Hos dan penyampai radio, Radin mengakui dia masih terbuka untuk menerima mana-mana tawaran pengacaraan atau mana-mana cabang seni lain mengikut kesesuaian masa.

Malah dia sentiasa bersedia untuk menerima cabaran baru, namun tidak boleh menerimanya sesuka hati.

Menurut Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, lagi dia juga sebolehnya tidak mahu menyusahkan pihak lain demi kepentingan diri sendiri.

“Saya ada tugas hakiki iaitu sebagai penyampai Era jadi saya kena fikirkan itu sebelum berani mengambil komitmen lain.

“Kalau tawaran yang tidak bertembung pasti saya terima dengan hati terbuka, tapi kalau sampai perlu berada di luar lokasi itu memang saya mohon maaf saya tidak boleh lakukan,” katanya.

IKLAN

Radin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia terlalu memilih sesebuah tawaran yang diberikan.

Radin Perjelas Soal Tawaran Kerja, Pasang Cita-Cita Nak Jadi Hos Dalam Acara Besar Radin Perjelas Soal Tawaran Kerja, Pasang Cita-Cita Nak Jadi Hos Dalam Acara Besar

IKLAN

Radin Perjelas Soal Tawaran Kerja, Pasang Cita-Cita Nak Jadi Hos Dalam Acara Besar

Dalam pada itu, anak ketiga dari empat beradik ini mengakui mengidam untuk menjadi pengacara program yang lebih besar termasuk untuk acara berprestij.

IKLAN

“Saya tak kisah asal bawa rezeki saya okay saja. Tapi pasti saya juga ada cita-cita dan impian, nak jadi pengacara untuk acara besar.

“Saya bersyukur bakat saya semakin dilihat dan saya yakin akan sampai rezeki untuk saya nanti,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, dia juga dalam perancangan untuk menamatkan zaman solo tidak lama lagi dan akan berkongsi mengenai perkara itu apabila sudah bersedia serta pada masa sesuai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI