Pelakon senior dan usahawan, Laila Nasir memaklumkan kereta jenis Proton Wira miliknya telah hilang dan dipercayai dilarikan oleh penyewa.

Lantaran itu, Laila memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada terjumpa atau terserempak dengan keretanya itu.

“Report Polis Dah Dibuat 2 Kali, Boleh Tahan Terus…,”- Kereta Wira Dilarikan Penyewa, Laila Nasir Mohon Bantuan Salur Maklumat

Menurutnya, pihak penyewa didakwa mematikan telefon bimbit dan sehingga kini lokasi mereka masih lagi belum dapat dikesan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Laila Nasir (@lailanasirofficial)

“Assalamualaikum warga penduduk semua, mohon bantuan daripada semua untuk viralkan kereta kami yang telah di bawa lari oleh penyewa.

“Apabila dihubungi, pihak penyewa tak nak bagi kerjasama dan matikan telefon. Mohon kepada sesiapa yang ada ternampak kereta Wira di bawah, boleh segera hubungi saya di no 012-3171102,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon drama Kiblat Yang Hilang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Report Polis Dah Dibuat 2 Kali, Boleh Tahan Terus…,”- Kereta Wira Dilarikan Penyewa, Laila Nasir Mohon Bantuan Salur Maklumat “Report Polis Dah Dibuat 2 Kali, Boleh Tahan Terus…,”- Kereta Wira Dilarikan Penyewa, Laila Nasir Mohon Bantuan Salur Maklumat

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dia telah pun membuat dua laporan polis berhubung kes kehilangan keretanya itu.

Dipercayai lokasi terakhir kereta tersebut adalah di Bukit Belacan, Ampang.

“Report polis dah dibuat dua kali. Sesiapa yang ada details dan tahu atau pernah nampak kereta ni, boleh tahan terus ya sebab report polis dah ada.

IKLAN

“Maaf gambar tak jelas. Gambar ni je yang ada dalam simpanan kami,” kongsinya lagi.

“Report Polis Dah Dibuat 2 Kali, Boleh Tahan Terus…,”- Kereta Wira Dilarikan Penyewa, Laila Nasir Mohon Bantuan Salur Maklumat

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut membantu memanjangkan posting tersebut selain turut menitipkan doa semoga kereta tersebut dapat ditemukan semula.

“Masyaallah, semoga dipermudahkan kakak. Harap dapat jumpa balik.

IKLAN

“Moha dapat jumpa balik kak.

“Jahat betul orang bawa lari kereta auntie tu kan. Kata dekat dia, nak kereta sangat usaha kerja kumpul duit sendiri bukan bawa lari kereta orang macam tu kan. Rasakan dia polis cari dia nanti.

“Okay nanti saya share dalam grup geng wira mohon screen shot ya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sementara itu, segala butiran mengenai kereta tersebut turut telah dikongsikan di ruangan kapsyen.

Apapun, kami berharap agar Laila dapat bersabar dan diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Semoga kereta yang hilang itu dapat ditemukan semula dengan kadar segera.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Laila Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI