Pengarah, Razaisyam Rashid mengakui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang dilihat sengaja ingin mencetuskan kontroversi dengan menuduh penyanyi dan pelakon, Naim Daniel sebagai pengikut gerakan Illuminati.

Khabar angin tersebut tercetus selepas Naim dilihat telah mengalami kecederaan pada wajahnya dan mereka menyangka Naim baru sahaja melakukan ritual ‘soul scalping’ bersama dajjal.

“Benda Paling Bodoh Aku Dengar Hari Ini,”- Naim Daniel Dituduh Buat Ritual Illuminati Selepas Cedera Di Muka, Razaisyam Rashid Perjelas Situasi Sebenar

Ritual ini banyak dikaitkan dengan selebriti-selebriti luar negara sebelum ini.

Jelas Razaisyam, kecederaan yang dialami penyanyi lagu Sumpah itu sebenarnya berpunca kerana dia terjatuh sewaktu bermain papan selaju.

“Benda Paling Bodoh Aku Dengar Hari Ini,”- Naim Daniel Dituduh Buat Ritual Illuminati Selepas Cedera Di Muka, Razaisyam Rashid Perjelas Situasi Sebenar

Katanya lagi, dia juga telah membawa Naim ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

IKLAN

“Benda paling bodoh aku dengar hari ni. Naim jatuh main skate depan mata aku dan aku sendiri yang hantar dia pi hospital.

“Then ada mangkuk kata dia masuk illuminati siap buat soul scalping dengan dajjal. Kelakar gila!,” tulisnya

Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama bersiri, Projek: Anchor SPM itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

“Benda Paling Bodoh Aku Dengar Hari Ini,”- Naim Daniel Dituduh Buat Ritual Illuminati Selepas Cedera Di Muka, Razaisyam Rashid Perjelas Situasi Sebenar “Benda Paling Bodoh Aku Dengar Hari Ini,”- Naim Daniel Dituduh Buat Ritual Illuminati Selepas Cedera Di Muka, Razaisyam Rashid Perjelas Situasi Sebenar

IKLAN

Katanya lagi, tuduhan tersebut sememangnya amat kelakar dan tidak masuk akal.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tuduhan tersebut selain turut mendoakan semoga kecederaan yang dialami oleh Naim tidak terlalu serius.

“Takde faedah obsessed kat teori kopikasi, illumaniam ni semua! Sia-sia! Baik istiqamah baca surah Al kahfi lepas Maghrib tiap-tiap hari, lagi bagus! Pesanan untuk semua dan diri sendiri.

“Rakyat Malaysia semua benda nak kaitkan dengan illuminati. Sampai lencana sekolah segi tiga pun dituduh agenda illuminati.

IKLAN

“Ini sebab kenapa tak semua orang layak guna media sosial,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sejak kebelakangan ini, Naim dilihat sering kali berkongsi aktiviti-aktivitinya sewaktu bermain papan selaju di Instagram.

“Benda Paling Bodoh Aku Dengar Hari Ini,”- Naim Daniel Dituduh Buat Ritual Illuminati Selepas Cedera Di Muka, Razaisyam Rashid Perjelas Situasi Sebenar

Malah, baru-baru ini juga, Naim telah mengalami kecederaan di bahagian bahunya selepas terseliuh gara-gara terjatuh ketika bermain papan selaju.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Twitter & Instagram Razaisyam Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI