Perbicaraan kes saman fitnah melibatkan penyanyi, Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengari hakim Mahkamah Tinggi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh salah seorang defendan yang juga merupakan penyanyi, Syura Badron.

Menurut Syura, kes ini terpaksa dibawa ke Mahkamah Tinggi memandangkan tuntutan oleh pihak plaintif (Siti Nordiana) terhadap defendan iaitu sebanyak RM2.5 juta adalah melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

“Kalau Benar Ada Masalah Itu, Dulu Lagi Saya Dah Buat,” – Kes Saman 2.5 Juta Bakal Berpindah Ke Mahkamah Tinggi, Syura Tepis Dakwaan Iri Hati Dengan Siti Nordiana

Katanya lagi, perbicaraan kes ini tidak akan disambung sebaliknya ia akan dimulakan semula daripada peringkat awal.

“Apa yang boleh saya kongsikan mengenai progres kes ini, sekarang ini, daripada mahkamah seksyen, kes ini dah berpindah ke mahkamah tinggi.

“Ini kerana tuntutan yang dibuat oleh pihak di sana melebihi kapasiti mahkamah seksyen. Peguam saya dah buat permohonan untuk berpindah ke mahkamah tinggi dan ia telah diluluskan.

“Bagaimanapun, tarikh perbicaraan masih lagi belum diketahui. Tarikh-tarikh yang di mahkamah seksyen sudah tidak dipakai lagi. Kita akan bermula semula daripada peringkat awal di mahkamah tinggi nanti.

IKLAN

“Kes ini mungkin akan berpanjangan agak lama. Saya sendiri tak boleh nak jangka bila kes ini akan selesai,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan single terbaru Lan Solo berjudul 5 Kaki 4 Inci di The Gardens, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Kalau Benar Ada Masalah Itu, Dulu Lagi Saya Dah Buat,” – Kes Saman 2.5 Juta Bakal Berpindah Ke Mahkamah Tinggi, Syura Tepis Dakwaan Iri Hati Dengan Siti Nordiana

Ketika ditanya samaada kontroversi ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kehidupannya, Syura memberitahu, dia menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka.

IKLAN

“Perkara ini dah pun berlaku. Apapun yang terjadi, sama ada susah atau senang saya kena hadapi juga. Sebagai selebriti, kita kena sentiasa bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

“Saya akui, saya kena ambil sedikit masa untuk hadam semua perkara ini lebih-lebih lagi apabila dikecam. Mungkin orang luar nampak kita biasa sahaja tetapi mereka tak tahu apa yang kita alami.

“Apapun yang berlaku, saya terima dengan hati yang terbuka. Perkara yang paling penting ketika ini adalah keluarga dan anak-anak saya,” jelasnya lagi.

“Kalau Benar Ada Masalah Itu, Dulu Lagi Saya Dah Buat,” – Kes Saman 2.5 Juta Bakal Berpindah Ke Mahkamah Tinggi, Syura Tepis Dakwaan Iri Hati Dengan Siti Nordiana

IKLAN

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya dengki dengan kejayaan yang telah dikecapi Siti Nordiana.

“Ramai juga sebenarnya yang mendakwa saya ni busuk hati atau cemburi dengan kejayaan Nana. Itu semua tidak benar.

“Nana pun dah berjaya sejak daripada GV2. Kalau benarlah saya ada masalah itu, daripada dahulu lagi saya dah buat macam tu. Benda dah pun berlaku dan saya kena hadapinya.

“Apa yang boleh saya katakan, sama ada saya mahupun pihak plantif, masing-masing menginginkan satu keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak. Itu sahajalah harapan saya,” akhirinya.

Terdahulu, Siti Nordiana, 37, memfailkan saman RM2.5 juta terhadap Syura serta empat yang lain atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.

Empat defendan lain ialah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, serta isterinya Nur Sheila Hassim, 36, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI