Melakar sukses, jenama Markaz Tijaari milik pasangan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa telah dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year.

Pengiktirafan itu telah diberikan oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.

Menurut PU Riz, 27, pencapaian tersebut bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang terjual lebih 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.

‘Facemasks’ Nun Ha Dinobat Jenama Baharu Terbaik, PU Riz Syukur Nikmat 800,000 Helai Terjual Dalam Tempoh 3 Bulan ‘Facemasks’ Nun Ha Dinobat Jenama Baharu Terbaik, PU Riz Syukur Nikmat 800,000 Helai Terjual Dalam Tempoh 3 Bulan

“Alhamdullillah dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.

“Pelitup muka ini sebagai ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknnya yang cantik.

IKLAN

“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilancarkan tahun lalu, pelitup muka atau Facemasks Nun Ha ini terjual dengan lebih dari 800,000 helai,” katanya.

Bersyukur dengan pencapaian tersebut, PU Riz turut menyifatkan kejayaan itu adalah rezeki Allah SWT meski berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian.

PU Riz menerusi satu hantaran di Instagram turut berpesan supaya berhenti mendengar cakap-cakap negatif sekeliling.

IKLAN

‘Facemasks’ Nun Ha Dinobat Jenama Baharu Terbaik, PU Riz Syukur Nikmat 800,000 Helai Terjual Dalam Tempoh 3 Bulan ‘Facemasks’ Nun Ha Dinobat Jenama Baharu Terbaik, PU Riz Syukur Nikmat 800,000 Helai Terjual Dalam Tempoh 3 Bulan

“Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia. Tetapi mulut mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.

“Jadi kepada anda yang sedang atau mash lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik atau kawan lawan yang negatif, maka berhentilah Kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan.

IKLAN

“Pembenci tetap membenci (Haters gonna hate) tapi rezki daripada Allah tidak boleh dihalang,” tulisnya.

‘Facemasks’ Nun Ha Dinobat Jenama Baharu Terbaik, PU Riz Syukur Nikmat 800,000 Helai Terjual Dalam Tempoh 3 Bulan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI