Sejak beberapa hari lalu, nama pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian warganet setelah pasangan tersebut difahamkan mendapat jemputan khas daripada usahawan tersohor, Tan Sri Vincent Tan untuk pergi bercuti dengan menaiki pesawat peribadi miliknya.
Perjalanan percutian tersebut dikongsikan oleh Hairul dan Hanis menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram mereka.
Terbaru, Hanis berkongsi perasaan dan pandangannya mengenai hikmah berkongsi rezeki buat tatapan para pengikutnya.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perasaan berbelanja dengan wang sendiri amat berbeza jika ingin dibandingkan apabila kita dibelanja oleh orang lain.
Hal ini kerana, Allah telah menggerakkan hati seseorang itu untuk menggembirakan orang lain.
“Sebab ramai tanya perasaan. Kita pula dah jarang gambarkan perasaan. Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri. Sebab bayangkan, Allah gerakkan hati orang lain, untuk gembirakan kita. Selalu tak terdetik?
“Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia NAK. Hati dia NAK. Rezeki kita tu Allah salurkan melalui orang lain. Orang tu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang Allah bagi. It’s beautiful,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Romeo Kota ini juga berpandangan, kita akan turut sama merasai ‘kemanisannya’ jika berkongsi rezeki bersama orang lain.
Ads
“Suami isteri pun macam tu. Walau isteri boleh beli apa yang diidamkan, tapi bila suami yang ‘takpe saya bayarkan’ ‘sayang nak yang mana’, seronoknya hati isteri tu kan.
“Staff pagi-pagi belanja bos roti canai. Orang beratur depan tiba-tiba bayarkan gula-gula anak kita kat kaunter. Berbunga hati!
“You can belanja just ANYONE. And the reward is actually for YOU too. (Tapi yang dalam gambar ni kita takleh lah nak belanja diri sendiri. Tak terjangkau),” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
Ads
“Your writing put a smile on my face. Betul tu bila orang belanja hati kite berbunga-bunga, bile kita sedekah pada orang hati kita pulak rasa bahagia takde kata-kata boleh gambarkan.
“Betul tu, Allah datangkan rezeki dalam pelbagai cara. Bergantung kepada penerimaan kita sama ada bersyukur atau tidak. Btw, happy sangat tengok your family.
“Sangat setuju. Rezeki hadir dalam berbagai bentuk, waktu dan keadaan. Orang yang sentiasa bersyukur Allah akan tambahkan nikmat BAHAGIA, TENANG Dan KAYA kepadanya. Itu janji Allah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida baru sahaja berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan dia bersama ahli keluarga mertua yang mengikuti rombongan meminang adik iparnya, yang dikenali sebagai Ajim.
Selain berkongsi sekitar majlis, Shahida turut memberitahu, sebenarnya ibu mertuanya, Rozita Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, termasuk suaminya.
“Hari ini saya ikuti rombongan meminang adik ipar saya, Ajim. @bondarozitaibrahum ada dua anak lelaki, satu @aliffsyukriterlajaklaris dah kahwin dengan saya dan satu lagi Ajim.
“Tak lama lagi bertambah ahli keluarga kami, tahniah Ajim dan Fiza,” tulisnya di ruangan kapsyen foto.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah.
Foto: Instagram Datin Seri Nurshahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Otai masih berbisa! Keunggulan serta bakat muzik kumpulan legenda negara, Kembara sememangnya tidak perlu dipertikaikan.
Penuh bertenaga mempersembahkan Konsert Kembara: Panorama Jingga 1444 Hijrah yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC baru-baru ini, 2,600 peminat setia Kembara pulang dengan penuh kepuasan apabila sebanyak 30 buah lagu berjaya dimainkan pada malam tersebut.
Untuk konsert kali ini, Kembara muncul dengan gabungan tenaga dan kehebatan vokal Datuk M.Nasir, Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard).
Memperincikan muzik Kembara yang lebih tertumpu pada keunikan senikata, selaku pengasas Kembara, M.Nasir berkata kumpulan itu berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu bertemakan rakyat yang dekat dengan jiwa ramai.
“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi… generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80-an.
“Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu daripada segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas kami.
“Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80-an) sahaja, bentuk muzik akan menjangkau generasi,” kata M.Nasir.
Persembahan yang berlangsung selama tiga jam menerusi seleksi 30 buah lagu popular Kembara daripada album keempat hingga album ketujuh itu turut menampilkan penyair popular Pyan Habib yang muncul sebagai tetamu istimewa membawakan ingatan peminat kepada filem Kembara Seniman Jalanan dengan watak ikoniknya Osman Tikus.
Antara lagu-lagu yang ditampilkan pada malam itu adalah seperti Kepadamu Kekasih, Gadis Berpurdah Hitam, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana dan Nyanyian Jiwa.
Kerancakan konsert itu berterusan hingga ke penghujung apabila peminat bersama-sama bangun, menari dan ‘sing along’ menerusi lagu encore yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Hati Emas dan Gerhana.
Konsert itu turut dihadiri rakan artis seperti Datuk Ramli Sarip, Mafarikha, Aloy Paradoks dan Nadiya Nisaa.
Rata-rata penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur kelihatan puas sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dapat melepaskan rindu berhibur dengan kumpulan muzik Kembara yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Sudasan Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Uqasha Senrrose dilaporkan bebas dari jangkitan COVID-19 apabila laporan ujian saringan wabak berkenaan yang diterima menunjukkan keputusan negatif.
Memetik Berita Harian, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu difahamkan sebelum ini mengalamk demam panas berpanjangan.
Bagaimanapun, Uqasha mampu menarik nafas lega selepas dia disahkan bebas daripada wabak itu selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Jumaat lalu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana disahkan negatif COVID-19. Tidak dinafikan, selagi belum dapat keputusan, saya sentiasa diburu bimbang.
“Walaupun saya sudah menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor menyatakan saya demam biasa, namun rasa bimbang tetap ada.
“Ini kerana saya tinggal dengan keluarga. Tidak mahulah sikap mementingkan diri sendiri membuatkan semua orang di rumah jadi susah. Takut macam manapun, saya gagahkan diri menjalani ujian saringan,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen memuat naik entri di Instagram menunjukkan dia menjalani pemeriksaan COVID-19 melalui kaedah padu laju di sebuah hospital swasta.
Lau, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kesejahteraan Uqasha serta berdoa dia terhindar daripada virus berkenaan.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!