
Seminggu selepas kematian anak lelakinya, Sinead O’ Connor telah dimasukkan ke hospital gara-gara ciapannya di Twitter yang menyatakan dia turut mahu mengikut anaknya yang telah meninggal dunia itu.
Anak ketiga Sinead, Shane O’Connor ditemui meninggal dunia pada 7 Januari lalu setelah dua hari menghilangkan diri dari hospital tempat dia dirawat.
Menurut laporan CNN, Sinead membuat ciapan yang berbunyi, “Saya membuat keputusan untuk mengikut anak saya. Tiada gunanya saya hidup tanpa dia. Segala musnahkan segala yang saya sentuh. Saya masih bertahan kerana dia. Sekarang dia sudah tiada.”
Penyanyi lagu popular Nothing Compares 2U ini sangat terbuka berbicara tentang masalah kesihatan mentalnya dan juga pemikiran untuk membunuh diri sebelum ini menyatakan yang dia berasa ‘kehilangan’ dan menyalahkan dirinya atas kematian anaknya itu.
Walaupun begitu, penyanyi berusia 55 tahun itu berkongsi yang dia sudah dimasukkan ke hospital atas beberapa ciapannya yang membimbangkan yang mana dia seolah-olah merancang untuk mencabut nyawanya sendiri.
“Maafkan saya, kini saya dalam perjalanan ke hospital bersama polis. Saya minta maaf jika saya membuat semua orang sedih. Saya rasa kehilangan tanpa anak saya dan saya membenci diri sendiri. Hospital akan membantu untuk sementara waktu, tetapi saya akan mencari Shane. Ini hanyalah satu pengangguhan,” kongsinya di Twitter.
Dalam tinjauan MH dilaman Twitter, ciapan tersebut telahpun dipadamkan penyanyi ini, namun begitu tangkap layar ciap tersebut telah tersebar luar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: CNN
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Arwah Baik Orangnya,” – Nur 2 Tamat & ‘Al-Fatihah Ustaz Hamadi’, Netizen Kata Aman Dunia!

Mengucapkan selamat tinggal selepas bersiaran selama 15 episod, Nur 2 melabuhkan tirai semalam dengan menyaksikan pelbagai klimaks dalam ruang yang cukup singkat.
Bagi pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin, watak Ustaz Hamadi merupakan visual dan realiti kehidupan. Walaupun watak ini telah mati, namun pengakhirannya pasti akan didengarkan sebagai ‘arwah baik orangnya’, oleh masyarakat.
“Selamat tinggal Hamadi ?
“Watak yg secara peribadi meninggalkan kesan yg mendalam pada diri abam sepanjang penglibatan abam sebagai penulis skrip dan pengarah.
“Terima kasih @azhan_rani yg sentiasa membuatkan abam rasa teruja setiap kali dia menjelmakan watak ini dalam visual abam.
“Semoga watak ini memberikan sesuatu pada diri kita dalam memuhasabah diri adakah ada ‘Hamadi’ dalam diri kita.
“Seperti kebiasaan dan kelaziman orang kita. Sejahat mana pun Hamadi di mata kita pasti diakhiri dengan kata kata… ‘Arwah baik orangnya’
“Semoga Hamadi tenang di dunia sana dan semoga kita belajar sesuatu darinya juga,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on
Menurut Azhan Rani, Nur 2 bukanlah karya yang sempurna, malah ulasnya drama ini mungkin akan menjadi lebih menarik sekiranya digarap oleh individu lain.
“#nur2 karya yang sempurna?
“Tidak.. #nur2 bukanlah karya yang sempurna.. ia karya yang cukup baik untuk aku namun tetap ada kekurangannya disini sana.. buat pemain kecil seperti aku dan rakan2 lain, ia adalah karya yang akan mekar dalam ingatan.
“Barangkali #nur2 lebih menarik kalau korang yang tulis, korang yang lakonkan, korang yang terbitkan atau diusahakan oleh kawan2 yang korang suka.. disebalik ucapan puji dan tahniah usah dinafikan akan kesalan dan kekecewaan segelintir yang lain dengan karya ini.
“Karya ini tak akan dapat melunaskan kepuasan pun untuk sesiapa.. tugas kami dah selesai.. mungkin ini yang terbaik kami mampu beri.. maka perbaikilah pula kekurangan kami dalam karya2 baru korang nanti.. lahirkan karya yang lebih baik dari #nur2..
“Kita sama2 sentiasa mahukan yang lebih baik maka jom sama2 usaha menjadi lebih baik… in shaallah.
“Untuk peluang dan kenangan sepanjang bersama dalam family #nur dan #nur2 ini.. syukur Ya Allah kerana memilih diri ini,” tulisnya panjang lebar di ruang Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Netizen pula cuba merungkai satu persatu persoalan dan menyatakan kekecewaan kerana klimaks yang dipadatkan.
Apa-apa pun, tambah mereka lagi, dunia kini lebih aman dengan tamatnya Nur 2. Apa kata korang?
Foto : Instagram Shahrulezad & Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Malu Untuk Berdiri Di Sini,”- Linda Hashim Nekad Cerai Kali Ke-3, Tak Nampak Usaha Perbaiki Rumah Tangga

Isi Kandungan
TogglePelakon, Linda Hashim menerima keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menangguhkan prosiding sebutan cerainya dengan suami yang juga pelakon, Beego pada 6 Mac depan.
Walaupun prosiding hari ini tidak berjalan seperti yang diharapkan, Linda tetap berharap agar segalanya dapat berjalan dengan lancar pada proses berikutnya.
“Kita hanya mampu merancang tapi kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Saya cuma mengharapkan agar proses ini berjalan dengan baik dan cepat,” katanya kepada MH.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.
Nekad Ambil Keputusan
Katanya lagi, dia juga sudah nekad dengan keputusan ini meskipun bakal bercerai dengan suami buat kali yang ketiga.
“Sebelum adanya kali ketiga ini, kita ada kali pertama dan kedua. Peluang kali pertama dan kedua sepatutnya harus dijaga. Bila adanya proses rujuk, harus kita perbaiki tapi saya tidak nampak perkara itu.
“Saya tahu proses kali ketiga ini memang sukar tapi keputusan saya bersebab. Mungkin tiada peluang yang disia-siakan tapi sudah takdir dan jalan kami begini,” ujarnya.
Pada masa sama, Linda memaklumkan dirinya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tetapi reda apabila jodoh mereka hanya sampai di sini sahaja.
“Saya agak malu sebenarnya untuk berdiri di sini. Saya malu dengan rakan-rakan media, ahli keluarga, saudara mara dan anak-anak.
“Tiada siapa nak perkara ini berlaku. Ini dugaan saya dan Beego. Pertemuan dan perpisahan itu sudah ditentukan. Saya juga dah usaha dengan cara saya sendiri tapi mungkin ini jalan terbaik,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia akan menerima jika ada usaha untuk berbaik daripada Beego, Linda menyifatkan dirinya kini sudah ikhlas untuk melepaskan perkahwinannya itu.
“Dia pun tahu perasaan saya. Dia kena menghormati apa yang saya rasa selama ini. Sekiranya saya memilih untuk tidak bercerai, saya takut jadi tak ikhlas. Perkara itu tidak baik.
“Kami berdua perlu ikhlas. Dia tahu apa yang dia sudah buat,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding sebutan pertama penceraian diantara Linda dan Beego terpaksa ditangguhkan disebabkan ketidakhadiran Beego.
Menurut peguam yang mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaludin, notis tuntutan yang sepatutnya diserahkan oleh pihak mahkamah difahamkan tidak berjaya sampai kepada pihak Beego.
Prosiding sebutan cerai kali kedua bakal bersambung pada 6 Mac ini.
Tiada Persefahaman
Untuk info, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Kaku, Mulut & Tangan Macam Ada Renjatan Elektrik,” – ‘Anxiety Attack’, Mawar Rashid Rancang Jumpa Pakar

Diserang ‘anxiety attack’ sehingga menitiskan air mata dan tidak mampu berkata-kata ketika majlis pelancaran produk kosmetik terbaru keluaran Mawarose, pengasasnya yang juga merupakan pelakon, Mawar Rashid mendedahkan dirinya telah kerap kali berdepan situasi sama.
Menurut Mawar, bila masalah tersebut menyerangnya, tubuhnya akan menjadi kaku sehingga menyukarkan proses bernafas dan bercakap.
“Saya sangat gembira untuk program hari ini. Saya memang menantikannya tapi bila saya berada di atas pentas, rasa panik itu tiba-tiba datang.
“Tiba-tiba rasa tak boleh bercakap, kaku dan tangan serta mulut seperti ada renjatan elektrik. Saya juga sukar bernafas. Saya sendiri tak tahu kenapa saya begini.
“Sebelum ini pernah terjadi beberapa kali tapi saya tak mahu berkongsi kepada pihak media. Saya bimbang kalau saya kongsikan nanti, orang akan emosi dengan saya,” katanya kepada MH.
Jelas bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini lagi, masalah yang dialaminya itu turut menjadi punca mengapa dia terpaksa memperlahankan kerjaya seninya ketika ini.
Lantaran itu, Mawar memaklumkan dirinya akan berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenal pasti masalah yang dialaminya itu.
“Namun, saya rasa ini perkara serius dan perlu didiagnos. Saya dan suami memang ada merancang untuk buat pemeriksaan. Perkara ini juga mengganggu kerjaya lakonan saya.
“Saya terpaksa tolak tawaran berlakon kerana perkara ini pernah menyerang saya ketika kali terakhir saya menjalani penggambaran.
“Ini juga merupakan antara sebab mengapa saya belum bersedia untuk kembali berlakon. Saya takut tak boleh berikan yang terbaik.
“Jadi, saya akan berjumpa pakar untuk dapatkan nasihat mengenai rawatan atau perubatan yang boleh buat saya sihat kembali. Saya ada syarikat dan staff perlu di jaga. Saya kena kuat dan melawan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, suaminya, Raf Yaakob mendedahkan masalah yang dihadapi oleh isterinya itu bermula sejak kejadian viral ketika menyertai program realiti, Dewi Remaja satu ketika dahulu.
“Perkara ini saya perasan sejak awal perkenalan kami. Setiap kali ditemu ramah, dia minta saya teman. Dia jadi begini sebab kejadian viral satu Malaysia kecam dia satu ketika dahulu.
“Sejak itu, semangatnya runtuh cuma orang tak tahu. Bila saya dah faham, saya sentiasa tenangkan dia ketika ditemu ramah,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut mendedahkan kejadian tersebut nyata memberikan kesan yang mendalam terhadap hidupnya sehingga hari ini.
“Saya memang trauma dengan apa yang terjadi dahulu. Bila satu Malaysia kecam, ia memberi impak yang sangat besar. Ketika kejadian tersebut, saya banyak diam. Saya serahkan kepada Allah.
“Saya berdoa agar satu hari nanti, satu Malaysia akan tahu kekuatan saya. Saya datang daripada keluarga kacukan Thailand. Saya ada masalah untuk bercakap.
“Ketika itu, saya muda lagi dan tak kenal dunia. Kini, saya ada Raf. Dia sentiasa bantu saya bila setiap kali berdepan dengan media,” akhirinya.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga mereka pada 9 November 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI