Pelakon Azlee Khairi mengesahkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihan, Nurul Hidayah atau Dhiya pada Januari 2021.

Menurut Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Khairi Zulah Hainee, perkahwinannya bersama Dhiya yang bertugas sebagai kru penerbangan itu dijalankan secara atas talian.

“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan dikurniakan dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.

“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.

“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing-masing,” katanya.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul susulan satu perkongsian gambar bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun, baru-baru ini di Instagram.

IKLAN

“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.

“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, bintang drama Love You Mr Arrogant turut menjelaskan, dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.

“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

IKLAN

“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing-masing,” katanya yang turut mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina dirahmati dan berkekalan buat selamanya.

Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014 seterusnya menetap di sana.

Namun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada tahun 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi berststus suami orang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI