Ketika musim pandemik ini, setiap orang punyai cara tersendiri sebagai ikhtiar demi mengurangkan risiko jangkitan, khususnya Covid-19.
Malah sebagai peminat tegar siri Spiderman, Nabil telah menempah semua tempat duduk di pawagam bagi memberi ruang buat dia sekeluarga untuk menonton Spider-Man: No Way Home, baru-baru ini.
Malah, suami Ayda Jebat ini turut menjelaskan, dia ‘jauhi’ media sosial demi mengelakkan dirinya daripada ternampak apa-apa ‘spoilers’ atau pun perbincangan mengenai filem adiwira berkenaan.
“The reason that day I off from social media was because nak elak dari spoilers movie Spiderman but actually it feels good to PSM (Puasa Social Media) once in a while.
Ads
“Those who knows me sure tau yg I’m a Superfan of Spiderman and I love to watch movies kat cinema!
“Lama tak pergi cinema but this one I cannnnnoooot! Nabil taknak miss tengok Spiderman, so solutionnya, book whole cinema so 1 family boleh enjoy dengan tenang + book a hotel room just untuk family Nabil solat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram.
Ads
Malah, dia telah menempah sebuah bilik di hotel bagi memudahkan urusan keluarganya untuk menunaikan solat.
“Rasanya Nabil dah ada syndrome bapak bapak kot ek? Haha! but I rather take extra measures to keep my family safe. Ana Nayla tinggal rumah hehe. Anyway Happy Holiday Guys!,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Nabil selain turut berkongsi pandangan mereka mengenai filem terbaru Spiderman itu.
Ads
Setakat 27 Disember, filem terbaru keluaran Marvel, ‘Spiderman: No Way Home’ telah mencatat kutipan box office sehingga AS$1 bilion di seluruh dunia.
Sekadar informasi, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2021.
Hasail perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama, Ana Nayla yang lahir pada 21 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan guru vokal, Mark Adam mengakui risau dengan keadaan ahli keluarga terutama ibunya, Florinda Macaraig Echivarre, 60, di Cebu, Filipina berikutan status terkini pandemik Covid-19 di negara berkenaan
Menurut Mark, dia akan sentiasa menghubungi ahli keluarganya bagi mengikuti perkembangan dan keadaan terkini insan tersayang
“Saya sangat risaukan keadaan ibu dan adik-beradik di sana. Saya akan selalu bertanya khabar dan menasihati mereka supaya menjaga diriserta kesihatan.
“Kali terakhir saya jumpa ibu adalah pada Januari lalu. Saya hanya ada dia saja untuk menumpang kasih selepas kehilangan ayah.
“Apabila tidak dapat ke sana untuk bertemu dengannya, saya akui tidak boleh duduk diam dan sentiasa berdebar.
“Saya akan selalu menghubungi atau membuat panggilan video untuk mengikuti perkembangannya,” katanya.
Terdahulu, Mark ditemui pada majlis pelancaran single baru berjudul Teh Terakhirku.
Lagu bersempena sambutan Hari Raya Korban itu turut menampilkan pelawak Shuib dan bintang muda Zynakal.
Mark turut menambah, sejak ibunya berpindah ke rumah baru yang dibelinya di Jugan, Sibu, Mark akui sedikit lega apabila kawasan perumahan itu tidak sesak berbanding sebelum ini.
“Selalunya setiap hari Ahad ibu akan keluar berjalan tapi sejak kes Covid-19 meningkat secara mendadak di Filipina, dia sudah tidak lagi keluar.
“Saya juga bersyukur apabila kawasan perumahan dikelilingi pagar, jadi tidaklah terlalu sesak dengan kawasan perumahan lain seperti keadaan rumah sebelum ini yang begitu rapat.
“Mujurlah ada adik-beradik yang boleh jagakan ibu di kampung.Sehingga hari ini saya tak putus berdoa agar ibu dijauhkan daripada wabak itu,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui masih berusaha mengikis sikap panas baran dalam diri, seterusnya menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Noki memberitahu, demi menjaga nama baik serta jenama kumpulan K-Clique itu sendiri, dia perlu mengawal sikap buruk tersebut agar khalayak tidak memandang serong.
“Saya akui dulu seorang yang cepat marah dan panas baran. Namun, selepas K-Clique makin dikenali, saya mula terfikir sampai bila nak berperangai begini?
“Lagipun kerjaya ini adalah sumber pencarian utama saya. Jadi saya perlu ubah sikap dan tidak boleh buat perkara sesuka hati.
“Saya bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang positif terutama anggota K-Clique yang banyak memberikan nasihat dan teguran supaya tidak melayan komen atau perkara yang boleh mencetuskan kemarahan,” katanya kepada MH.
Menurut Noki, sikap panas baran yang ada dalam dirinya bukan berlaku setiap masa.
“Prinsip saya mudah. Orang luar jangan sentuh ibu bapa saya atau cuba melakukan perkara yang boleh menyakitkan hati.
“Tidak semua perkara saya mudah ‘naik hantu’.
“Tengok juga keadaan dan situasi, cuma baru-baru ini apabila saya memaki hamun seorang pemilik akaun di Instagram Live sebab dia bersikap kurang ajar hingga membabitkan kedua orang tua saya,” akhiri Noki.
Dalam perkembangan lain, Noki kini muncul dengan single Gila dendangan Kaka Azraff yang turut menampilkan rapper, Loca B.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kegilaan teh boba yang sedang melanda di kalangan remaja Malaysia terutamanya turut mengheret penyanyi, Hafiz Hamidun untuk turut sama cuba.
Memuat naik foto bersama dua teh boba terkenal sambil mempelawa netizen nikmati minuman secara tidak langsung telah menimbulkan reaksi kurang senang segelintir pihak.
Dakwa netizen di ruangan komen, jenama tersebut belum mempunyai status halal dan sebagai seorang alim, dia seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih.
Penyanyi Lailaha Ilallah ini bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi.
Terdahulu, bagi mengelakkan perbalahan dan salah faham, Jakim telahpun menyenaraikan beberapa premis yang menyediakan teh boba berstatus halal antaranya Bubble Tea Family Mart, Chatime, Tealive, Each A Cup dan Cool Blog.
Foto : Instagram Hafiz Hamidun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar Anwari, meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir pihak yang gemar membuat andaian tanpa usul periksa serta menabur fitnah terhadap staf-staf di hospital atau klinik kesihatan.