Pelakon senior, Delimawati mendedahkan dirinya kini harus bijak merancang mengenai perbelanjaan kehidupan selepas hampir tujuh bulan tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Menurut Delimawati, dia kini lebih kerap duduk di rumah untuk berjimat cermat.

7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Delimawati Kini Harapkan Anak & Menantu

“Saya dah lama tak keluar rumah atau pergi ke mana-mana. Salah satu sebabnya saya sudah lama tiada tawaran berlakon. Hampir tujuh bulan juga.

“Sekarang ini, bila nak keluar, macam-macam nak kena fikir. Duit minyak dan tol lagi. Saya tak malu nak bercerita sebab ini perkara betul,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Restoran Ngam Ngam Neibourhood di Ioi City Mall 2 pada Rabu.

7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Delimawati Kini Harapkan Anak & Menantu 7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Delimawati Kini Harapkan Anak & Menantu

IKLAN

Jelasnya lagi, dia kini hanya mengharap ehsan anak bongsu dan menantu untuk meneruskan kehidupan.

“Saya kini hanya duduk dengan anak. Apa yang anak makan, itu juga yang saya makan. Kini kami hanya mengharapkan menantu sebab dia seorang sahaja yang bekerja.

“Anak-anak yang menjadi harapan saya pula sudah meninggal dunia. Rasa macam tiada harapan lagi. Kini tinggal yang bongsu sahaja bersama saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Delimawati turut merasakan tawaran berlakon semakin berkurang selepas pemergian pengarah tersohor, Mamat Khalid.

“Sejak arwah tiada, tawaran memang sedikit. Kalau arwah masih ada, ada juga filem-filem yang dia akan buat untuk menaikkan nama artis vateran supaya orang masih tahu kita aktif.

IKLAN

“Ketika ini, ramai yang ingat saya tak aktif. Peminat kerap tanya di Facebook. Saya masih aktif tapi tak diperlukan. Itu sumber rezeki kita tapi orang tak panggil.

“Mungkin sekarang ini, pelakon yang dahulu pegang watak anak, kini dah jadi mak. Tinggal apa lagi untuk kami? Jadi nenek atau hantu je ke?

“Mungkin mereka melihat kami ini tidak memerlukan pekerjaan hari-hari. Kami ada rumah, kereta dan perbelanjaan yang perlu dibayar,” katanya lagi.

Pada masa sama, Delimawati mendedahkan dirinya tidak akan sesekali merayu kepada pengarah atau penerbit untuk menerimanya berlakon.

IKLAN

“Mereka bukan tak kenal saya. Takkan la saya nak telefon pengarah suruh ambil berlakon. Saya sudah berlakon sejak tahun 1987. Mereka tahu kemampuan saya.

“Kalau mereka mahukan khidmat saya, mereka akan panggil. Kalau tak panggil tu, kita faham sendiri la,” akhirinya.

7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Delimawati Kini Harapkan Anak & Menantu

Terdahulu, dalam majlis perasmian tersebut, Delimawati merupakan antara artis vateran yang menerima sumbangan daripada pihak Ngam Ngam Neighbourhood.

Selain Delimawati, antara selebriti veteran yang turut menerima sumbangan termasuklah Mak Wan Latah, Margaret Gan, Mubarak Majid dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI