Usaha trio baharu, Husadee yang menjalin kerjasama dengan komposer terkenal, Julfekar untuk album pertama mereka berjudul Tanpa Alasan dilihat sebagai langkah awal mereka untuk terus mencipta sukses dalam dunia seni yang dicintai.

Dianggotai tiga jejaka kelahiran Sabah yang dikenali dengan nama komersial sebagai Hud, Sam dan Dee, album Tanpa Alasan memuatkan 10 buah lagu dan mereka bersyukur kerana idea melahirkan album akhirnya berjaya direalisasi.

Kerjasama Dengan Komposer Julfekar, Trio Husadee Lancar Album 10 Lagu – “Rasa Bagai Mimpi, Bulan Jatuh Ke Riba.” Kerjasama Dengan Komposer Julfekar, Trio Husadee Lancar Album 10 Lagu – “Rasa Bagai Mimpi, Bulan Jatuh Ke Riba.” Kerjasama Dengan Komposer Julfekar, Trio Husadee Lancar Album 10 Lagu – “Rasa Bagai Mimpi, Bulan Jatuh Ke Riba.”

“Alhamdulillah, kami dapat bekerjasama dengan Julfekar untuk penerbitan album sulung. Julfekar yang datang dengan idea untuk menggabungkan kami sebagai trio, jadi terlahirlah Husadee. Secara peribadi, saya sendiri merupakan peminat karya Julfekar dan isterinya, penyanyi Min Yasmin.

“Apabila dapat peluang ini, saya rasakan bagai mimpi, seperti bulan jatuh ke riba. Saya berharap album Tanpa Alasan menjadi langkah permulaan kerjaya kami dalam industri nyanyian,” kata Hud memulakan bicara.

IKLAN

Tambah Sam, album Tanpa Alasan memuatkan sebuah lagu trio nyanyian mereka dan setiap vokalis menyanyikan tiga buah lagu secara solo.

“Kami bertiga bergabung suara dalam sebuah lagu berjudul Kerana Aku Selalu Rindu. Baki sembilan buah lagu lagi kami nyanyikan secara solo, seorang menyanyikan tiga buah lagu.

“Apa yang istimewanya ialah selain lagu berbahasa Melayu, kami merakamkan lagu bahasa lain. Hud merakamkan lagu berbasaha Bajau, Dee merakamkan lagu berbahasa Suluk dan saya pula merakamkan lagu berbahasa Tagalog,” kata Sam pula.

IKLAN

Husadee berharap kehadiran mereka dalam industri nyanyian dapat memberikan sesuatu yang positif untuk peminat.

Kerjasama Dengan Komposer Julfekar, Trio Husadee Lancar Album 10 Lagu – “Rasa Bagai Mimpi, Bulan Jatuh Ke Riba.”

Kerjasama Dengan Komposer Julfekar, Trio Husadee Lancar Album 10 Lagu – “Rasa Bagai Mimpi, Bulan Jatuh Ke Riba.”

IKLAN

Kerjasama Dengan Komposer Julfekar, Trio Husadee Lancar Album 10 Lagu – “Rasa Bagai Mimpi, Bulan Jatuh Ke Riba.”

“Konsep trio jarang ditampilkan dalam industri muzik Malaysia, jadi kami berharap kehadiran kami dapat memberikan impak positif terhadap penggemar muzik.

“Semoga dengan kehadiran album terbitan Julfekar Music ini dapat memeriahkan lagi industry nyanyian yang dua tahun agak sepi akibat wabak Covid-19, Insya-Allah,” kata Dee pula.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI