Penyanyi meningkat naik, Aisha Retno mendedahkan dirinya tidak akan menangguhkan pengajian di universiti meski bakal berdepan dengan jadual padat apabila memilih untuk bertanding di program realiti, Big Stage 2022.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, kerjaya dalam bidang seni dan pelajaran mampu berjalan seiring sekiranya kita bijak membahagikan masa dengan baik.

“Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring

“Buat masa sekarang saya tidak menagguhkan pun pengajian saya. Saya masih lagi teruskan. Perkara ini mengajar saya mengenai fokus adalah perkara yang paling penting. Saya kena bijak bahagikan masa demi kerjaya dan pelajaran.

“Ini adalah apa yang saya mahu. Saya tidak akan anggap pelajaran sebagai penghalang untuk saya berikan persembahan yang terbaik di Big Stage 2022. Begitu juga sebaliknya.  Saya akan pastikan kerjaya dan pelajaran berjalan seiring.

“Sekarang ini pun kelas saya berjalan secara online. Kalau ada subjek yang saya tertinggal, saya akan bertanya kepada kawan-kawan,” katanya kepada MH.

Pelajar jurusan ekonomi di Universiti Malaya ini berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.

IKLAN

“Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring “Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring

Dalam pada itu, Aisha turut memaklumkan dia tetap mahu mengejar impiannya di Big Stage 2022 meskipun pernah bergelar juara di sebuah program realiti nyanyian yang lain sebelum ini.

“Sebenarnya, semenjak mula-mula saya menceburkan diri di dalam industri seni pada 2019, saya telah mengikuti ramai pekembangan penyanyi lain. Antaranya Sarah Suhairi yang juga merupakan juara Big Stage musim pertama.

“Sejak daripada itu, saya dah pasang impian untuk masuk ke program Big Stage. Tapi masa tu saya belum cukup dikenali dan video saya pun kekurangan views lagi. Selepas itu, saya nekad untuk kejar impian saya di Big Stage dan rezeki saya hadir pada tahun ini.

IKLAN

“Sudah tentu tekanannya pasti akan ada sebab orang sudah mula mengenali saya ketika saya menyertai sabuah program realiti nyayian satu ketika dahulu. Alhamdulillah rezeki saya apabila saya turut dinobatkan sebagai juara,” kongsinya lagi.

“Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring “Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring

Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila ramai yang menganggap dia sebagai pesaing terhebat di Big Stage 2022, Aisha menyifatkan setiap peserta memiliki peluang yang sama.

IKLAN

“Saya faham expetasi orang luar terhadap diri saya memang tinggi tetapi saya selalu setkan dalam minda saya untuk ‘go with the flow’. Walaupun apa sahaja dugaan dan halangannya, saya akan tetap laluinya juga.

“Saya ambil itu sebagai satu pujian tetapi saya tidak mahu berada di zon yang selesa. Saya menganggap semua peserta setaraf dengan saya. Kita semua ingin bersaing merebut gelaran yang sama. Saya tahu semua orang memang nak jadi juara.

“Kalau diberikan rezeki, saya juga ingin menjadi juara. Saya tidak akan sesekali memandang rendah kepada peserta-peserta lain,” akhirinya.

“Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring “Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring

Terdahulu, Big Stage 2022 yang dihoskan oleh Sheery Al-Hadad dan Alif Sattar akan mula bersiaran pada 6 Februari ini jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI