Pertemuan secara tidak sengaja di antara Azwan Ali dan juri program All Together Now Malaysia, Kelly Azman mereka baru-baru ini membuka lembaran buat mereka apabila kedua-duanya memilih untuk bersemuka seterusnya menjernihkan kembali hubungan.

Azwan atau Diva AA sebelum ini memuat naik satu ciapan di laman Twitter mempertikaikan kredibiliti salah seorang juri di sebuah rancangan realiti terbitan syarikat penyiaran swasta seterusnya mengundang spekulasi warganet.

Biarpun tidak menyatakan terperinci mengenai individu yang dimaksudkan, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly yang turut sama terbabit di dalam program hiburan realiti itu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Azwan menjelaskan dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu.

“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu.

IKLAN

“Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar. Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar.

“Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

IKLAN

“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman?,” katanya.

Sementara itu, Kelly ketika ditemui berkata, dia sudah ‘kalis’ dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan tidak terasa dengan ciapan dari Diva AA kerana mereka sudah lama saling mengenali.

IKLAN

“Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA, saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama kenal. Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur.

“Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur,” katanya.

Mereka ditemui di majlis sidang media MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Di dalam rancangan realiti itu, Diva AA akan bergandingan bersama Issey Fazlisham menggalas tanggungjawab sebagai hos yang akan bermula pada 28 Januari depan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI