Pelakon, Erynne Erynna memaklumkan puteri sulungnya, Medinah mengalami masalah ’Duplex Kidney’ dan bakal menjalani pembedahan, hari ini.

Kongsi Erynn, Medinah mengalami masalah kesihatan tersebut seawal usia empat bulan dan sudah lebih setahun menjalani pemeriksaan berkala di hospital.

“Selepas Beberapa Kali Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan,” – Anak Alami ‘Duplex Kidney’, Pelakon Erynne Erynna Mohon Doa Ramai “Selepas Beberapa Kali Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan,” – Anak Alami ‘Duplex Kidney’, Pelakon Erynne Erynna Mohon Doa Ramai

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

“Salam semua, Erynne just nak share yang Medinah akan menjalani pembedahan esok pagi (hari ini). Pada yang tidak tahu atau tertanya tanya Medinah sakit apa sebenarnya.

“Hari ni erynne nak kongsikan di sini yang Medinah mempunyai “Duplex Kidney” dan disebabkan itu dia kerap kene UTI (urinary tract infection) dan boleh merosakan buah pinggang dia,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

IKLAN

Sambil memanjatkan doa, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini turut reda atas ujian yang diterima.

“Jadi selepas beberapa kali keluar masuk hospital dari umur 4 bulan, pergi checkup, appointments, tests dan akhirnya inilah jawapannya.

“Alhamdulillah. Sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya.

IKLAN

“Erynne sekeluarga ingin minta tolong kalian untuk doa yang terbaik buat Medinah. Dan kami hargai sangat jasa baik kalian semua yang sentiasa mendoakan, berkongsi ilmu dan memberi kata kata semangat pada kami, syukur ya Allah.

“Erynne doakan segala yang terbaik buat semua. Ya Allah, lindungilah anak ku dan permudahkanlah segalanya. #medinahsjourney,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

Sementara itu menerusi hantaran Instagram yang dikemas kini, bintang berkenaan memaklumkan permata hatinya itu sudah pun berada di dewan pembedahan.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

Untuk rekod, Erynne mendirikan rumah tangga bersama Afify Sazali pada 17 April 2019.

Selepas itu, pelakon berusia 24 tahun ini selamat bergelar ibu selepas melahirkan Medinah secara normal pada 9 Ogos 2020.

“Selepas Beberapa Kali Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan,” – Anak Alami ‘Duplex Kidney’, Pelakon Erynne Erynna Mohon Doa Ramai “Selepas Beberapa Kali Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan,” – Anak Alami ‘Duplex Kidney’, Pelakon Erynne Erynna Mohon Doa Ramai

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Erynne Erynna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI