.
“Jadi, janganlah pertikaikan keputusan ini kerana kami memang sudah tahu sejak awal lagi. Kiranya lakonan kami berjaya. Kami pun tak sangka program ini mendapat sambutan yang luar biasa. Diharapkan peminat juga gembira,” ujarnya.
Marsya Buktikan Bakat Sendiri
Dalam pada itu, Liza meluahkan rasa syukur apabila semakin ramai kini menyedari bakat sebenar Marsya selepas menyertai program TTMM.
“Alhamdulillah, itu semua aturan Allah SWT dan doa-doa daripada peminat saya dan Marsya. Saya selalu berpesan kepada Marsya, bila masuk program pertandingan, kita sebenarnya sedang bertanding dengan diri sendiri.
Ads
“Itu yang menentukan sama ada persembahan kita lebih baik atau teruk. Kita kena lawan diri sendiri. Alhamdulillah Marsya berjaya dan dia kini sudah tahu bagaimana permainannya.
“Namun, kita kena sentiasa beringat untuk buat persembahan mengikut kemampuan dan diri sendiri. Bila jadi diri sendiri, cepat atau lambat, orang akan nampak kita bersinar,” kongsi Liza lagi.
Sementara itu, Marsya turut mengakui penyertaannya dalam TTMM banyak membantu dirinya keluar dari bayangan populariti ibunya yang sudah lama bertapak dalam industri seni.
“Saya gembira bila orang akhirnya sudah dapat melihat bakat saya. Nama Liza Hanim itu sudah memang sangat besar. Sebelum ini, saya sentiasa merasakan orang akan membandingkan saya dengan mama.
Ads
“Nak guna nama mama pun saya takut. Bila masuk program ini, orang sudah mula nampak potensi saya. Kini orang sudah boleh bezakan bakat saya dan mama,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Keyakinan Bermula Dari Dalam
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah akui terharu apabila kehadirannya didalam kehidupan anak-anak suaminya disambut dengan baik.
Menurut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, perasaan sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang telah lama mereka dambakan.
“Anak ibu, daddy dan mummy. Terima kasih sudi jadi anak-anak mummy, terima mummy, selalu hiburkan hati mummy, peluk mummy dan cakap sayang dekat mummy.
“Alhamdulillah terlalu banyak yang Allah permudahkan urusan perjalanan mummy untuk menjadi sebahagian dari hidup daddy dan anak-anak, syukur,” tulisnya
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Watie menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Watie turut memaklumkan dirinya akan berusaha untuk menjadi sosok ibu yang terbaik.
“Doakan mummy mampu buat yang terbaik dan Allah sentiasa menjaga hati mummy untuk tetap menjadi orang yang sama dari awalnya dan kekal dengan kasih sayang begini sehingga ke akhirnya,” ujarnya lagi
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh selain turut mendoakan semoga hubungan keluarga ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Tak semua perempuan boleh hidup dengan duda yang ada anak ramai tapi she’s the one. Love Watie.
“Bagus Watie tak tinggalkan perkataan ibu. Semoga berbahagia korang semua sebagai famili yang harmoni.
“Sedih video ni. Semoga bahagia selalu sekeluarga.
“Nampak keihklasan Watie jaga anak-anak Siti Sarah. Semoga bahagia selalu hendaknya.
“Kami sentiasa doakan keluarga ini aman bahagia. Terus kuat jadi pendokong kasih sayang dan semangat buat Shuib dan anak-anak,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Shuib dan Watie telah selamat mendirikan rumah tangga dengan hanya sekali lafaz pada tanggal 23 Jun lalu.
Sebelum ini pula, Shuib kehilangan isteri tercinta yang juga merupakan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah disebabkan wabak COVID-19.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Watie Hanifiah & Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengakui rentaknya agak perlahan dalam industri seni susulan pandemik Covid-19 sebelum ini, penyanyi dan pempengaruh, Asad Motawh kini selesa beri komitmen terhadap cabang rezeki lain.
Menurut Asad dia beruntung kerana mempunyai ‘team’ yang baik sekaligus menjadi penyokong kuat terhadap apa yang dilakukan.
“Untuk tahun ini saya banyak bekerja dengan jenama lain sebagai wajah wakilan. Pada masa sama, saya juga giat fokus kepada produksi sendiri. Kami ada buat muzik iklan dan iklan juga.
“Apa pun saya bertuah kerana mempunyai pasukan serta pihak pengurusan yang baik. Sebab saya percaya tanpa adanya ‘team’ begini, kita boleh nak pergi jauh.
“Meski nama saya mungkin tidak gah di luar sana, tapi kalau nak bercakap mengenai pendapatan saya selesa, alhamdulillah. Tidaklah kaya, selesa sahaja,” katanya kepada MH.
Ditanya apa aset yang berjaya dimiliki hasil pendapatannya sebagai anak seni selain aktif berbisnes di belakang tabir, Asad kini berjaya memiliki dua kediaman antaranya.
“Rumah pertama saya beli pada usia 19 tahun, sekarang saya 21 tahun. Malah saya turut berkerjasama dengan agensi bakat, Xeno.
“Jujurnya saya memang berminat dengan dunia belakang tabir. Motawh Production ialah bisnes terbaru saya.
“Rasanya saya bekerja keras adalah kerana rasa tanggungjawab. Cuma saya tidaklah tunjuk (di media sosial) sebab nanti mungkin orang akan berkata juga. Nanti lebih baik saya diam saja.
“Target saja sekarang kalau boleh mahu kembangkan lagi produksi saya. Pada masa sama, saya tidak mahu bataskan diri sendiri untuk teroka peluang lain selepas ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan sekadar memiliki rupa paras cantik jelita, tapi ternyata mereka sangat berbakat dalam bidang seni yang diceburi.
Malah, barisan ini merupakan antara artis wanita yang dikategorikan sebagai selebriti bijak pandai, seperti yang perkata sesetengah orang.
Sekadar mengambil beberapa nama, MH senaraikan lima figura artis wanita yang sinonim dipanggil ‘Beauty With Brain’.
1.Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar. Bukan sahaja memilik wajah yang cantik, Wany juga merupakan seorang penyanyi yang bijak. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam.
2.Yuna
Penyanyi Yunalis Zarai atau sinonim dengan panggilan Yuna antara salah seorang artis tempatan yang telah berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Yuna yang sentiasa mengekalkan identiti memakai ‘turban’ ternyata bukan sahaja cantik dan berbakat, malah juga bijak dalam pelajaran. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya ini memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang Dengan Kepujian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam.
3.Farah Nabilah
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita yang bernama Farah Nabilah. Tidak sekadar memiliki wajah yang cantik dan menawan, bintang pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini sangat menitik beratkan pelajaran. Oleh itu, Farah memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa di Universiti SEGi.
4.Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani juga merupakan antara artis wanita yang memiliki rupa paras yang jelita dan bijak. Bintang filem Lagenda Budak Setan ini berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
5.Zahirah MacWilson
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelako jelita Zahirah MacWilson. Pelakon berdarah campur Bristih – Melayu ini telah memulakan karier lakonan pada tahun 2015. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, ternyata bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta ini seorang gadis yang bijak. Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...