Ibu kepada ‘influancer’ popular, Athisha Khan iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed memberikan dedikasi istimewa selepas anak tersayang selamat bergelar isteri pada Sabtu.

Memohon doa moga bahtera perkahwinan diberkatiNya, Kartini turut bersyukur kerana majlis raja sehari dipermudahkan.

Ucapan tersebut dikongsikan Kartini yang juga ibu kepada Neelofa itu di dalam hantaran terkininya di Instagram.

“Mama Doakan Moga Allah Mengikat Cinta Kalian Seperti Utuhnya Cinta Adam Dan Hawa,” – Indah Ucap Kata Noor Kartini Buat Athisha Khan

“Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”

IKLAN

“Syukur alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan anakanda @athishakhan dan juga pasangannya haiqal siang tadi.

“Mama doakan semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datang dari syurga.

“Semoga perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Amiin,” tulisnya.

IKLAN

Video yang kini ditonton hampir 100,000 kali itu turut merakamkan detik indah Atisha dan pasangan.

Terdahulu, Athisha sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Wan Amirul Haiqal dengan sekali lafaz dan asangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Abdul Halim Khan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

IKLAN

Bintang media sosial berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.

Difahamkan, mereka berkenalan sejak 10 tahun dan mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu.

Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom manakala Wan Amirul merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Coventry, England.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI