Susulan tular sepotong video pendek yang merakamkan aksi tarian lentik seorang penari lelaki yang dikatakan mirip pengacara Datuk AC Mizal, tidak semena-mena penganjur majlis berkenaan pula menerima tempias dikecam netizen.

Pelbagai komen telah ditinggalkan netizen gara-gara tindakan penganjur yang mengundang penari mempersembahkan tarian yang dianggap terkinja-kinja. Ia sekaligus dilihat kurang sesuai dan tidak sensitif dengan norma masyarakat di negara ini.

Mengulas mengenai perkara itu, pengasas produk kecantikan Bleu iaitu Ikmal Lee menjelaskan, tarian yang dilakukan oleh para penari hanya bertujuan menghiburkan tetamu semata-mata.

“Apa La Sangat Tarian Tu, Bukan Melampau Pun,” – Isu Tarian ‘Lentik’ Penari Wajah Mirip AC Mizal Tular, Penganjur ‘Backup’, Minta Henti Kecaman “Apa La Sangat Tarian Tu, Bukan Melampau Pun,” – Isu Tarian ‘Lentik’ Penari Wajah Mirip AC Mizal Tular, Penganjur ‘Backup’, Minta Henti Kecaman “Apa La Sangat Tarian Tu, Bukan Melampau Pun,” – Isu Tarian ‘Lentik’ Penari Wajah Mirip AC Mizal Tular, Penganjur ‘Backup’, Minta Henti Kecaman

“Selepas video penari lelaki itu tular, tak fasal-fasal saya turut dikecam netizen kerana mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu. Ada yang kata saya tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan.

“Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.

IKLAN

“Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.

“Jadi memang sesuailah dengan rentak lagu. Takkan lagu rancak nak menari tradisional pula. Tak sesuai la kan?,” katanya.

Penari tersebut diundang bagi mengiringi persembahan nyanyian Ayu Damit bersempena pelancaran produk krim kecantikan ‘The Bleu Whitening Creme’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, minggu lalu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHAMMAD LAMKI (@lamkilee)

Dalam pada itu, usahawan muda berusia 26 tahun ini memohon orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan penari berkenaan.

“Sejujurnya masa awal-awal tengok video itu saya pun terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC, cuma yang tak best bila kami sebagai penganjur pula dikecam dan dituduh bukan-bukan hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.

IKLAN

“Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal.

“Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam… apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHAMMAD LAMKI (@lamkilee)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI