Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad mengangkat kisah hidup orang tuanya dalam video muzik (MV) Hingga Akhir Waktu yang dilancarkan pada Ahad.

Menurut Uyaina, arwah bapa Leftenan Komander Arshad ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun di New Zealand.

“Baba Meninggal Dunia Ketika Saya Berusia 5 Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu, Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad “Baba Meninggal Dunia Ketika Saya Berusia 5 Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu, Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad

“Hingga Akhir Waktu adalah lagu yang ditulis bersama oleh Raja Syahiran. Interpretasi lagu ini luas. Bukan sahaja terhadap pasangan, tetapi cinta ibu bapa kepada anak anak, dan anak anak kepada ibu bapa.

“Malah kisah kedua ibu bapa saya adalah cerita yang kami angkat sebab ia adalah berdasarkan kisah sebenar. Arwah Baba saya adalah seorang anggota TLDM.

“Baba meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun di New Zealand. Hampir 25 tahun berlalu, Ummi tak berkahwin lain dan membesarkan empat orang anak seorang diri.

IKLAN

“Bagi Ummi, erti Hingga Akhir Waktu adalah cinta bersama arwah suaminya dan kebahagiaan yang dikongsi bersama anak anak dan cucunya,” katanya.

“Baba Meninggal Dunia Ketika Saya Berusia 5 Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu, Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad “Baba Meninggal Dunia Ketika Saya Berusia 5 Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu, Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad

Berkongsi lanjut lagu Hingga Akhir Waktu, idea asal bermula daripada suaminya Raja Syahiran dan jalan cerita melalui Uyaina sendiri, sementara lirik oleh Iky Asyraf, Raja Syahiran dan Uyaina.

IKLAN

Menariknya, dalam MV itu, Uyaina melakonkan watak ibunya, Siti Noor Farah.

“Saya memegang watak Ummi ketika muda dan abang saya yang nombor dua, Kapten Azameer Uzreem memegang watak sebagai arwah Baba waktu muda.

“Semoga lagu dan MV lagu Hingga Akhir Waktu dapat diterima baik. Saya tidak sabar nak melihat maklum balas daripada semua. Dalam masa sama, saya ingin mesej dalam lagu dan MV ini sampai,” katanya.

IKLAN

“Baba Meninggal Dunia Ketika Saya Berusia 5 Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu, Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad

“Baba Meninggal Dunia Ketika Saya Berusia 5 Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu, Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad

Sehingga kini muzik video berkenaan sudah pun menerima lebih 24,000 tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/MtgZnLbSkZ0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI