
Sering kali ditawarkan watak antagonis, pelakon Rita Nadira mengakui dia kerap menerima pelbagai kata-kata hinaan daripada penonton dan netizen.
Walaupun begitu, Rita, 25, berkata dia tidak pernah mengambil hati sebaliknya menyifatkan lakonannya berjaya meninggalkan kesan sekiranya penonton ‘membenci’ dirinya.
“Sejujurnya, sampai ada yang sanggup melemparkan kata-kata kesat dan penghinaan yang disifatkan keterlaluan kerana terbawa-bawa dengan emosi lakonan saya.
“Gelaran jahat dan perempuan jalang antara hinaan yang pernah dilempar ke muka saya. Tetapi saya terpaksa telan bulat-bulat.
“Saya percaya apabila dibenci sedemikian rupa, lakonan dipersembahkan berjaya diserlahkan. Kalau begini caranya, saya tak kisah dibenci,” katanya kepada Media Hiburan.
Pelakon tinggi lampai ini juga percaya watak wanita jahat dan penggoda yang sering digalasnya juga berjaya menjadi batu loncatan agar bakatnya dapat diterima penonton drama tempatan.
“Ada sesetengah pneonton anggap saya boleh diberi gelaran ratu antagonis. Saya lihat itu sebagai penanda aras untuk terus berikan yang terbaik.
“Saya anggap ia rezeki, cuma kalau ada kesempatan saya mahu meneroka watak lain juga supaya tidak terus statik,” katanya.
Drama lakonan Rita berjudul Jangan Menangis Cinta kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain Rita, drama arahan Raja Mukhriz itu turut dibintangi Amyra Rosli, Remy Ishak, Halim Radzi dan Idzham Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rita Nadira
Ayda Jebat Masih Pilih ‘Czer’ Bersalin Anak Kedua Disember Depan

Penyanyi popular Ayda Jebat yang kini sarat hamil anak kedua mendedahkan dia sekali lagi memilih untuk bersalin secara pembedahan (czer), Disember depan.
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
“Saya masih memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana menerusi pengalaman yang pertama dulu, saya memang dapat suatu momen yang membahagiakan.
“Daripada segi ada yang cakap sejurus bersalin czer, kita akan rasa sakit dan susah untuk jaga. Bagi saya ia tidak betul berdasarkan pengalaman sendiri.
“Mungkin lain orang lain kesannya dan masing-masing boleh memberikan pendapat. Alhamdulillah pengalaman dan momen untuk saya dipermudahkanNya.
“Malah selepas bersalinkan anak pertama, ada kawan Nabil yang bertanya pendapat dan kami hanya berkongsi apa yang dirasakan baik.
“Malah Nabil sendiri ada pengalaman menjaga saya ketika berpantang,” katanya kepada MH.
Ayda berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Muzik Video Be Mine, Sambutan Hari Jadi Ana Nayla & Gender Reveal di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Maklumnya lagi, dia bakal bersalin anak lelaki hujung tahun ini dan tarikh tersebut perlu dipercepatkan daripada tarikh jangkaan asal.
“Kami sudah pun memilih tarikh untuk bersalin. Sepatutnya bayi dijangka lahir pada 1 Januari tahun depan ketika dalam ulang tahun perkahwinan kami.
“Namun kena pilih tarikh lain memandangkan saya akan dibedah.
“Jadi InsyaAllah saya akan bersalin pada bulan Disember. Mudah-mudahan prosesnya akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Untuk Yang Mahu Tampil Cantik Dengan Solekan, Tiada Unsur Tabarruj,” – Jenama Ini Raih Sokongan Ramai Selebriti, Sukses 600,000 Set ‘Licin’ Terjual

Pengasas kepada jenama Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli teruja dan optimis untuk meneruskan promosi dua item cantiknya iaitu ‘Set Panas’, Nurraysa Glowing DD Moist Cake (NGDDMC) dan Nurraysa Magic Lipstic yang dilancarkan sejak 2015.
Ia terhasil menerusi ramuan minyak organik marula keluaran jenama berkenaan terus menjadi antara kosmetik mesra wuduk paling laris termasuk menjadi pilihan selebriti terkenal tanah air.
“Kita juga mahu terus menaikkan permintaan dan kesedaran ramai terhadap jenama ini serta Set Panas diketengahkan. Paling utama, kita mahu terus kebal sebagai peneraju kosmetik mesra wuduk nombor satu dan halal di seantero negara termasuk Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
“Kita juga mahu tekankan pemilihan pembungkusan baharu kerana mahu mengelak kekeliruan dengan ejaan yang betul. Ejaan yang betul ialah Magic Lipstick,” katanya.
Tambah Nur Aini lagi, Set Panas menjadi ‘aksesori’ utama terutama yang bekerjaya, suri rumah atau golongan remaja.
“Set Panas ini memudahkan mereka yang nak cepat bersiap. Bahkan cepat nak cuci mekap sebelum solat. Paling penting, ia untuk wanita yang mementingkan kosmetik halal digunakan tanpa was-was.
“Untuk wanita bekerjaya di sektor kerajaan atau swasta, kita mahu semuanya berkeyakinan di tempat kerja. Tak lupa pilihan wanita yang nak cantik bersolek, namun dalam masa sama mementingkan penjagaan tekstur kulit tidak rosak.
“Lebih daripada itu, ia juga untuk wanita yang mahu tampil cantik dengan solekan yang tiada unsur tabarruj.
“Hingga kini, set panas ini juga pilihan dan mendapat sokongan lebih 30 selebriti popular seperti Zulin Aziz, Wan Sharmila, Kim Khatija, Sharifah Shahira, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman, Zara Zya dan Diyana Halik,” katanya lagi.
@nurraysahq #InspirasiRaya idea mekap raya guna foundation lipstick terpaling glowing sepantas 5 minit! #gayaraya2023 #fyp #trending #makeuptutorial #makeuphacks #Nurraysa #KosmetikMesraWuduk #tutorialmakeup ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO
Malah, jenama yang terkenal dengan tagline Apa Sa? Nurraysa, Kosmetik Mesra Wuduk Mekap Mudah Dibersihkan juga diiktiraf halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sejak awal, menjadi tanggungjawab dan amanah saya memperjuangkan azimat peneraju kosmetik mesra wuduk. Selain, saya sendiri menitikberatkan kosmetik yang membolehkan golongan wanita bersolat dengan sah.
“Set Panas ini juga mempunyai kandungan bahan tanpa keraguan, tanpa silikon. Kandungan lipstik juga tiada plumbum yang boleh menghitamkan bibir. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata dan pemerah pipi, warna tahan lama.
“NGDDMC sendiri mudah dicuci dan ditanggalkan. Hadir dengan dua tona, Light serta Medium ia juga menjadi gabungan concealer, foundation & powder dengan kandungan SPF50++,” katanya.
Pada masa sama, lebih 600,000 set berkenaan sudah terjual hingga kini sekali gus meletakkan ia sebagai pilihan utama wanita di negara ini.
Serentak dengan itu, jenama ini juga telah melancarkan Kempen Bina Bisnes Bersama Nurraysa yang mensasarkan 135,000 usahawan yang ingin dibantu untuk dijana pendapatan.
“Sekarang kita sudah rekrut usahawan baharu dan takkan putus memastikan usaha ini terus konsisten.
“Ia didorong dengan perjuangan membantu meningkatkan ekonomi dengan menjana pendapatan sampingan walaupun sudah bekerja terutama kenaikan harga barang sekarang,”katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Dikritik Bawa Gaya Rambut & Watak Sama Dalam Drama, Redza Rosli Jawab…- “Saya Minta Waktu Tapi…”

Aktor, Redza Rosli menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya tidak versatil kerana sering membawakan watak yang hampir sama dikebanyakkan drama yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Menurut Redza, dia hanya mengikut kehendak pengarah dan setiap watak itu mempunyai peranan yang berbeza.
“Siapa saya untuk menidakkan watak yang diberi. Bila orang berikan tanggungjawab, saya akan cuba bawakannya dengan ikhlas sehingga menjadi.
“Mungkin ada orang berkata watak yang selalu saya bawakan adalan ‘makanan’ saya. Ada yang kata saya tidak versatile. Orang nampak saya bawa watak yang sama sahaja.
“Namun, pada dari sudut hati saya, saya merasakan setiap watak itu berbeza,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Redza turut menjelaskan dirinya tidak mempunyai waktu yang panjang untuk menukar imej kerana tempoh persediaan untuk sesebuah drama itu agak singkat.
“Ada juga yang menimbulkan isu mengenai penampilan saya. Katanya gaya rambut saya ni sama sahaja untuk setiap watak. Anda semua kena faham, cara kita berkerja tak sama dengan industri seni di luar.
“Di sini, kita ada deadline yang harus dikejar. Saya juga perlu menghormati masa pelakon-pelakon lain terutamanya pelakon senior. Kalau nak menunggu hingga rambut panjang, tak sempat nanti.
“Saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan pihak stesen tv. Kerap kali mereka mahukan saya. Bila kita kejar satu deadline ini, saya diberikan pula tawaran lain sedangkan projek sebelum ini belum tamat lagi.
“Ada kalanya, saya minta juga sedikit waktu rehat untuk menukar imej demi kebaikkan saya sendiri tapi saya juga faham yang saya perlu menghormati semua pihak,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga mendedahkan dirinya akan tetap berfikir panjang sebelum bersetuju untuk untuk menerima tawaran drama.
“Saya tak kisah ada yang labelkan saya anak emas TV3. Saya hanya memilih naskah yang terbaik. Saya ada menerima tawaran daripada stesen tv lain dan saya pertimbangkan juga.
“Saya akan lihat juga apa kebaikkan sesuatu watak itu buat saya. Apa nilai murni yang penonton akan dapat? Mana yang terbaik saya akan terima.
“Ada kalanya saya dapat watak yang jalan cerita dan dialognya hampir sama. Situasi itu akan buat saya tertekan. Saya jadi mati akal untuk memikirkan tentang pembaharuan.
“Namun, saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik seperti yang pengarah mahukan. Kami akan bertukar idea untuk melihat cara yang terbaik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.