Penyanyi Salma Asis mendedahkan wajah penuh anak keempat yang diberi nama Ifra Miqaila yang dilahirkan pada 1 Disember lalu dengan berat 3.46 kilogram.
Selesai menjalani tempoh pantang selama 44 hari, isteri kepada penyanyi Azri Abdullah itu juga menyatakan rasa syukur kerana impiannya untuk bersalin secara normal dimakbulkan.
Ads
“Selesai sudah berpantang 44 hari. Perkenalkan anak perempuan saya IFRA MIQAILA lahir pada 1 Disember 2021 berat 3.46kg. Alhamdulillah Allah dengar Doa saya untuk bersalin Normal.
“Enam tahun lepas bersalin operation so doktor kata better bersalin operate, tapi saya tetap juga nak bersalin normal. Syukur Doa diperkenankan,” tulisnya.
Salma turut berkongsi foto terkini permata hatinya itu.
“Mengandung kali ni memang mencabar banyak penyakit datang. Tapi biasa la hormon tak sama dengan tak mengandung. So kita kena reda, syukur semua selamat,” tulisnya lagi.
Salma dan Azri yang juga finalis Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Lan Solo, bersyukur selepas hubungannya bersama gitaris kumpulan Kristal, Rody kini telah pun kembali jernih.
Menurut Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, harapannya untuk berbaik semula dengan sahabat lamanya itu telah dimakbulkan selepas mereka dipertemukan ketika sama-sama ingin menunaikan solat jemaah di surau sewaktu menghadiri konsert minggu Gegar Vaganza 8 (GV8).
Katanya lagi, dia berharap agar hubungan baik ini akan berkekalan sampai bila-bila.
“Saya amat respect dengan Rody kerana dia yang menegur saya dahulu. Kisahnya begini, saya bertemu dengan Rody ketika sedang solat di surau PICC. Saya ikut jemaah ketika rakaat kedua.
“Selesai sahaja menunaikan solat, ada orang datang tepuk bahu saya sewaktu nak menyarungkan kasut. Rupanya orang itu adalah Rody. Bermula daripada itu, kami pun bersembang bertanyakan khabar.
“Sebelum ini ramai yang bertanya saya, bilakah kami akan berbaik. Saya hanya menjawab biarlah masa yang menentukan . Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.
“Sejujurnya saya tak pernah menolak untuk berbaik kerana kami ini dah seperti adik-beradik. Mak ayah dia macam mak ayah saya. Begitu juga sebaliknya. Saya berharap agar hubungan baik ini akan berterusan dan tiada lagi orang-orang yang akan melaga-lagakan kami,” katanya.
Lan Solo berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan single terbarunya yang berjudul, 5 Kaki 4 Inci yang berlangsung di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya adakah dia bakal bersatu semula bersama kumpulan Kristal, Lan memberitahu, dia dan Kristal sudah pun punyai jalan mereka yang tersendiri.
“Saya dah ada Kristal X dan mereka pun dah ada penyanyi baru. Tak manis rasanya kalau kita bercakap fasal isu ini. Mereka dah ada ‘perkahwinan’ baru takkan saya nak ganggu rumahtangga (band) mereka.
“Saya perlu menghormati band Kristal begitu juga mereka dengan ‘keluarga’ baru saya, Kristal X. Bagaimanapun, saya tidak akan menolak sekiranya ada perancangan untuk berkerjasama selepas ini.
“Kami tak bertegur sapa daripada 2017. Mungkin ini masa yang terbaik untuk hentikan persengketaan ini,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lan memberitahu, lagu 5 Kaki 4 Inci ini merupakan percubaan pertamanya untuk menembusi pasaran muzik di Borneo.
Tambahnya lagi, ini juga merupakan salah satu usahanya untuk membalas semua jasa baik rakyat-rakyat Sabah yang tidak putus-putus menyokongnya selama ini.
“Saya tak nafikan, lagu ini sememangnya untuk mengambil hati rakyat-rakyat Sabah. Ini juga sebagai tanda penghargaan saya buat masyarakat di sini yang sentiasa menyokong saya selama ini.
“Sejujurnya, sepanjang saya membuat persembahan di sini, saya sentiasa mendapat sokongan yang luar biasa. Walaupun persembahan itu berbayar, saya teruja kerana penontonnya sentiasa penuh.
“Walaupun harga tiket RM10 atau RM15, penonton di stadium sentiasa penuh. Ini penghargaan yang perlu saya balas. Penerimaan peminat di Sabah ini sangat luar biasa. Saya rasa amat dihargai,” akhirinya.
Lagu yang mencampurkan elemen Bahasa Melayu Sabah dan diselitkan dengan lorat Dusun ini diciptakan sepenuhnya oleh Valvet Aduk Lawrence dan Marsha Milan.
5 Kaki 4 Inci kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula akan ditayangkan bermula hari ini di laman Youtube rasmi Lan Solo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan pelawak, Shahrol Shiro bakal dinamakan sebagai salah seorang calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kami di MH turut berkesempatan menemubual pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki bagi mendapatkan reaksinya berhubung perkhabaran tersebut.
Menurut Afdlin, dia tidak kisah sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menggalas jawatan di dalam pendtadbiran negara, namun, niat mereka hendaklah sentiasa di landasan yang betul sejak daripada awal.
Malah, dia juga turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Shahrol.
“Pada saya, sesiapa sahaja yang jujur ingin membantu rakyat, itu satu tindakan yang bagus. Jika benar niatnya jujur untuk membantu, saya akan sentiasa sokong. Walaupun daripada fahaman politik yang berbeza, janji niat harus betul.
“Jangan masuk bidang politik ini semata-mata kerana kuasa atau agenda sendiri. Kena tanam niat daripada awal yang kita memang suka bantu dan selesaikan masalah orang.
“Saya ucapkan all the best buat Shahrol Shiro. Perkara sama juga saya katakan kepada kawan-kawan saya seperti Datuk Dira Abu Zahar. Dia juga dah berjaya di arena politik ni,” katanya.
Pelakon filem, Papadom ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana filem, The Assistant yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Pada masa sama, Afdlin turut menyifatkan penglibatan anak-anak seni di dalam kancah politik ini bakal memberi impak positif buat industri tersebut
“Bila lebih banyak anak-anak seni berjaya di arena politik, itu menunjukkan kita ini bukannya bodoh seperti yang ramai sangkakan. Kita ini semua pergi sekolah.
“Kita faham situasi-situasi yang melanda negara cuma kerjaya kami dalam cabang seni. Tak semestinya orang-orang seni ini tidak berfikir. Kejayaaan mereka-mereka ini telah membuktikan sesuatu.
“Harapan saya agar mereka juga dapat menjadi platform suara untuk anak-anak seni di arena politik ini. Hanya mereka sahaja yang faham kerjaya di bidang seni ini.
Ketika ditanya adakah dia juga bakal mengikut jejak langkah yang sama, ini reaksi yang diberikan oleh Afdlin;
“Saya masih lagi aktif menjalankan kerja-kerja saya bersama parti politik
Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tugas saya adalah membantu dan menyokong sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan.
“Segala keputusan mengenai tanggungjawab saya terpulang kepada orang atasan. Buat masa ini saya selesa bergerak sebagai ahli aktif,” akhirinya.
Terdahulu, pada April 2021, Afdlin mengumumkan dirinya secara rasmi memilih untuk menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya.
Selain Afdlin, antara selebriti yang turut diperkenalkan termasuklah penyanyi rap, Altimet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal yang banyak meminjamkan suaranya untuk lagu-lagu latar filem Bollywood, Lata Mangeshkar telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Breach Candy yang terletak di selatan Mumbai pada Sabtu lalu ekoran jangkitan Covid-19.
Biarpun simptom yang dialaminya ringan, namun disebabkan usianya yang sudah menjangkau 92 tahun dia perlu dikawal rapi dengan pemantauan secara beterusan.
Menurut laporan The Indian Express, Dr Pratit Samdani yang merupakan doktor merawat penyanyi tersebut berkongsi, “Dia akan terus berada dibawah pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi.”
Bercakap kepada pihak media, anak saudara Lata juga berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu. Kongsinya, “Dia mengalami Covid-19 bergejala ringan. Namun memandangkan usianya yang telah lanjut, para doktor yang merawat menasihatkan kami supaya dia kekal di ICU kerana memerlukan rawatan secara berterusan. Sebagai ahli keluarga, kami mahukan yang terbaik dan memastikan dia memiliki penjagaan setiap masa.”
Menceburkan diri dalam dunia nyanyian sejak tahun 1943 pada usia 13 tahun, sehingga kini Lata telah menyanyi 30,000 lagu dalam pelbagai bahasa. Walaupun dia kebanyakannya menyanyi dalam bahasa Hindi, dia juga mempunyai lagu dalam bahasa Tamil, Malayalam dan Bengali.
Antara aktres yang pernah meminjam suaranya sebagai suara mereka di dalam filem seperti Madhubala, Priety Zinta dan ramai lagi.
Pada tahun 2001, pemilik suara emas ini menjadi penerima anugerah berprestij Bharat Ratna yang merupakan anugerah awam tertinggi diberikan kerajaan India kepada rakyat biasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.