Pelakon dan model, Rita Nadira tidak menafikan ada yang menyamakan dirinya dengan figura aktres popular, Rita Rudaini susulan raut wajah bujur sireh dan fizikal yang tinggi lampai.

Malah Rita, 26, memaklumkan, pujian tersebut diterimanya sejak di bangku sekolah lagi dan sudah terbiasa disamakan wajahnya dengan ibu beranak dua itu.

“Kisah muka sama dengan kak Rita Rudaini sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi sudah saya terima.

“Waktu itu dia sangat terkenal dengan filem Mami Jarum, jadi saya pun bangga apabila disamakan.

“Sehingga ketika saya melakukan ujian memandu ketika berumur 18 tahun pun, ada pegawai tanya sama ada saya ialah adik pelakon berkenaan,” katanya.

Rita bagaimanapun memberitahu, setakat ini dia belum pernah bertentang mata dengan aktres jelita itu, cumanya mereka pernah berbual melalui telefon.

IKLAN

“Ada satu hari ketika saya menjalani penggambaran dengan pelakon Kartina Aziz, dia ada hubungi Rita Rudaini dan minta saya bercakap dengannya.

“Jadi, kami pun saling berkenalan dan masing-masing kaku tak tahu nak bual apa pada peringkat awal. Tapi, pengalaman itu tak boleh dilupakan.

“Jujurnya saya tak kisah disamakan dengan pelakon itu. Apa pun, bagi saya kami ialah dua individu yang berbeza,” katanya lagi.

IKLAN

Kian aktif dengan pelbagai tawaran drama, Rita juga teruja apabila turut terbabit dalam drama pendek enam episod berjudul Sampai Bila.

Projek istimewa itu adalah sebagai antara rangka promosi selepas dia dilantik sebagai wajah baharu produk BeauSiti.

“Drama ini bukan sekadar untuk hiburan, tetapi sarat mesej mengenai makna revolusi yang ingin kita lakukan dalam hidup.

IKLAN

“Berpeluang bekerjasama dengan pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ibarat mimpi menjadi kenyataan.

“Malah saya sangat terkejut apabila Siti berminat menjadikan saya sebagai wajah produknya selain terbabit dalam drama bersiri berkenaan.

“Sepanjang pertemuan dengan Siti banyak perkara yang kami bualkan. Beliau berkongsi mengenai bagaimana nak terus bangkit daripada kegagalan dan terus bertahan dalam setiap apa yang kita perjuangkan,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI