Khabar duka menimpa pelakon, Anita Baharom selepas suaminya, Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.
Berita mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Anita menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Anita memaklumkan dia menyedari mengenai perkara tersebut selepas suaminya dikatakan tertidur dan tidak memberikan respons apabila cuba dikejut.
“Pagi tadi, lebih kurang jam 8 pagi, saya bersiap-siap untuk ke masjid sebab ada pembentangan untuk program masjid berhampiran rumah sepanjang 2022.
“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu.
“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menambah, suaminya itu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik malah dia juga merupakan yang amat mementingkan mengenai soal kesihatan.
“Dia ada sakit kencing manis, tapi dia benar-benar menjaga kesihatannya. Sebelum ini pun, dia dalam keadaan baik dan boleh bekerja. Antara acara yang membabitkannya baru-baru ini adalah Konsert A Night With Aina Abdul.
“Tadi, pihak hospital dah datang ke rumah untuk mengesahkan kematiannya,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Anita turut memberitahu, suaminya itu ada kalanya suka bergurau mengenai soal kematian dan dia juga sering merasakan dirinya akan pergi dahulu sebelum isterinya.
“Dia selalu bergurau mengenai kematian. Katanya, dia akan pergi dulu. Dia pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia.
“Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid,” ujarnya lagi.
Ads
Menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, Anita memaklumkan jenazah suaminya itu kini berasa di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Harian Metro & Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Afifah Nasir yang baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan, Syed Hariz pada petang Ahad meraih perhatian peminat.
Meski ramai yang menitipkan ucapan yang baik-baik bersempena dengan majlis rasa sehari adik kepada aktres, Anazalna itu, namun ada segelintir peminat yang memberikan reaksi terhadap persalinan yang dikenakan Afifah.
Ada yang menyifatkan busana serba putih itu cantik namun kurang sesuai susulan didakwa agak terdedah misalnya di bahagian bahu dan lengan.
Lalu, ada yang berpendapat Afifah memilih persalinan yang lebih manis, sopan dan bersesuaian apatah lagi untuk majlis akad nikah.
Komen tersebut dapat dilihat menerusi video yang kembali dikongsikan MH diaplikasi TikTok. Antaranya;
“Cantik tapi dress tu more sesuai waktu resepsi. Nikah supposedly lebih sopan dan tertutup. Sekadar berkongsi pandangan. by the way congrats Afifah.”
“Pasangan helok berbaju Melayu bersongkok.”
“Kalaulah pakai baju kurung moden ke Pahang ke kan manis.”
“Bajunya… Masa nikah pakai yang sopan, ni peringatan je…”
“Tutup aurat lagi cantik.”
Imbas kembali, Afifah dan pasangannya selamat mendirikan rumah tangga selepas mengikat tali pertunangan dengan Hariz, pada Februari lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.
“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.
“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.
Susulan berat badan dan situasi yang dialami, ada peminat yang beranggapan dia hamil anak pertama.
“Masalahnya tidak (hamil), kalau betul alhamdulillah. Jadi bila keadaan itu terus berlaku, ada ketikanya saya sekejap semput dan lelah.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.
“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga.
“Mengenang kembali macam mana saya pernah ulang alik pergi klinik dan hospital, Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah.
“Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi. Alhamdulillah dan sampai sekarang saya usaha untuk jalani gaya hidup sihat. Kawal pemakanan, bersenam dan sebagainya,” katanya lagi.
Alyah turut muncul dengan single Cinta Sahabiyah yang dilancarkan Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Alvin Chong, dia ada berkongsi cerita dan pendapat bersama peminatnya.
Bintang drama bersiri Dia Semanis Honey ini memaklumkan dirinya telah menjalani kehidupannya berdikari selama 12 tahun.
“Saya telah menjalani hidup saya sendirian selama 12 tahun yang lalu.Saya sentiasa mampu menjaga diri saya sendiri.
“Walaupun saya sakit, saya akan sentiasa menyeret diri ke hospital untuk dirawat,” dedahnya.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini turut meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap dirinya jika bersendirian.
“Dengan banyak insiden yang berlaku di industri akhir-akhir ini, tiba-tiba saya terfikir, apa yang akan berlaku jika suatu hari saya kehilangan semua kekuatan saya ketika di rumah, bersendirian? Ia hanya metafora, tetapi agak menakutkan,” tulisnya.