Harnaaz Sandhu, Miss Universe 2021. Kredit foto: Ariel Schalit/AP

Pertandingan Miss Universe 2021 telah pun berlangsung jam 8.00 pagi tadi waktu tempatan. Dalam pertandingan yang disertai lebih 80 wanita dari serata dunia itu, wakil India, Harnaaz Sandhu, 21, telah diangkat sebagai juara. Kemenangan ini sekaligus memecah kemarau negara tersebut yang kali terakhir memenangi pertandingan itu pada tahun 2000.

Platform ratu cantik di India sangat besar, pertandingan tersebut menjadi medan wanita muda untuk menempa nama di dalam industri hiburan Bollywood yang sememangnya menjanjikan pulangan lumayan. Ramai nama-nama besar yang lahir dari pertandingan ratu cantik dan mereka juga berjaya menjadi juara dalam pertandingan yang disertai.

Jom kita intai 5 selebriti Bollywood yang pernah memegang gelaran di pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.

India Juara Miss Universe 2021. Ini 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Pernah Bergelar Ratu Cantik Peringkat Antarabangsa
Kredit foto: mangaloretoday.com

AISHWARYA RAI

Wanita berusia 48 tahun ini merupakan pemenang pertandingan Miss World 1994. Sehingga kini dia diangkat sebagai salah seorang pemenang ratu cantik paling menawan yang pernah memegang gelaran tersebut. Bahkan di pertandingan Miss World 2014, dek kecemerlangannya, dia dianugerahkan Lifetime Beauty with a Purpose Award. Dia juga merupakan seorang penerima anugerah Padma Shri yang merupakan satu anugerah tertinggi yang dikurniakan kerajaan India kepada rakyat biasa.

India Juara Miss Universe 2021. Ini 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Pernah Bergelar Ratu Cantik Peringkat Antarabangsa
Sushmita & Aishwarya membanggakan negara mereka apabila bersama-sama memenangi pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Kredit foto: mangaloretoday.com

SUSHMITA SEN

IKLAN

Sushmita merupakan pemenang Femina Miss India 1994 menyaksikan Aishwarya Rai menduduki tempat kedua. Dia mewakili India ke Pertandingan Miss Universe manakala Aishwarya pula mewakili India dalam pertandingan Miss World. Menjadikan perkara ini lebih manis kedua-duanya berjaya merangkul gelaran sebagai juara. Seperti Aishwarya, Sushmita juga mencipta nama di dalam industri perfileman Bollywood dan telah memenagi pelbagai anugerah.

India Juara Miss Universe 2021. Ini 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Pernah Bergelar Ratu Cantik Peringkat Antarabangsa
Lara Dutta, Dia Mirza & Priyanka Chopra mencipta hatrik apabila ketiga-tiga mereka berjaya menjuarai pertandingan yang disertai. Kredit foto: dnaindia.com

PRIYANKA CHOPRA

Aktres Bollywood yang kini sudah mencipta nama di dunia perfileman Hollywood ini merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Femina Miss India 2000. Seiring dengan kemenangan itu dia telah mendapat peluang mewakili negaranya di dalam pertandingan Miss World 2000 yang menyaksikan dia berjaya diangkat sebagai juara termuda pada usia hanya 18 tahun.

LARA DUTTA

IKLAN

Lara merupakan pemenang tempat pertama dalam pertandingan Femina Miss India 2000 dan dia dihantar untuk mewakili India di pertandingan Miss Universe 2000 yang ketika itu diadakan di Cyprus. Jawapan yang diberikannya ketika itu dianggap sebagai satu jawapan terbaik yang pernah diberikan oleh seorang ratu cantik sehingga kini. Lara juga mencipta nama sebagai seorang aktres yang popular di negaranya.

India Juara Miss Universe 2021. Ini 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Pernah Bergelar Ratu Cantik Peringkat Antarabangsa
Ketika masing-masing dinobatkan sebagai wakil negara India.

DIA MIRZA

Wanita anggun berusia 40 tahun ini merupakan pemenang tempat ketiga bagi Femina Miss India 2000 disamping Lara Dutta dan Priyanka Chopra. Sebagai pemenang tempat ketika dia dihantar untuk mewakili India di pertandingan Miss Asia Pacific dan akhirnya dia juga dinobatkan sebagai juara. Ini menjadikan tahun paling sukses India dalam pertandingan ratu cantik apabila ketika-tiga wakil mereka berjaya membawa pulang mahkota berharga. Seperti rakan ratu cantiknya yang lain, dia juga mencipta nama sebagai seorang aktris dan banyak berlakon di dalam filem-filem box-office Bollywood.

IKLAN

Memang cantikkan semua pemenang ratu cantik ini? Apa yang pasti setiap seorang daripada mereka berjaya mencipta nama dan mengubah kehidupan masing-masing dari seorang gadis biasa kepada seorang personaliti yang bukan sahaja kaya dan popular tetapi menjadi suara kepada pelbagai pertubuhan yang memperkasakan wanita, komuniti dan kanak-kanak.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI