Datuk Ramli MS selaku juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berpendapat persembahan meyakinkan menerusi segmen solo dan duet menjadi kelebihan buat Aliff Aziz sehingga diumumkan sebagai juara GV musim terbaru.

Bagaimanapun menurut Ramli, persembahan ‘battle’ di antara pemenang tempat kedua dan ketiga (Nikki Pakikat dan Suki Low) lebih menyerlah, berbanding gandingan Aliff dan Aweera.

“Dia menang dekat segmen solo dan duet, meski pada pusingan ‘battle’ dia tak boleh lawan gandingan Nikki dan Suki. Mereka punya ‘battle’ sangat bagus, tapi mereka kalah pada Aliff untuk solo dan juga duet,” katanya.

Berkongsi lanjut, maestro muzik itu mengakui memberikan markah tinggi menerusi persembahan harmoni yang dibawa Nikki dan Suki.

“Memang saya sangat suka mereka punya ‘battle’ tadi. Tak nampak macam ‘battle’, ia kolaborasi seperti grup. Akan tetapi mereka masih ‘fight’ sesama mereka. ‘Silaturahim’ itu dalam good tv dari sudut positif… ada.

IKLAN

“Memang saya beri markah yang sangat tinggi. Cuma bukan kepada sesi solo dan duet. Bagi saya, Aliff persembahkan lebih baik,”katanya.

“Menang Dekat Segmen Solo Dan Duet, Battle Tak Boleh Lawan Nikki & Suki,” – Ramli MS Ulas Kemenangan Aliff Aziz “Menang Dekat Segmen Solo Dan Duet, Battle Tak Boleh Lawan Nikki & Suki,” – Ramli MS Ulas Kemenangan Aliff Aziz

Terdahulu, Aliff dan Aweera diberi tugasan ‘battle’ menerusi lagu Budak Flat yang dipopularkan oleh Aman Ra sementara Nikki dan Suki mendendangkan lagu Gangnam Style (PSY).

IKLAN

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.

Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.

IKLAN

Tempat keempat disandang Adibah Noor  menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI