Suami kepada penyanyi Syura Badron, iaitu Muhammad Farizat Ismail, meluahkan rasa lega selepas menerima perkembangan baik mengenai keadaan isterinya yang kini dirawat di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU)di sebuah hospital.
Farizat memaklumkan dia sempat berhubung dengan Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 39, pada pagi Ahad, dan terharu mendengar suara ceria isterinya.
“Cucuk sana sini, sabar ya sayang. Lega Abie dengar dapat call sayang awal pagi ini dengan suara ceria.
“Allah bagi nikmat, ada hikmah besar insya-Allah,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Stories.
Dalam hantaran sama, Farizat turut berkongsi gambar jari Syura bersama alat pemantauan kesihatan.
Ads
Ads
Bacaan Tekanan Darah Mula Normal
Tambah Farizat, keadaan isterinya kini menunjukkan perubahan positif apabila bacaan tekanan darah semakin stabil meskipun masih memerlukan pemantauan doktor.
“Alhamdulillah awal pagi ini bacaan tekanan darah dah nampak normal sikit.
“Tapi masih di HDU. Masih perlu dipantau doktor one to one (close monitor). Terima kasih dan kalian jangan putus doa untuk Syura,” kongsinya lagi.
Ads
Sebelum ini, Farizat memaklumkan Syura kini sedang dirawat di HDU dan memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat isterinya.
Dalam perkongsian terdahulu di Instagram, Farizat memuat naik gambar memegang tangan Syura yang sedang terbaring di katil hospital.
Dia bagaimanapun dia tidak memperincikan masalah kesihatan yang sedang dialami penyanyi berkenaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wakil Malaysia ke pentas ratu cantik antarabangsa Miss Grand International 2025, Viviana Lin Winston, tidak berjaya meloloskan diri ke kelompok Top 22 ketika pertandingan tersebut berlangsung di Bangkok, Thailand, sebentar tadi
Viviana, 25, yang berasal dari Sarawak, sebelum ini menarik perhatian antarabangsa apabila memperkenalkan kostum nasional bertemakan “Queen of Terabai Iban”, rekaan pereka tempatan, Raja. Busana yang berinspirasikan budaya Iban itu menggambarkan kekuatan dan keanggunan wanita sebagai pelindung warisan serta simbol kepimpinan masyarakat.
Meskipun tampil yakin dan berkarisma sepanjang pertandingan, saingan sengit daripada 77 peserta antarabangsa menjadikan edisi tahun ini antara yang paling mencabar. Penilaian juri dikatakan merangkumi pelbagai aspek termasuklah pembawaan diri, penampilan fizikal, komunikasi, keyakinan, dan karisma personaliti.
Walaupun gagal ke pusingan seterusnya, penyertaan pelajar Universiti Malaysia Sarawak ini tetap membanggakan. Ramai peminat ratu cantik di Malaysia, terutamanya dari Sarawak, menzahirkan rasa bangga di media sosial kerana beliau berjaya mengangkat warisan Iban dan membawa semangat wanita Malaysia di pentas antarabangsa.
Penganjuran Miss Grand International 2025 kali ini menyaksikan kemenangan berpihak kepada wakil Filipina, Emma Tiglao yang berjaya mengalahkan peserta pelbagai negara dalam pertandingan akhir disiarkan secara langsung dari Bangkok.
Biarpun tidak membawa pulang gelaran, perjalanan Viviana Lin Winston tetap meninggalkan kesan mendalam buat peminat dunia ratu cantik tanah air. Beliau membuktikan bahawa keberanian mempersembahkan identiti budaya Malaysia di mata dunia adalah satu kemenangan tersendiri.
Sejak menyertai pertandingan ini pada 2013, setakat ini hanya empat ratu cantik Malaysia yang berjaya mara ke kelompok terbaik pada malam finale. Kali terakhir adalah pada 2024 menerusi perwakilan Melisha Lin yang dinobatkan sebagai 5th runner-up.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur dan teruja melihat hubungan mesra yang semakin terjalin antara isterinya, Amira Othman, dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Menurut Fattah, meskipun mereka masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai keluarga baru, Amira menunjukkan sikap tanggungjawab dan kasih sayang yang semula jadi terhadap Fatima.
“Kami pun baru sahaja berkahwin dan hanya follow the flow sahaja. Saya nampak Amira baru sahaja menyesuaikan diri. Begitu juga dengan Fatima.
“Namun, apa yang saya nampak, mereka sangat gembira bila bersama. Kami sama-sama jalani kehidupan ini dengan gembira. Sejak sebelum berkahwin lagi, saya nampak Amira juga sukakan budak-budak.
“Amira sangat rapat dengan anak-anak buahnya. Dia tak nampak kekok,” katanya kepada MH.
Fattah dan Amira ditemui ketika menghadiri majlis minum petang anjuran Usanita TV (UTV) yang berlangsung di Ukay’s Hills, Ampang, baru-baru ini.
Bagi Amira sendiri, dia mengakui berasa teruja dan bersyukur dapat mengenali Fatima dengan lebih dekat selepas mereka mendirikan rumah tangga.
“Saya okay sahaja dengan Fatima. Dia anak yang sangat jujur. Saya rasa anak-anak lain juga begitu. Dia juga seorang yang periang, bijak dan petah berkata-kata.
“Fatima juga sangat mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling. Kalau ada makanan, dia akan berkongsi dengan orang lain. Dia sangat manja terutama sekali bersama ayahnya. Tak nak berenggang langsung.
“Bila melihat ikatan tersebut, saya yakin figura seorang bapa ini sangat penting dalam kehidupan seorang anak terutamanya anak perempuan.
“Saya pun sudah terbiasa dengan anak-anak buah saya. Jadi, saya rasa tiada masalah. Fatima juga seorang anak yang cheeky,” kongsinya.
Tambah Amira lagi, dia akan terus berusaha memastikan hubungan kekeluargaan mereka kekal harmoni dan bahagia.
“Alhamdulillah saya rasa Fattah seorang ayah yang sangat baik. Bila saya ada di dalam hidup Fattah dan Fatima, saya ingin menjadi orang yang memberi kebaikkan.
“Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Selain diraikan sebagai pasangan pengantin baharu, kehadiran Fattah dan Amira di acara tersebut juga adalah untuk meraikan kejayaan telefilem Poskad Cinta Dari Auckland serta lagu runut bunyi (OST) bertajuk Always Will nyanyian Amira sendiri.
Menurut Pengasas Usanita Sdn. Bhd., Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan atau Datuk Nana, karya pertama di bawah Usanita Entertainment, cabang kreatif di bawah platform UTV (Usanita TV) itu telah menerima sambutan luar biasa.
“Hari ini kita meraikan pasangan Fattah dan Amira yang juga wajah rasmi Usanita Group, selain memperkenalkan lagu pertama di bawah Usanita Entertainment iaitu Always Will nyanyian Amira yang dijadikan runut bunyi (OST) telefilem Poskad Cinta Dari Auckland.
“Telefilem ini menerima sambutan luar biasa walaupun baru dilancarkan pada 28 Ogos lalu. Kami menerima lebih 20.1 juta tontonan di aplikasi UTV dan kesemua platform media sosial.
“Jumlah tontonan terus meningkat, membuktikan kandungan tempatan masih mendapat tempat di hati penonton,” katanya.
Telefilem Poskad Cinta Dari Auckland arahan Izuan Mokhtar turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fattah Amin, Amira Othman, Irfan Haris, Bell Ngasri, Umie Aida dan Izuan Mokhtar.
Telefilem ini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi UTV yang menampilkan pelbagai kandungan tempatan berkonsep kekeluargaan, cinta dan nilai masyarakat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Kamal Adli menegaskan pendiriannya untuk terus berusaha menyelamatkan perkahwinannya bersama isteri, Uqasha Senrose, meskipun berdepan ujian rumah tangga yang kini menjadi perhatian ramai.
Kamal tidak menolak kemungkinan sekiranya segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri dan bukan pihak lain.
“Perkara ini memang memberi impak kepada perasaan saya ketika ini. Bila berada di bilik mahkamah itu, perasaannya tak best langsung.
“Di sini, saya ingin berikan kenyataan, saya berada di sini hari ini adalah untuk menyelamatkan rumah tangga saya. Saya masih sangat sayangkan isteri dan anak saya.
“Apa yang terjadi ketika ini dan kenapa kita berada di sini, saya letakkan semuanya di atas kesilapan saya sendiri,” katanya lapor Kosmo!
Dalam masa sama, pelakon filem Abang Long Fadhil ini turut merayu agar orang ramai berhenti mengecam isterinyadi media sosial.
“Saya mohon kepada semua orang untuk tidak menuliskan perkara yang tidak elok tentang isteri saya. Jangan kecam dia. Isteri saya penat bekerja dan stress.
“Saya faham situasi dia. Terlalu berat bagi saya dan isteri untuk menguruskan hal ini. Ini kali pertama kami sampai di tempat seperti ini (mahkamah).
“Saya mohon tulislah yang baik-baik sahaja. Kalau nak kutuk, kutuk saya sahaja. Jangan streskan isteri saya. Saya sayangkan Uqasha.
“Saya nak minta tolong kepada anda semua untuk spam ruangan komen Uqasha bagitahu yang Kamal masih sayangkan dia. Tulislah yang manis-manis,” ujarnya lagi.
Menurut Kamal, dia lebih selesa jika isu rumah tangga ini diselesaikan secara tertutup tanpa perlu dijadikan bahan umum.
“Kalau ada salah saya pada dia atau keluarganya, saya betul-betul minta maaf. Ada perkara yang boleh saya kongsikan dan ada juga hal yang saya hanya berkongsi kepada keluarga sahaja.
“Pada saya, ini adalah hal keluarga. Tak perlu jaja kepada semua orang,” katanya lagi.
Terdahulu, Kamal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditemani peguam syarie, Abdul Hadi Mohd Salleh, serta seorang rakan baik.
Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Instagram Kamal Adli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja, Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen yang bukan sahaja mengkritik bakat nyanyiannya, malah turut menyentuh soal rupa paras dan fizikalnya.