Penyanyi, Shiha Zikir mendedahkan dirinya pernah berkongsi pentas bersama salah seorang bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) yang juga merupakan penyanyi senior, Azan Scan kira-kira 25 tahun yang lalu.
Menurut Shiha, sewaktu dia berusaha 9 tahun, dia telah diundang untuk membuat persembahan makan malam di Pulau Pinang yang turut dihadiri kumpulan rock popular 90-an, Scan.
Impian Shiha untuk menyanyi bersama Azan akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka telah digandingkan untuk menyanyikan lagu Dilema 2003 di konsert akhir GV8 berlangsung pada Ahad.
“25 tahun lalu, Ya Allah..tak sangkanya dapat jugak Shiha berduet dengan Abang @azanscan !! Time ni Shiha buat dinner show kat Penang.
“Punyala seronok sebab Kumpulan Scan pun perform. Tapi waktu ni takde rezeki nak berduet.
“Tak dapat duet takpe, Shiha ambil gambaq! Tunjuk satu kampung haha. Tup-tup dapat jugak berduet dengan Abang Azan. Terima kasih Gegar Vaganza & Team Abang @azanscan,” tulisnya.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Irama itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, Azan juga turut terkejut saat dia menunjukkan foto tersebut kepadanya.
“So korang, berangan-ranganlah selalu. InshaAllah jadi kenyataan. Terkezuuuut Abang Azan tadi waktu Shiha tunjuk gambar ni,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian tersebut selain turut memuji persembahan yang ditampilkan Shiha dan Azan.
Ads
“Kami pun terkejut. Memang peminat setia Azan Scan Shiha ni. Abang Azan tetap maintain.
“Kak Shiha cantik dari dulu sampai sekarang.
“Rare betul gambar ni.
“Segaknya Shiha sekarang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Ads
Pada konsert final tersebut, Azan telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-5 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.
Terdahulu, Aliff Aziz telah diumumkan sebagai juara GV8. Tempat kedua pula disandang oleh Nikki Palikat manakala Suki Low pula ditempat ketiga.
Adibah Noor dan Aweera melengkapkan senarai pemenang selepas masing-masing harus berpuas hati ditempat keempat dan keenam.
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shiha Zikir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Marsha Milan akhirnya berkesempatan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah sambil membawa bersama trofi kemenangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), baru-baru ini.
Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram, Marsha dilihat memuat naik sekeping foto dirinya bersama kedua orang tuanya sambil mengenggam trofi tersebut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Sambil memberikan dedikasi, bintang program Akasemi Fantasia musim ketiga ini mendedahkan dia pernah membuat kedua orang tuanya berasa kecewa, sebelum ini memandangkan dia bukan terdiri daripada pelajar terbaik ketika di bangku sekolah.
“Came home and brought my trophies home for my mom n dad to see! I was never good at school and it was frustrating for me coz i felt like i was not good enough and let my mom n dad down.
“Although My mom n dad tak tau sangat what Is AJL (walaupun beribu kali explain AJL ialah Anugerah untuk lagu yang terbaik hasil karya dari anak seni Malaysia…tetap mcm AJL?)
“Tapi apa pun bila tunjuk my trophies the look on their face was just so precious indescribable feeling.. i love you mom & dad,” tulisnya.
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka.
Imbas kembali, Marsha memenangi kategori Persembahan Terbaik seterusnya Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik).
Pentas akhir AJL36 lalu dipancarkan dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur dan bersiaran langsung di TV3, pada 6 Mac 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memetik Awani, Arab Saudi mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang akan datang ini, lapor Al Riyadh
Sebaliknya, rakyat diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja.
“Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdul Latif Al Sheikh.
Sejak 19 Mac lalu, negara itu tidak lagi membenarkan solat lima waktu dan solat Jumaat dilakukan di masjid secara berjemaah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyekat penyebaran COVID-19.
Arab Saudi, yang melaksanakan perintah berkurung sejak minggu lalu, setakat ini telah mencatat 4,934 kes positif dan 65 kematian.
Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, yang mencatat lebih 14,000 kes positif dan lebih 100 kematian.
Angka itu dijangka mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang, memaksa langkah drastik diambil seperti menghentikan penerbangan antarabangsa dan menggantung ibadat umrah.
Sumber/Foto: Astro Awani/Arab News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Akhirnya pasangan selebriti, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Selepas lebih 9 bulan tidak bertemu gara-gara situasi semasa yang melanda dunia, Bella dan Aliff sekeluarga dapat mengisi masa bersama.
Malah, momen indah itu turut disimpulkan menerusi sebuah video yang dihasilkan Budak Tadika.
Kelihatan Ayden berlari menuju ke arah Aliff lalu mereka berdua saling berpelukan dan penyanyi Sayang Sayang itu turut dilihat memeluk Bella serta mengucup dahi anak-anaknya.
“I miss you, i love you. Sayang Daddy tak? Kiss Daddy,” kata Aliff kepada Ayden. Malah Aliff dan Bella turut dirakam mengunjungi kedai permainan kanak-kanak sebagai hadiah buat permata hatinya itu.
Serentak dengan perkongsian video di Instagram itu, rata-rata peminat serta rakan selebriti tumpang gembira dan tidak kurang yang menyatakan rasa sebak sebaik menonton klip berkenaan.
Video tersebut sehingga kini telah pun ditonton lebih 500,000 kali warganet.
Terdahulu, Aliff terpisah selama 9 bulan dengan Bella dan dua cahaya matanya akibat COVID-19 dan bintang asal Singapura itu sudahpun menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Sepanjang tidak bersama Aliff, Bella juga telah menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang anak kedua bersendirian tanpa suami di sisi.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.